Kampung Pahu, Nyaman dan Mengasyikkan !

www.cla-travel.asia

Tulisan ini hanya boleh anda praktikkan selepas negara kita 'free Covid 19'.
Menyusur desa yang dahulunya termasuk dalam senarai 'remote area' ternyata kini menjadi salah satu tarikan destinasi pelancongan yang menarik. Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana berjaya memberikan kemudahan insfrastuktur kepada kampung Pahu dan kawasan sekitarnya.
Kampung Pahu, udaranya masih segar kerana, masih banyak rimba, sungai masih mengalir sejuk dan permai. Tidak mustahil, kampung ini akan maju di kenal dunia suatu hari nanti.

Ketika bermalas-malasan menikmati hari santai di tepi sungai, sudut mataku menyaksikan banyak kereta berhenti untuk mengambil gambar pemandangan kampung ini. Tidak hairanlah kerana kampung ini masih bersifat amazon kecil, dunia hijau masih memeluk desa ini. Kerbau berkeliaran bebas meragut rumput-rumput di tepi sungai. Bukti, tempat ini masih sangat desa.
Ketika matahari melabuhkan tirai, sungguh jelas pada gegendang telinga sang cengkerik bergema riang. Dunia mereka masih terjaga rapi.

Salah satu sebab kenapa saya suka tempat ini adalah, sungai dan hutan. Meski mentari terik namun, ia tidak angkuh. Matahari bermuafakat dengan hutan, menjadikan kawasan sungai bersuasana redup. Sungguh suatu nikmat yang indah bermandi-manda di sini.


Post a Comment

0 Comments