BIO-LIFE NAT B FIZZY UNTUK KEPERLUAN NUTRIEN SEHARIAN

Hi everyone, salam norma baharu...dah boleh jalan-jalankan ? at least tiadalah berkurung dalam rumah selalu. Hal terpenting jika mahu ke mana-mana harus menjaga tatasusila masa kini - jaga SOP, selalu basuh tangan atau gunakan hand sanitizer dan pakai pelitup muka. Akhirnya kita memasuki fasa pentingkan diri sendiri dengan istilah manis #kitajagakita.

Jangan mendekati mereka yang bergejala, jangan menghampiri orang lain kerana kemungkinan kita adalah pembawa atau mereka adalah penghantar virus. 

Bio-Life Nat B Fizzy

Apa yang penting 'santai di posisi' dan kekal sihat sepanjang masa. Jangan stress kerana ''this too shall pass''. Rejoice always, pray without ceasing and give thanks whatever happens. Kesihatan mental harus di jaga selain fizikal kita. Saya kongsikan 7 tabiat baik yang mungkin boleh diamalkan.

 
#1 DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Set waktu untuk tidur dan bangun. Biasanya saya akan tidur pada jam 11.30 pm dan bangun jam 8.00am. Mendapat tidur yang cukup sehingga 7,8 jam sehari dapat mengembalikan tenaga yang hilang sepanjang hari. Ketika bangun kita akan bersemangat dan gembira. Ada kata tertulis hati yang gembira adalah ubat yang mujarab.
 
#2 DAPATKAN SARAPAN PAGI

Jangan pernah skip sarapan pagi kerana, ia dapat boost energy dan mood kita. Bayangkan memulai tugas di pagi hari tanpa mengisi perut ? kononnya, takut gemuk ‘makan waktu lunch sahaja’…anda silap ! Mengambil sarapan setiap pagi dapat meningkatkan prestasi memori dan tahap fokus seseorang tentang sesuatu hal.
 
#3 AMALKAN DIET SEIMBANG

Diet seimbang bermaksud pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air, dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan. Pengambilan makanan yang tepat (not too much or too little of anything) dapat memperbaharui/memperbaiki dan menguatkan sistem badan kita.
 
#4 MEMBACA BUKU

Semua orang sepatutnya mengamalkan amalan baik ni – membaca buku. Kenapa ? kerana ia mampu membina semangat di dalam diri kita selain, mampu memberikan keyakinan. Buku adalah teman. Buku yang tepat mampu mengurangkan stress dan memberikan mood yang baik. Untuk tahun ini saya sudah membaca lebih dari 10 buah buku. Setiap kali melihat buku, saya mahu explore isi buku tersebut. Buku menyingkap kisah misteri, buku menyingkap jendela dunia.

#5 MENULIS

Saya selalu menulis, setiap hari. Kadang saya menulis tentang sesuatu yang penting, kadangkala hanya tulisan sampah untuk dimasukkan ke dalam draft blog. Fikiran saya terbang jauh ketika menulis. As such, writing down what bothers you can be truly relieving. Saya menulis di dalam buku juga, secara digital.
 
#6 JANGAN BOROS (SPEND LESS THAN YOU EARN)

Tabiat suka membeli barang itu ini, bukanlah saya kecuali, ia benar-benar bermanfaat. The key to good money management is to spend (much less) than you earn. Saya suka cara hidup sederhana masyarakat mentaliti kelas 1 berfikir – to develop a more minimalistic to life.  Kebanyakan rakyat Malaysia masih berada di mentaliti kelas 3. At the same time, try to avoid LaLaLaLazadaaaaaaa…Shopeeeee… haha. Ekonomi sihat turut menyumbang kepada kestabilan mental.
 
#7 SENAMAN

Aktiviti fizikal yang sering dilakukan seperti senaman di pagi hari atau petang mampu membantu menigkatkan tahap kesihatan tubuh badan serta mental. You can boost your energy and overall mood. Jadi, untuk kekal sihat dan aktif bolehlah amalkan tabiat ni juga. Apa lagi ketika musim pandemik ni, seboleh-bolehnya kita menjaga semua hal berkaitan dengan kesihatan fizikal dan mental. Jangan pula asyik delay ‘tunggu esoklah baru mula senaman’.
 
