7 October 2019

CARA MUDAH MELANCONG KE BUSAN, KOREA

October 07, 2019 11 Comments
www.cla-travel.asia

TRAVEL TO BUSAN KOREA
"Train to Busan" pada tahun 2016 telah mempopularkan lagi nama Busan sebagai salah satu destinasi pelancongan penting di Korea. Terletak 300 km di sebelah selatan Seoul, perjalanan ke Busan mengambil masa hanya 2 jam 30 minit menaiki KTX dan merupakan bandar ke dua terpenting selepas Seoul.

Kalau korang masih tercari-cari destinasi pelancongan menarik untuk bercuti, Busan merupakan satu idea yang baik. Walaupun namanya hampir sama dengan 'Bosan', tapi percayalah korang takkan Bosan bila berada di Busan. Jom kita lihat 7 aktiviti yang korang boleh buat bila berada di Busan (atau bila korang bosan).

 1. Mengopi & Chill out di Haeundae Beach

TRAVEL TO BUSAN KOREA

2. Habiskan duit lebih korang di 
Lotte Premium Outlet East Busan 


TRAVEL TO BUSAN KOREA
3. Makan Seafood di Jagalchi Fish Market 
(untuk yang takde Gout)
TRAVEL TO BUSAN KOREA
4. Shopping barang kosmetik di Nampodong


TRAVEL TO BUSAN KOREA
5. Berkelah di Dongbaek island
TRAVEL TO BUSAN KOREA
 6. Uji keberanian di Oryukdo Skywalk

TRAVEL TO BUSAN KOREA
 7. Photo shoot di Beomosa

TRAVEL TO BUSAN KOREA
Bukan 7 aktiviti ini je yang korang boleh buat tapi ada banyak lagi. Perkongsian ini cuma teaser je supaya korang tak sabar nak ke Busan. Aktiviti-aktiviti lain seperti melihat pertunjukan lampu air di Dadaepo, lihat pemandangan waktu malam dan main mercun di Gwanganli beach,  dan banyak lagi, Anda boleh explore sendiri menggunakan Naracards Busan Travel Guide.

TRAVEL TO BUSAN KOREA


TRAVEL TO BUSAN KOREA
Dengan Naracards Busan Travel guide korang boleh pilih je destinasi-destinasi pelancongan yang telah disediakan dan travel secara sendiri, bebas tanpa kekangan dari sesiapa. Sebanyak 35 destinasi menarik di Busan telah disediakan dalam setiap kotak.

TRAVEL TO BUSAN KOREA
Hanya bersaiz kad kredit je, Naracards mudah dibawa ke mana-mana dan digunakan sebagai bantuan untuk sampai ke destinasi. Malah ia mudah digunakan untuk merancang perjalanan sebelum korang berangkat ke Busan.
Jadi tiada alasan untuk korang lepaskan pengalaman menarik bercuti di Busan. Apa lagi, get your flight ticket now, apply cuti dan berangkat ke Busan, Korea. Jangan lupa untuk dapatkan Naracards Busan Travel Guide sebagai peneman korang semasa di Busan.

4 October 2019

THE ASIAN PARENT APP (TAP) - Motherhood, Parenting & Baby Guide - Apps

October 04, 2019 10 Comments
Hari ini saya akan kongsikan bagaimana cara-cara untuk mengakses atau pun bagaimana untuk download aplikasi The Asian Parent App (TAP). Satu aplikasi yang sangat penting dan berguna buat para ibu bapa atau bakal ibu bapa. 
THE ASIAN PARENT APP (TAP)
CARA DOWNLOAD THE ASIAN PARENT APP (TAP)

MASUK KE APPS STORE ATAU GOOGLE PLAYSTORE

Kalau nak install apa-apa dalam smartphone kita kenalah pergi ke Apps Store/Google Playstore terlebih dahulu. 

TAIP 'THE ASIAN PARENT'

Tekan butang search di sebelah kanan dan taip The Asian Parent. Selepas carian tersebut akan muncul beberapa pilihan dengan nama yang sama. Oleh itu, jangan tergesa-gesa unutk klik, baca langkah seterusnya.

