Cuti-Cuti Malaysia : CANOPY WALKWAY, RANAU, SABAH

www.cla-travel.asia

Sempena Tahun Melawat Malaysia, apa kata anda datang ke Sabah dan tengok hutan tropika. Tak perlu menyulam kata menyakinkan anda bahawa, anda wajib melancong ke Sabah. Kali ini saya hidangkan anda dengan panorama memukai dari Canopy Walk, Hot Spring Ranau.
CANOPY WALKWAY, RANAU, SABAH
Canopy walkway Ranau, jaraknya adalah melebihi 175 meter dan tinggi lebih kurang 41-43 meter dari tanah atau dengan kata lain, lebih tinggi dari bangunan lapan tingkat. Memang tidak sesuai jika anda adalah penghidap akrofobia atau gayat dengan tempat tinggi. 
CANOPY WALKWAY, RANAU, SABAH
Canopy walkway ini disambung antara tiga pokok tertinggi di dalam hutan Borneo, antaranya pokok Menggaris (Kompassia Excelsa) dan pokok Seraya (Shorea).
Lepas dari pintu masuk atau kaunter pendaftaran Canopy Walkway, anda kena jalan lebih kurang 550 meter untuk sampai ke Canopy Walkway. Perjalanan adalah lebih kurang 30 minit, itu pun kalau berjalan perlahan-lahan. Jangan lupa pakai kasut yang sesuai tetapi, untuk kaki kampung seperti saya, pakai selipar pun boleh.
CANOPY WALKWAY, RANAU, SABAH
Kelebaran Canopy Walk ini tidak begitu luas dan lebar, oleh itu hanya enam orang sahaja dibenarkan berjalan di canopy walkway dalam satu masa. Strukturnya elastik, jadi jambatan akan bergoyang-goyang semasa berjalan. Nikmat berjalan di atas Canopy Walkway sangat menyeronokkan. Sambil berjalan jangan lupa memandang ke arah bawah dan atas. Kepuasan nyata menjadi milik anda ketika anda benar-benar menikmati perjalanan ini. Jauh dari kota, udara segar, suara alam bergema lantang seakan bersuara agar generasi kita tidak pernah alpa untuk memelihara dan memulihara alam yang ada ini.
CANOPY WALKWAY, RANAU, SABAHCANOPY WALKWAY, RANAU, SABAH
Tiket untuk Canopy Walkway berharga RM3 untuk dewasa dan RM 1.50 bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Manakala, untuk kamera anda dikenakan bayaran tambahan iaitu RM5. Apa pun, jangan risau kerana bayaran ini adalah sangat berbaloi. Pengalaman anda akan membawa anda ke satu dimensi lain dengan cerita baru dari Canopy Walkway Ranau. 

Tunggu apa lagi ? jom, travel dalam Malaysia !

Post a Comment

0 Comments