HOW TO LEARN GREEK | AKHIRNYA SAYA BELAJAR BAHASA YUNANI


[ BELAJAR BAHASA YUNANI ]

Tidak dinafikan ketika belajar dan tahu bahasa selain bahasa ibunda ia adalah satu keuntungan. Saya merupakan bangsa minoriti di dalam Malaysia. Bangsa yang kurang di pandang dalam negara ini suatu ketika dahulu. Bangsa yang di anggap ketinggalan zaman dan masih tinggal di atas pokok oleh sesetengah masyarakat Malaysia. Bukan itu yang ingin saya coretkan tetapi, sejauh mana kepentingan belajar bahasa asing kepada kita ?
Belajar bahasa Yunani
Sebagai rakyat Malaysia, negara majmuk, belajar bahasa suku lain mempunyai keuntungan tersendiri. Tidak dinafikan pula bahawa jika pandai berbahasa Cina dan Inggeris, ia memudahkan seseorang itu mendapat pekerjaan di dalam Syarikat-Syarikat Swasta.  Sebagai rakyat Majmuk Malaysia, sebenarnya pandai bahasa suku lain itu dapat kita pelajari ketika berteman dengan suku lain dengan mudah. Tanpa perlu bersekolah. 

Tahun 2020, saya berusaha belajar bahasa Yunani atau pun bahasa Greek. Salah satu bahasa tertua di dunia. Bahasa yang sering digunakan oleh bangsa lain untuk merujuk kepada maksud asal sesuatu kata. Bahasa Inggeris kebanyakan meminjam bahasa Yunani sebagai kata dasar. 

Ketika remaja saya seringkali mendengar perkataan Alpha dan Omega, bermaksud 'awal dan akhir'. Setelah belajar bahasa Yunani baru saya tahu ia sama maksud dengan perkataan 'A hingga Z' (Α hingga Ω). Belajar bahasa Yunani tidak mudah. Namun, setelah anda tahu ABC Yunani, semuanya akan menjadi mudah seperti, kembali ke zaman dahulu.

Setakat artikel ini di tulis, saya masih sedang belajar ΑΒΨ atau ABC. Semoga, satu hari saya dapat menulis artikel di dalam bahasa Yunani pula. Dapat belajar bahasa Yunani dan menguasai bahasa tertua ini pasti merupakan satu kepuasan bagi diri saya. 

Lagi pula, orang-orang Yunani sangat peramah dan jika pandai bahasa Yunani pastilah mudah untuk berkomunikasi dengan mereka. Saya selalu memiliki hati untuk belajar bahasa asing tetapi, seringkali niat terbatal kerana tidak ada orang yang mengajar atau lebih tepat, tidak ada masa untuk belajar.

Oleh kerana sekarang seluruh masa hanya berada di rumah tanpa perlu bekerja, saya mengambil keputusan untuk belajar bahasa Yunani. Sendirian. Saya yakin tidak ada yang mustahil untuk menguasai bahasa ini. 

Post a Comment

0 Comments