PERMOHONAN BPR 2021 || BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

PERMOHONAN/KEMASKINI BANTUAN RAKYAT BPR

Permohonan terkini Bantuan Prihatin Rakyat bermaksud permohonan pendaftaran baharu, di mana ketua isi rumah lelaki atau wanita yang belum pernah membuat sebarang permohonan BPR atau BSH sebelum ini dan ketua isi rumah lelaki atau wanita yang gagal dalam permohonan BSH pada tahun sebelumnya ataupun terjadi kematian kepada pasangan penerima sedia ada dan berlaku penceraian.

Kelayakan Dan Kriteria Permohonan Baru BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat

Sebelum membuat permohonan, sila pastikan terlebih dahulu kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan untuk membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat, sila rujuk maklumat di bawah sebagai panduan dan rujukan tentang kelayakan dan kriteria Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021.

Kategori Layak Buat Permohonan Baru BPR 2021 – Isi Rumah

1. Berkahwin
2. Ibu Bapa Tunggal | Balu | Janda | Duda | yang mempunyai anak
3. Warga emas Sebatang kara

Kriteria Kelayakan Umum Permohonan Baru BPR 2021 – Isi Rumah

1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
2 Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
3. Warga emas sebatang kara, Jika bekerja, pendapatan kasar bulanan adalah RM5,000 dan ke bawah

Kriteria Kelayakan Umum Permohonan Baru BPR 2021 Individu Bujang

1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
2 Lelaki atau perempuan bujang berusia 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang RM2,500 sebulan

Lampiran Jumlah Bantuan Diterima Mengikut Kategori PendapatanBANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021 || BPR

Cara Dan Langkah Buat Permohonan Baru BPR 2021 Secara Online Dan Manual

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my/

Sekiranya anda penerima BSH 2020 dan BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini permohonan

Post a Comment

1 Comments

Mrs Pip said…
Mau try memohon utk tahun ini. Hope lulus.