CARI LOGO HATI
THE ASIAN PARENT APP (TAP)
Logo seperti di atas ini adalah logo rasmi bagi The Asian Parent apps (berbentuk hati yang warnanya sebelah biru dan sebelah lagi merah). Jangan salah install yang lain pula. Salah install, maknanya anda tidak akan dapat faedah yang saya dah jelaskan sebentar tadi.

DOWNLOAD SECARA PERCUMA

Aplikasi The Asian Parent adalah percuma untuk dimuat turun / install. Tiada sebarang caj / bayaran yang dikenakan. Andai anda dikenakan bayaran, itu bukanlah TAP Apps yang tepat.

DAFTAR MASUK MENGGUNAKAN AKAUN FACEBOOK ATAU GOOGLE 

Semua langkah sudah siap diikuti, sekarang anda boleh mendaftar dengan TAP apps. Cara pendaftaran ada tiga cara. Pertama anda boleh menggunakan Facebook  atau anda boleh gunakan akaun Google. Atau kalau anda tidak mahu gunakan kedua-dua cara tersebut, anda boleh sahaja daftarkan emel lain sebagai log pengguna untuk TAP apps in.

APA YANG MENARIK DALAM TAP ? 

Dalam TAP anda akan disajikan dengan banyak faedah selain dapat bertukar pendapat dengan pengguna TAP yang lain. 
Sudut Gambar

Bagi saya sudut ini merupakan sudut paling digemari oleh members TAP kerana, selain dapat melihat gambar orang lain, anda juga boleh upload gambar anak-anak anda atau gambar hasil scan kandungan anda bagi memberi insipirasi kepada para ibu-ibu yang baru atau sekadar berkongsi gambar sesama ibu.

Sudut feed

Ia lebih kurang seperti feed social media yang lain dan membolehkan anda untuk ajukan soalan, pendapat atau post gambar-gambar dan poll untuk berinteraksi dengan semua members TAP dalam Apps ini. Jadi, setiap soalan yang anda ajukan pasti akan dibaca dan dijawab oleh member lain.
THE ASIAN PARENT APP (TAP)

Sudut topik untuk perbincangan para ibu

Ruangan ini dikhususkan untuk ruangan perbincangan isu-siu tertentu. Ruangan ini dibahagikan kepada beberapa pecahan kecil seperti bahagian preschooler, just moms, bigger kids, just dad, toddler dan sebagainya. Ia dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil bagi memudahkan perbincangan setiap isu dilakukan secara spesifik dan tidak bercampur-baur.

Sudut artikel yang berkaitan

Ruangan ini diwujudkan bagi memberikan info yang tepat kepada para ibu muda atau bakal ibu. Setiap artikel yang dimuat-naik adalah artikel yang telah ditapis oleh TAP Apps. Setiap artikel adalah bermutu tinggi dan banyak membantu memberikan ilmu tepat kepada para wanita yang bakal dan telah bergelar ibu.

Sudut media untuk kanak-kanak

Ruangan ini khas untuk tontonan kanak-kanak dan perlu berasa was-was kerana, video-video yang diupload adalah selamat dan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak. Tanpa perlu pengawasan pun, kita tahu bahawa kanak-kanak tidak akan terpesong kerana semua video adalah dijamin bermutu dan sesuai peringkat umur kanak-kanak sahaja.


Sudut untuk para ibu mengandung

Apps ini sudah saya nyatakan bahawa ia bukanlah Apps sekadar suka-suka tetapi, mempunyai banyak kebaikan. Ruangan ini akan membantu para ibu hamil memantau kandungan mereka selain, dapat berhubung dengan para ibu hamil yang lain untuk perbincangan atau sekadar bertukar info.

The Asian Parent App
Website The Asian Parent
@TheAsianParent
Like and follow FB The Asian Parent Page
@TheAsianParentMY
Follow IG The Asian Parent MY
@theasianparent_my