Bio-Life

Selain melakukan amalan baik dan bermanfaat di atas, saya juga turut mengambil Bio-Life Nat B Fizzy.
 
APA ITU BIO-LIFE NAT B FIZZY ?

Bio-Life Nat B Fizzy mengandungi dos tinggi Vitamin B dan C yang menyokong keperluan nutrien seharian dalam bentuk effervescent.
Bio-Life
 
-Vitamin B1 menukarkan karbohidrat, lemak dan protein kepada tenaga
-Vitamin B2 membebaskan tenaga dari karbohidrat, lemak, protein dan merangsang pertumbuhan
-Vitamin B3 bertindak dalam pemindahan tenaga daripada makanan
-Vitamin B5 membantu dalam metabolism lemak dan karbohidrat
-Vitamin B6 membantu dalam pembentukan sel darah merah
-Biotin memecahkan karbohidrat, lemak, dan protein kepada tenaga
-Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen, penyerapan zat besi dan penghapusan radikal bebas.
-Kalsium membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat
-Magnesium terlibat dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat

CARA PENGAMBILAN

Dewasa : 1 tablet efferverscent dilarutkan dalam segelas air selepas makan/sarapan pagi
Remaja : Remaja di bawah 15 tahun harus mendapat nasihat daripada professional kesihatan sebelum mengambil produk ini.
Bio-Life Fizzy
 
Walaupun, saya bekerja dari rumah tetapi, saya perlukan tenaga untuk kekal aktif sepanjang hari. Pengambilan Bio-Life Nat B Fizzy ternyata mampu boost energy yang saya perlukan. Packaging dia juga terbaik kerana  ia di pek secara individu dan rasa efferscent ni macam sparkling sikit. Sesuai untuk menghilangkan stress juga. Stress kerana kerja terlalu banyak ? apa kata korang cuba Bio-Life Nat B Fizzy dan jangan lupa follow 7 tips amalan di atas juga.
Bio-Life Fizzy
 
Bagi korang yang tertanya-tanya tentang produk ini, korang boleh check dekat http://Biolife.2.vu/natb

Purchase now 2 x 10s Nat B Fizzy now at Watsons online  (https://www.watsons.com.my/nat-b-fizzy-10s-x-2/p/BP_33932) or in store for  RM14.90 only !

Stay healthy !
#StayAheadwithNatbFizzy #biolifemy
 

Post a Comment

11 Comments

Rawlins GLAM said…
Betul tu. Walau di rumah, semua aspek kesihatan kena jaga dengan optimum. And meningkatkan tahap imunisasi diri juga penting kan. Semua kena #KitaJagaKita now so jaga kesihatan luar dalam is the best way.
Kitkat Nelfei said…
I saw this the other day and I already purchase it at the nearest store... but I haven't tried it out... looks good kan..
Julia Mahir said…
Thanks for sharing the tips! Stay safe, you too ya!
Betty Liew said…
Thank you for sharing the tips and Bio-Life supplements. Need to take more rest as recently work more than 8 hrs.
Ruby said…
Vitamin C jenis rendam dalam air lebih mudah untuk consume selain dari kesedapannya kan. Hehehe. Ruby setiap pg minum vitamin c stail fizzy ni. Zaman COVID-19 ni suplimen sangat penting.
Sis Lin said…
Anak Sis suka produk Biolife ni.. harga pun agak murah berbanding lain.. tak kisahlah kan, janji ada amalkan suplemen tambahan..
mmg bagus suplemen ni...saya pun amalkan setiap hari.. esp time pandemik
Nina Mirza said…
Kita suka jenama BioLife ni. Cantik laaa box tuh!
Consume vit C memang perlu waktu sekarang ni. Mencegah lebih baik kannn
Cik Min said…
Haaa suka kalo supplement jenis tablet yg leh larut dalam air no..memang best ye. Lgpun tgk kandungan dia semua best
Mahamahu said…
Zaman pandemik nak beralih kepada andemik ni kena banyak amal kehidupan sihat dan ambil penguat imunisasi diri selain dari vaksin.. bagus ni kalau amalkan setiap hari banyak khasiatnya....
shamiera osment said…
I tengok banyak review pasal nat b ni..memang bagus kan utk tambah imuniti badan.