Perhiasan/Aksesori Manik by Christina Mayz

Perhiasan murah tetapi, cantik dan nampak elegant. Bersifat etnik dan sedap mata memandang. Begitulah kata orang tentang perhiasan manik yang saya pakai. 
PERHIASAN MANIK
Tidak keterlaluan rasanya bila saya gayakan ia dengan pakaian kasual di hari biasa. Perlukah kita tunggu pesta Kaamatan untuk gayakan perhiasan manik bercirikan negeri Sabah ? setiap hari pun boleh. Tidak semua perhiasan manik yang dihasilkan oleh Christina bercirikan Sabah, ia turut bercirikan floral dan sebagainya mengikut permintaan pelanggan. 
PERHIASAN MANIK
Perhiasan manik ini di buat oleh Christina, seorang artisan Sabah yang berada di Lahad Datu, Sabah dan mempunyai minat yang mendalam terhadap perhiasan berasaskan manik-manik. Dia juga turut menjual perhiasan manik dan produk kecantikan secara online di Shopee. 

Leher, tak usah bertatahkan emas, permata pun sudah cantik. Kepala tak perlu mahkota pun sudah menawan dengan perhiasan ini. Gelang tangan dan kaki pun ada. Ringkasnya, untuk tampak bergaya itu mudah dan tidak memerlukan kos yang mahal. Hanya dengan produk manik-manik sudah cukup menyerlahkan betapa anggunnya kita.
PERHIASAN MANIK
Untuk mendapatkan corak tertentu, sila berhubung dengan Christina Mayz di Facebooknya. Harga adalah sangat berpatutan dan boleh dikatakan murah. Hasil perhiasan manik juga kemas dan sebagai pengguna kepada produk ini, saya sangat berpuas hati. Setakat ini penghantaran masih meluas untuk seluruh Malaysia dan jika ada permintaan di luar Malaysia mungkin, ia akan dilakukan. 

Semoga perniagaan kraftangan atau perhiasan berasaskan manik by Christina Mayz akan terus berjaya. Tahun lalu, saya menghadiri sebuah majlis di hotel bertaraf lima bintang dengan hanya menggunakan aksesori rantai manik. Ternyata, ia lebih menyerlah berbanding perhiasaan yang lain. 
PERHIASAN MANIK
Tahun ini, saya memilih perhiasan kepala, gelang tangan, kaki dan anting-anting. Lagi pula, pakaian mudah diserasikan dengan perhiasan-perhiasan ini. Saya tidak akan menulis panjang berjela, cukup gambar menyatakan segalanya. 

Jika berminat sila berhubung dengan artisan ini. 
Facebook : Christina Mayz 

Post a Comment

19 Comments

Atie Zieya said…
cantiknyaaaaa aksesori manik ni.... warna warni , love all the combination of the colours
Ezna Khalili said…
Aksesori manik ni cantik je kalau kita pandai suaipadan dengan pakaian kita.
dr-Life said…
omg... this is a beautiful and unique accessories... i wanna buy it too...
Bae Roslan said…
im not a fan of manik2 tapi this one seriously cantik sangat design dia.
LampuHijau said…
Suka dengan aksesori yang macam ni. LH pun kurang juga dengan emas-emas ni. Prefer yang macam ni. Crafted..
Fadima Mooneira said…
All designs are so pretty. Very tribal and ethnic. Terinspirasi lah pula nak buat accessories design balik yg dah lama tinggalkan dulu.
Farhana Jafri said…
Cantiknya perhiasan manik etnik yang dia buat! Bila pakai satu set nampak berseni dan kaya dengan culture Borneo.
sangat cantik dan unik. suka sangat tengok.. dan nak buatnya bukan mudah kan..
Rawlins GLAM said…
Rawlins memang suka dengan budaya asli kita nie dan ianya mempunyai nilai yang boleh diketengahkan kepada dunia dan mempunyai potensi untuk menjadi lebih besar
Fadzil Ahmad said…
Ini aksesori kecantikan sabah ya? Nampak cantik dan simple. Nak tengok2 jugak la barangan lain yg dijual, suka jugak beli barangan asli kita ni
Ruby said…
Pandainya buat manik tu! Akak tak reti langsung nak buat. Takleh sabar. Hahahaha. Akak suka manik macam ni sebab warna dia terang dan cantik. Kalau ke Sabah/Sarawak, pasti ada kedai cenderahati begini dan akak akan beli rantai panjang tu. Gelang kaki tu cantik la. Niceeee.
Nadia Johari said…
Lawa sangat.. Kreatif buat.. Nampak kemas.. Suka dengan manik2 macam ni.. Bolrh simpan ni.. Kot ada nak beli nnati
Izzati said…
Sukanya tengok perhiasan macam ni. Please introduce more about your culture, berminat sangat nak tahu ❤️
iena eliena said…
Cantik cantik nya Aksesori Manik by Christina Mayz ni.. Cantik design tu mesti susah nak buat.
ciktom said…
wah cantik2 semua aksesori manik tu..ciktom berkenan yang gelang tu..simple tapi cantiknya..nanti nak terjah fb seller tu..
Wahh, susah nak jumpa aksesori Sabah & Sarawak nowadays. Baguslah dah ada bisnes macam ni.
halimah muhiden said…
Cantik2 hiasan manik bkn sng nak dpt and buat hiasan. Manik mcm ni
Sunshine Kelly said…
This is really authentic, i love their design and all the manik color combinations are so vibrant.
saidila said…
lawa sangat ,terasa nak beli hiasan kepalatu,walaupun beryudung boleh jer pakai janji pandai nak gayakan,tapi gelang tu my favourite...suka pakai sampai putus