PRAISE VALLEY, KOTA KINABALU

www.cla-travel.asia

Seringkali orang bertanya, kampungmu di mana ? Orang tua saya lahir di perkampungan negeri Sabah yang terpencil. Baru beberapa waktu ini kampung orang tua saya menerima pembangunan. Setelah sekian lama merdeka ! 
Praise valley
Apa pun, saya tidak tinggal di kampung asal orang tua saya kerana mereka sendiri telah berhijrah sejak 1970-an di Praise Valley. Praise Valley adalah nama yang kami wujudkan sendiri khas untuk kawasan kami.

Praise Valley adalah private property dan dan terletak di kampung Kionsom berhampiran dengan Shalom Valley. Penduduk di dalam kawasan ini adalah tidaklah ramai. Hanya beberapa keluarga dan kebanyakannya mempunyai kaitan keluarga. 

Praise Valley, seperti namanya ia adalah lembah dan di kelilingi oleh bukit. Agak sejuk di malam hari dan juga, menurut beberapa orang luar yang datang ke sini, kawasan Praise Valley sangat sunyi dan jauh dari pekan utama. Itu pendapat orang yang datang untuk pertama kalinya. Setelah beberapa kali, tempat ini tidaklah jauh. Ia hanya 7.5KM dari pekan Inanam.

Saya membesar di kawasan ini dan menikmati banyak rasa bahagia di Praise Valley. Penduduk Praise Valley sangat bersahabat dengan hutan kerana, kami memang dikelilingi oleh alam sekitar yang hijau, nyaman dan segar.


Post a Comment

0 Comments