banner

16 May 2020

www.cla-travel.asia

Ada yang sudah sampai ke Turkey ? sudah melihat gambar mereka di Instagram ? terasa ingin ke sana ? boleh saja, dengan syarat selepas wabak Covid-19 sudah tiada. Tidak dinafikan banyak tempat  menarik di negara Turkey dan 'instagramable' sungguh lokasinya! 

Lagi pula, penerbangan ke negara Turkey dari Kuala Lumpur sangat mudah dengan banyak Airlines yang tersedia seperti Turkey Airlines dan Qatar Airlines. Harga tiket kapal juga tidak semahal yang difikirkan. 
PERCUTIAN KE TURKEY
Okay, untuk memudahkan perjalanan kamu, saya sediakan beberapa lokasi paling menarik dan wajib dilawati ketika melancong ke negara Turkey.

Cappadocia

Pasti anda sering melihat foto-foto belon udara di laman Facebook atau Instagram-kan? Tempat nan indah dan terasa mahu ke sana, berpotret bersama teman baik atau keluarga. Belon udara berwarna-warni di atas tebing-tebing bebatuan. Itu adalah Cappadocia. Semua bangunan dipertahankan dan asli bercirikan Turki sehingga nuansa budaya yang kental sangat mudah dijumpai di sini.

Selain itu, kita boleh menikmati suasana sensasi menginap dalam bangunan batu kuno dan naik belon udara menikmati indahnya dan romantiknya kota Cappadocia dari atas awan. Instagramable sungguh! pasti sebuah kenangan yang tidak bakal dilupakan.

Gunung Nemrut

Travel ke Turki tidak lengkap jika tidak ke Gunung Nemrut. Gunung setinggi 2,134 meter ini kita akan melihat patung-patung Raja Antiochus I Thos of Commagene dan patung dewa Yunani yang tersebar di kawasan ini. Tidak hanya itu, sensasi alam pergunungan dapat dirasakan ketika melihat sunrise di puncak gunung Nemrut sambil melihat pemandangan kota.

Realitinya, kota Turki banyak sekali lapisan budaya kerana perjalanan waktu dan semua masih terpelihara rapi. Jika ke Gunung Nemrut, dinasihatkan untuk tetap berhati-hati kerana kawasan ini dipenuhi oleh artifak, jangan sampai merosak peninggalan sejarah yang ada.

Istiklal Street

Istiklal Street merupakan sebuah kawasan shopping yang paling terkenal di Turkey dan tentulah menjadi tempat wajib untuk dilawati ! Untuk membeli ole-ole, ini tempatnya ! untuk pengetahuan, jalan ini berukuran sepanjang 1.4 kilometer dan bermaksud anda harus menyiapkan duit  yang banyak kerana, ada macam-macam jualan di tempat ini.

Blue Mosque

Blue Mosque merupakan salah satu lokasi yang wajib dilawati ketika travel ke Turkey. Alasannya apa ? kerana Blue Mosque merupakan ikon Negara Turkey dan masih berdiri megah hingga detik ini. Hasil senibinanya sangat indah dan memukau mata. Ketika waktu malam, cahaya kebiruan dari masjib ini akan gemerlapan menambah indahnya bangunan tersebut. Untuk penganut agama Islam, why not singgah di tempat ini untuk menunaikan ibadah. Pasti menjadi kenangan yang indah. 

your advertise here

This post have 0 comment

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement

Themeindie.com