5 July 2017

Pyeongchang : When Buckwheat Flowers Bloom

Goblin datang membawa bunga bucketwheat kepada Ji Eun Tak. Siapa tahu kisah Korea ini ? pasti ramai yang tahu. Ia menjadi sebuatan dan ikutan para peminat drama Korea. Setelah Eun Tak meniup lilin harijadinya, Goblin hadir dengan bunga Bucketwheat. Ji Eun Tak naif dan bertanya bunga itu apa maksudnya ? Seraya Goblin berkata 'kekasih'.
When Buckwheat Flowers Bloom
Sekarang setiap kali melihat bunga buckwheat, kita pasti mengingat Goblin. Masalahnya, bunga itu tidak tumbuh di negara Malaysia. Jika tidak pasti ramai para Goblin jadi-jadian. Tidak kurang juga, para Ji Eun Tak jadi-jadian.

Walau bagaimanapun, mungkin ramai diantara kita yang tidak tahu siapa sang penulis kisah 'When Buckwheat Flowers Bloom' ini. Berikut merupakan biografi ringkas tentang penulisnya :
When Buckwheat Flowers Bloom
Lee Hyo-Seok (1907-1942). Nama pena beliau adalah 'Gasan' dan dilahirkan pada 23 Febuari 1907 di Pyeongchang, Gangwon-do, Korea Selatan. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 70 karya fiksyen dan mula dikenali dalam dunia sastera pada tahun 1928 dengan karya bertajuk 'The City and the Ghost' dalam majalah bulanan Joseon Jigqang. Karya lain yang turut mendapat sambutan ramai adalah 'Unanticipated Meeting', 'Shattered Red Lantern' dan 'At Sea Near Russia' dan kesemua karya beliau berkaitan dengan sosialisasi masyarakat. 

When Bucketwheat Flowers Bloom (1936) merupakan novel pendek Karya Lee Hyeo-Seok. Ia merupakan kisah hubungan antara kehidupan manusia dan keindahan alam melalui pemandangan Bongpyeong.Bongpyeong-myeon merupakan kampung halaman Lee Hyo-Seok dan terkenal dengan penghasilan bunga Buckwheat dan bijinya sebagai makanan.

Bunga Buckwheat bersemidengan sangat indah diKota ini sesuai dengan lokasi pergunungan yang sejuk dan tenang. Keindahannya menarik pengunjung untuk melihat dan menikmati suasana tersebut dan paling istimewa turut diadakan Pyeongchang : Hyo Seok Cultural Festival pada bulan September.
Share:

0 comments: