13 March 2019

Trip To Bintulu, Sarawak

March 13, 2019 20 Comments
www.cla-travel.asia ~ Bintulu, Sarawak

Sarawak merupakan negeri paling dekat dengan Sabah, dan suatu kemustahilan jika saya mengatakan belum pernah menjejakkan kaki ke bumi Kenyalang. Oleh kerana Air Asia sedang meriah dengan promosi 'gila-gila' mereka sejak awal tahun 2019, maka saya turut tidak melepaskan peluang tersebut.
BINTULU, SARAWAK
Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang paling banyak lapangan terbang di dalam Malaysia dan saya memilih Bintulu sebagai destinasi pertama dalam Sarawak yang mahu saya lawati. Meski kata orang, Bintulu itu tidak banyak yang boleh dibanggakan dari segi pelancongan. Tidak banyak tempat menarik. 'Tidak apa-apa, kita datang saja dulu', cantik atau tidak lokasi tersebut akan kita tahu  setelah selesai trip. 

Oleh kerana saya mempunyai pengalaman 'kosong' tentang Bintulu, saya mencari tahu beberapa info mengenai Bintulu. Saya berhubung dengan orang-orang yang saya percayai dan tahu lokasi-lokasi pelancongan dalam Malaysia iaitu, Encik Laili (HUGS Project-Helping Groups & Society) dan beliau telah memberikan saya nama seorang Sarawakian yang boleh saya hubungi dan bertanya tentang info kawasan Bintulu. Terima kasih Cik Azzel Azean kerana, banyak membantu dan memberikan maklumat tentang lokasi-lokasi yang boleh saya lawati dan hotel-hotel yang selamat.
BINTULU, SARAWAK
Walau bagaimanapun, trip Bintulu tidak menjadi realiti dan sebenarnya, ini bukanlah trip pertama saya yang gagal. Tahun lalu, saya juga pernah membeli tiket Air Asia ke Cambodia. Akhirnya tidak menjadi. Syukur saja tiket kali ini tidaklah mahal. Boleh dikatakan, terkadang harga 'lunch' saya lebih mahal dari tiket ini. Kecewa ? tidak juga, kerana saya masih menikmati moments indah meski terbatalnya penerbangan tersebut. Lagi pula, hari esok masih ada dan Bintulu juga akan sentiasa ada. Hanya menunggu waktu yang tepat untuk saya kembali merancang perjalanan ke Bintulu, Sarawak. 

Tulisan ini khusus untuk berterima kasih kepada individu-individu yang telah membantu saya memberikan info penting tentang trip ke Bintulu, Sarawak.
BINTULU, SARAWAK
Mungkin ada yang bertanya berapa harga tiket ke Bintulu ? ketika saya membeli tiket tersebut hanyalah MYR 118.24 untuk tiga orang, penerbangan Kota Kinabalu-Bintulu-Kota Kinabalu. Oleh kerana, kami tidak menaiki kapal terbang tersebut maka, service Tax sebanyak MYR44 boleh dituntut daripada Air Asia dalam tempoh enam bulan. Murah ? memang murah. Terima kasih Air Asia kerana benar-benar menepati slogan 'Now everyone can fly' .

Bintulu, jumpa nanti !

8 March 2019

Aplikasi Maybank MAE - Buat Duit Dengan Maybank MAE

March 08, 2019 36 Comments
www.cla-travel.asia

Mungkin masih ramai yang tertanya-tanya apa itu aplikasi Maybank MAE ? MAE adalah singkatan untuk Maybank, Anytime, Everyone. Sebenarnya ia adalah teknologi baru dompet dalam telefon atau  dompet digital ataupun e-wallet. MAE merupakan cabang perbankan masa kini oleh Maybank dan boleh diaktifkan dengan mudah. 
Maybank MAE
Penggunaan MAE membantu pengguna mengasingkan wang simpanan dengan wang perbelanjaan harian. Deangan  adanya MAE anda bebas dari menggunakan wang simpanan tetap anda.  Pengguna MAE boleh melakukan pembayaran di lebih 20,000 peruncit seluruh negara yang menerima pembayaran menggunakan Maybank QRPay. Paling seronok, pengguna MAE boleh menerima wang daripada orang lain.
Maybank MAE
Maybank MAE turut mendapat kepuasan dan keuntungan pada masa yang sama kerana, anda boleh bermain games dan dapat duit. Menarik bukan ? Oleh kerana, saya tidak mahu untung sendiri langkah-langkah berikut saya ajarkan kepada anda. 
Maybank MAE
LANGKAH 1 : Muat turut aplikasi "MaybankMY" dan log masuk ke akaun Maybank anda. 
Maybank MAE
LANGKAH 2 : Klik pada pilihan [MAE] pada paparan tersebut.

LANGKAH 3 : Masukkan maklumat yang diminta : Email, kawasan tempat tinggal dan Kod jemputan (Kod : pan0426]

LANGKAH 4 : Kemudian tekan log out. [Aplikasi akan meminta anda tambah wang untuk pengaktifan tetapi, anda boleh skip atau abaikan saja arahan tersebut dan terus log out] 
Maybank MAE
LANGKAH 5 : Log masuk semula ke akaun Maybank anda. Kemudian anda akan mendapati ada ikon (M) di bawah bahagian kanan dan klik ikon tersebut.
Maybank MAE
LANGKAH 6 : Anda akan melihat ikon permainan kecil di sudut bahagian kanan, klik ikon tersebut
Maybank MAE
LANGKAH 7 : Mulakan permainan (klik pada wang syiling dan elakkan klik bom dan kalau klik berlian dapat 5 saat tambahan)
Maybank MAE
LANGKAH 8 : Selepas tamat permainan, wang akan automatik masuk dalam akaun MAE anda. Seronok sungguh ! sambil main games, dapat duit percuma.