Kalau Cuti Jangan Terperap Didalam Rumah !

Kalau Cuti Jangan Terperap DiDalam Rumah !

Kata siapa ? bukan kata siapa-siapa tetapi, logiknya untuk apa terperap didalam rumah ? mahu berhibernasi ? kita bukan binatang yang perlu hibernasi atau tidur sepanjang musim dingin atau mungkin sepanjang musim cuti. 
Gunung Kinabalu
Cuti untuk eksplorasi ! cuti untuk menambah ilmu pengetahuan dan tidak sekadar memandang dinding rumah sepanjang tahun. Saya tidak berkata bahawa kita harus membeli tiket kapal terbang, melancong, berada dinegara orang lain. Bukan ! Cuti jenis itu tertakluk kepada bajet sendiri. Kalau mahu, ya terbanglah kemana saja. Melangkahlah kemana saja. Lihatlah dunia dari arah mana saja. 

Kalau cuti jangan terperap didalam rumah, tidur boleh lambat, duduklah diluar rumah. Nikmati bisikan malam, pandangi langit dan lihat karyaNya diatas sana. Berjuta bintang siap memberikan inspirasi buat anda. Jangan terperap didalam rumah saja, sesekali izinkan mata tidur lewat merenungkan diri ditemani alam. Damai terkadang diperoleh kala sendirian bersama sunyinya jagat raya dari bingit manusia.
Gunung Kinabalu
Kalau cuti jangan terperap didalam rumah, luaskan langkah nikmati kebebasan tanpa merindu kerja dipejabat..dan sebenarnya, saya tidak pernah merindukan tempat kerja saya. Tidak pernah ! (haha) Tinggalkan dunia kerja seketika, alami cuti hebat bersama keluarga. Pergi piknik bersama, alaskan pasir-pasir gemilang dengan tikar piknikmu. Nikmati masa berkualiti dengan keluarga atau jika hiking menjadi minatmu, angkatlah kaki pergi mendaki bukit-bukit dan gunung. Bina persahabatan melalui hobi yang sama, jangan tenggelamkan ikatan sahabat dengan kerja memanjang dan kala cuti ada, dirumah pula kita mengurungkan diri.

Kalau cuti jangan terperap didalam rumah, aktifkan diri mengikuti program komuniti. Malas ? lawan rasa malas dan keluar dari zon selesa anda selama ini. Pasti anda akan menemukan sesuatu yang hebat terpancar dari diri anda ketika anda mulai melibatkan diri dalam program komuniti. 'Eh, tipulah tu...' tidak ! saya pernah berasa malas tetapi, memaksakan diri untuk menyertai program komuniti dan rasanya sangat 'wow' ! ada pengalaman baru juga, cerita baru.

Letih akan segera hilang setelah mendapatkan hal baru yang tidak boleh dibayar dengan apa pun, bahkan duit pun tidak mampu membeli rasa itu. Pemandangan alam dan pengalaman adalah suatu hal mewah yang akan mengikis penat selama perjalanan.


Post a Comment

0 Comments