banner

1 April 2020

www.cla-travel.asia

Kerja dari rumah merupakan perkara biasa bagi penduduk Eropah atau orang Barat. Malah ia adalah kepuasan bekerja tanpa perlu bertuankan kepada sesiapa. Eh ? Benarkah begitu ?
KERJA DARI RUMAH
Bagi penduduk Malaysia, ia merupakan sesuatu yang belum meluas diperkatakan walaupun, sudah lama dilakukan oleh sesetengah masyarakat. Saya melihat beberapa teman blogger sudah berkecimpung dalam dunia 'bekerja di rumah' sejak beberapa tahun yang lalu dan dalam diam saya menaruh impian seperti mereka.  Saya membina 'dunia maya' saya sebagai tempat mengaut rezeki halal. 

Saya boleh bangun jam berapa pun saya suka tanpa perlu terikat dengan jadual 8-5 setiap hari. Namun, tidak bermakna saya tidak mempunyai jadual. Cuma, jadual saya adalah dalam satu hari harus memperuntukkan sekurang-kurangnya 4 jam online. Saya boleh makan bila-bila masa tanpa perlu menyambut telefon. Boleh melihat awan tanpa perlu menunggu waktu rehat. Menikmati cahaya matahari tanpa perlu ragu dengan jam kerja. Tanpa perlu melihat manusia munafik setiap hari, pura-pura baik ketika ada kepentingan dan bersikap busuk ketika kita tidak diperlukan lagi. 

Hidup ini penuh dengan pilihan. Kita berhak mengejar impian kita. Banyak kata yang akan kita dengar ketika kita memutuskan untuk berhenti dari sesuatu yang selalu kita lakukan. Percayalah, hidup kita bukan tentang mereka dan bukan untuk mereka. Lalu kenapa harus peduli dengan kata-kata mereka? Siapa mereka? Bukan siapa-siapa. Kejar impian selagi kita mampu kerana, satu detik ketika kita dimamah usia, melangkah pun kita sudah tidak berdaya lagi. Hanya penyesalan bercambah dan tiada erti lagi. 

Saya alhirn
your advertise here

This post have 0 comment

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement

Themeindie.com