PENGALAMAN BERURUSAN DENGAN PEJABAT KEMENTERIAN PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR

[PEJABAT KEMENTERIAN PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR]

Setelah sekian lama tidak mencoretkan sesuatu tentang aktiviti diri, akhirnya hari ini tulisan ini terbit. Tulisan tidak berbayar, personal dan mungkin juga berguna sebagai rujukan. Dalam tempoh 5 bulan, saya telah menyelesaikan beberapa kursus penting dengan sijil international diiktiraf Malaysia dan, terkini masih terikat dengan satu lagi kursus percuma oleh JPK.

Saya mengambil semua kursus penting sebagai foundation kepada apa yang akan saya lakukan kemudian. Tanpa perlu terburu-buru dan tentunya, tanpa paksaan oleh sesiapa. Disember 2021, saya berurusan dengan Pejabat Daerah Tuaran untuk mendapatkan sedikit pengetahuan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk membuka perniagaan sendiri. Oleh kerana, perniagaan ini akan dijalankan di daerah Tuaran maka, saya harus berurusan dengan pejabat daerah Tuaran. Saya sedia maklum tentang hal ini kerana, saya telah berkecimpung dalam dunia perlesenan perniagaan hampir 10 tahun. Jika perniagaan di KK, maka lesen akan dikeluarkan oleh DBKK. Demikianlah sebaliknya, ikut daerah masing-masing. 

MOTAC

Semua hal butuh proses, langkah demi langkah. Saya melakukan secara slow and steady kerana, pada hakikatnya saya tidak mengejar waktu tertentu. Saya suka menikmati proses, melihat proses dan mengenal pasti proses. Pihak Pejabat Daerah Tuaran mencadangkan untuk ambil lesen pada tahun 2022 sahaja, saya bersetuju. Oleh kerana ia berkaitan dengan pelancongan, ia mengambil masa agak lama. Tidak apa-apa. Lagi pula, lesen hanya berharga RM25 tetapi, saya mengambil 2 jenis lesen perniagaan berbeza dalam premis yang sama. Bayarannya menjadi RM50 setahun. 

Setelah mengisi semua maklumat dalam borang, saya kemudian hantar borang tersebut ke Pejabat Daerah Tuaran untuk pengesahan. Mereka akan keluarkan satu surat khas untuk di hantar kepada Pejabat Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Saya menghantar surat tersebut bersama dengan dokumen yang disahkan oleh Pejabat Daerah Tuaran ke MOTAC. 

Sampai ke MOTAC, saya kena tunggu beberapa waktu lagi. Sebab ? surat tersebut perlu di periksa oleh beberapa pegawai. Jika semua dokumen lengkap dan sah, mereka akan keluarkan satu surat pengesahan bahawa perniagaan tersebut boleh dijalankan dengan bebas. Surat pengesahan tersebut kemudian perlu di hantar kembali ke Pejabat Daerah Tuaran dan kemudian, pihak Pejabat Daerah akan keluarkan lesen perniagaan. 

''Pegawai di Pejabat Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar bertindak baik kerana, itu memang harapan saya. Saya hadir tepat jam 12 tengahari, alang-alang sudah sampai saya mencuba nasib. Semoga pejabat di buka. Ternyata, memang tutup untuk lunch hour. Syukur, semasa berada di lift saya bertemu dengan seorang lelaki yang kebetulan menuju ke pejabat yang sama. Ternyata, dia adalah salah satu staff sana. Dia berusaha menghubungi seseorang di talian dan bertanya tentang dokumen saya. Dia menemukan dokumen tersebut dan menyerahkan kepada saya.''

Proses tidak terlalu rumit jika, semua individu terlibat dalam pemeriksaan dan pengesahan berada di dalam pejabat. Malangya, mereka terlalu sibuk dan sering kali tiada di pejabat walaupun, waktu pejabat. Bayangkan, untuk membayar lesen sahaja saya memerlukan 2 hari untuk menyelesaikannya. Satu hari saya datang tepat jam 3 dan seorang pekerja mengatakan bahawa sistem komputer mereka hanya beroperasi sehingga jam 3. Waktu pejabat berakhir pada jam 5. Saya akur dan kembali keesokan harinya. Saya sering melakukan e-filing dan tiada sempadan waktu untuk menyelesaikannya. Tidak apa-apa, mungkin sistem mereka berbeza dan lebih istimewa. 

Saya akhirnya, mendapat 2 lesen perniagaan tepat pada waktunya. Saya telah belajar e-commerce, juga tepat pada waktunya. Sekarang saya sedang berusaha meningkatkan pengetahuan dalam bidang Marketing. Seperti kata saya di awal tulisan, semua butuh proses. Satu demi satu. 

''Menara yang tinggi butuh waktu yang lama untuk foundation, setelah foundation mantap binaan di atas akan menyusul dan kuat''

Tanpa foundation dan pengetahuan, apa pun yang dilakukan ia akan mekar di awal musim tetapi, layu dengan segera. 

Sedikit cerita tentang Digital Marketing, saya mencuba SEO dan ternyata ia berada di carian pertama. Beberapa hari yang lalu, seseorang dari Ranau menghubungi saya dan bertanya tentang cara-cara memulai perniagaan yang berkaitan. Saya mengatakan bahawa, perniagaan ini belum di buka kepada orang ramai. Ringkasnya, dia melihat dari Google (signal yang baik, maksudnya SEO saya berjaya). Ramai yang hantar mesej untuk tempah slot, saya terpaksa tolak (berikan cadangan tempat tertentu untuk mereka hubungi) dan terima beberapa. Saya terpaksa perlahankan marketing... at least saya tahu caranya.

Catat Ulasan

0 Ulasan