Trip To Halong Bay, Vietnam

www.cla-travel.asia

''Percutian ke Vietnam tidak lengkap tanpa ke Halong Bay''

Halong Bay merupakan tapak warisan dunia UNESCO dengan jumlah 1,969 pulau batu kapur yang unik dan menarik. Tidak hanya itu, pada tahun 2012 Halong Bay turut diiktiraf sebagai salah satu dari 7 keajaiban dunia versi New 7 Wonders Foundation.  Halong Bay terletak dalam wilayah Quang Ninh, Vietnam utara, 160 KM Barat laut Hanoi berhampiran dengan sempadan China. 
Trip To Halong Bay, Vietnam
Tulisan ini akan mengupas informasi samada percutian ini boleh dilakukan secara tour agent atau solo backpacker . Sebenarnya anda boleh melakukan ke dua-dua cara. Untuk tulisan ini, ia adalah melalui tour agent, lebih rapi, santai, bergaya dan terjaga. Halong Bay cruise boleh dilakukan secara day trip tour atau pun 2h1d Halong Bay cruise. 

Day Trip Tour - Perjalanan ke Halong Bay, Vietnam

Trip To Halong Bay, Vietnam
Penginapan sepanjang berada di Vietnam adalah di Luminious Viet Hotel, Old Quarter Hanoi. Untuk ke Halong Bay kami bergerak sekitar jam 7 pagi dan perjalanan adalah sekitar 3 jam setengah. Perjalanan agak jauh tetapi, bukankah jauh perjalanan luas pemandangan ? lagi pula, jarak yang jauh tidak akan terasa ketika kita sampai ke Halong Bay. Saya tidak mempunyai masalah dengan jauhnya perjalanan, asal di hujung perjalanan ada sesuatu yang indah menanti. Oleh kerana mengikut tour agent dan berpakej kami, digabungkan dengan para pelancong dan traveler lain dalam bas dan feri tersebut. Kebanyakan pelancong dan traveler adalah American dan selebihnya adalah Malaysian (itu adalah kami), Indonesian dan Korean. Hal tersebut merupakan sebahagian dari rencah percutian yang saya suka.
 Halong Bay, Vietnam

Aktiviti-Aktiviti Di Halong Bay

Kita tidak sekadar cruising menikmati dandanan alam semata tetapi, berhenti di beberapa pulau batu kapur untuk melakukan aktiviti santai sambil menghargai betapa indahnya karya ciptaan Tuhan di bumi Vietnam. Setibanya kami di Halong Bay kami dihidangkan dengan makanan tengahari yang enak-enak. Ini merupakan impian saya yang akhirnya terlaksana di bumi Vietnam dan ditempat terindah pula. Makan tengahari didalam feri sambil melihat burung-burung berterbangan bebas di permukaan air yang jernih bak kristal.


Berkayak dan Berakit menyusur gua

 Halong Bay, Vietnam
 Halong Bay, Vietnam
Setiap kami diberikan kebebasan memilih samada mahu berkayak atau mengayuh rakit bambu. Jika berkayak, maknanya anda harus melakukan aktiviti sendirian atau berdua dengan pasangan. Jika berakit, maknanya ia dilakukan secara berkumpulan (sehingga 10 orang) dan sosialisasi sambil berkenalan dengan traveler/pelancong lain lebih tinggi. Kami memilih rakit bambu ! lebih bersifat persahabatan dan meriah. Saling membantu mengetik kamera dan bertukar senyum dan; kenangan pun akan lebih mewah berbanding berkayak sendirian. Walaupun begitu, aktiviti berkayak turut mempunyai keistimewaan tersendiri. Mendayung rakit menyusur gua cukup membuat saya teruja apatah lagi, seperahu dengan para pelancong dari luar negara yang lain. Selepas memasuki gerbang gua, kami sampai kepada satu lokasi habitat monyet-monyet.
 Halong Bay, Vietnam

Hiking di Ti Top  Island

 Halong Bay, Vietnam
Setelah selesai bermain rakit/berkayak, kami kembali semula ke feri untuk menuju ke sebuah pulau batu kapur lain iaitu, Ti Top Island. Nama Ti Top berasal dari nama Astronot Rusia dan pahlawan Uni Soviet yang bernama Gherman Stepanovic Titov. Nama ini diberikan ketika Presiden Vietnam dan Titov mengunjungi pulau ini pada 22 November 1962. Semasa penjajahan Perancis pulau ini disebut sebagai Pulau Cat Nang.
 Halong Bay, Vietnam
Atmosfera pulau Ti Top adalah sangat santai dan tenang. Untuk melihat pemandangan Halong Bay dari tempat tinggi, anda boleh mencuba melakukan hiking hingga ke puncak bukit tersebut. Pemandangan dari atas bukit Ti Top adalah sangat indah dan tidak hairanlah, pulau Ti Top menjadi antara destinasi paling terkenal dan digemari oleh ramai pelancong dalam dan luar negara. Meski pulau ini agak kecil tetapi, ia mempunyai pantai yang bersih dan terjaga. Hamparan pasir-pasir membuatkan anda ingin berbaring diatasnya sambil disinari sang mentari dari celah-celah pulau-pulau batu kapur yang terdapat di Halong Bay.
Menjelajah Gua Hang Sung Sot

