SURVIVOR ISLAND, SABAH || PULAU TIGA, SABAH

www.cla-travel.asia

Pulau Tiga atau Survivor Island merupakan salah satu pulau yang indah di Sabah. Ia terkenal dengan aktiviti mandi mumpur volcano dan mampu merawat masalah kulit. 

Survivor Island merupakan lokasi wajib bagi penggemar pulau-pulau. Apa pun, meski saya adalah orang Sabah impian saya untuk ke Pulau Tiga selalu tergendala. Kadang kerana tidak mempunyai rakan seimpian atau kerana, jadual selalu tidak seiringan. 

Survivor Island merupakan destinasi travel saya setelah pandemik Covid19 berlalu. Itu pun jika cuaca mengizinkan. Bahaya jika musim hujan, lautan tentu bergelora. Apalagi, musim tengkujuh hampir menjelma. 

Terkurung di dalam rumah membuat saya berfikir tentang banyak hal. Rindu berpetualang. Rindu roadtrips, rindu bertemu dengan orang yang tidak sebahasa dengan kita dan banyak hal travel yang saya rindukan. 

Semoga pandemik ini segera tamat. Saya mahu menjalani hidup kembara, travel ke negeri asing. 

Catat Komen

0 Ulasan