 Halong Bay, Vietnam
Gua ini terletak di Bo Hon island dan merupakan gua terbesar di Halong Bay. Sebelum sampai ke Halong Bay saya sempat berimaginasi, jika tiba-tiba terjadi kes seperti tragedi gua Thailand 2018 maka, habislah kami ! Kami harus menaiki anak tangga sepanjang beberapa ratus meter untuk mencapai pintu gua Hang Sung Sot.  

Hang Sung Sot merupakan gua stalagmit dan stalaktit dengan pelbagai bentuk yang menarik. Apabila melangkah masuk ke dalam gua ini, perasaan kagum  terbit dalam secara tulus dari dalam sanubari. Betapa indah dan uniknya gua tersebut dengan kepelbagaian bentuk dan saiz stalagmit dan stalakit yang ada.  Cahaya lampu berwarna  samar-samar menambahkan pesona Hang Sung Sot dan setiap pengunjung harus berjalan mengikut lorong-lorong yang sudah disediakan. Hang Sung Sot mempunyai dua ruangan besar dan berjalan secara berkumpulan merupakan hal penting dan wajib. Gua ini sangat luas dan jika tidak mengikuti lorong atau tali yang sudah disediakan, anda boleh sesat.
VIETNAM
Nantikan kisah seterusnya dari kami. 'Cam on, Vietnam'

Post a Comment

16 Comments

Terima kasih kerana memberi satu 'review' yang sangat padat dan informasi. Memang diri ini teringin nak pergi melancong ke sana, tetapi kewangan masih tidak boleh pergi lagi. hehe. Next time boleh pergi sana.
Rawlins GLAM said…
Rawlins belum pernah lagi menjelajah ke Vietnam. Teringin nak menjelajah ke area yang disebutkan dalam review nie. Memang nampak cantik dan tenang je.
cre8tone said…
I wish I could go Halong Bay again too.. the view is amazingly nice... breezing cool!
CXopportunities said…
Seronoknya tengok orang share penglaaman travel ke negara orang. Best sangat. Tak pernah lg travel ke luar negara hahah thanks for this entry, sgte membantu dan informative ntk cx for future. Tq!
xulhlmi said…
wahhh bestnya dapat berkayak menyusuri dalam gua tu, teringin nak pergi Vietnam and rasai keindahan tempat sana.
cindyrina said…
I visited Halong Bay many years ago. It was interesting journey for me. I bet you feel the same too.If give me chancecto re visit i will do that again.
Nadia Johari said…
Baru tau pasal tempat ni..macam jarang orang review ke sini..menarik tengok..rasa tenang je
Teringin jgk nk pegi Vietnam thank you for sharing nti klu ada rezeki nk discover vietnam plk
Nina Mirza said…
Nina belum pernah sampai ke Vietman. Ketara ketenangan suasana di sana, pemandangan cantik sekali. Best ni snap picture kat Sana. Bila laaaa dapat jrlajah bumi Vietnam lak.... Kena penuhkan tabung ni. Huhuu
Mimie said…
Tak pernah sampai lagi Vietnam. Tapi kawan saya dah sampai Vietnam. Dia cakap best pergi sana. Pemandangan cantik. Lepas tu kalau yang kaki shopping elok sangat pergi Vietnam. Hehehe
Syiera Firdaus said…
Wow cantiknya Halong Bay. Memang spot untuk bergambar tu. Hehehehe. Syira tak pernah lagi ke Vietnam.
i tak pernah lagi sampai kat sana. tengok tempat dan pemandangan memang menarik. memang ada cita-cita nak lawat semua negera asia dalam masa 5 tahun ni
Sunshine Kelly said…
Oh yes!!!! I love and I miss Halong Bay. It has been a while since i last visited Vietnam.
Looks adventurous at Halong Bay! Mouse mommy have not visited to Vietnam. Will keep in my list. Thanks for the travel info.
Absolute Yana said…
Wow I didn't even know that Halong Bay was in the 7 wonders... Definitely more reasons to add into my travel bucket list. I haven't trymied kayaking before so might give that a try when I'm there. Thanks dear for the info!
Wawa Ashihara said…
Seronok bila tgok orang share experience travel jauh2 ni. Wawa nak pergi pun xde masa. Husband pun xdpt cuti. Tp klo boleh mmg nk sgt ke vietnam..sbb mcm2 ade kt sana