26 November 2018

EVENT : BAZAR G.B.K.

November 26, 2018 11 Comments
www.cla-travel.asia ~Bazar G.B.K.

Dengan hanya beberapa minggu atau tepatnya kurang daripada tiga minggu, idea berkenaan Bazar GBK atau GBK Open Day dinyatakan sehingga kepada tarikh pelaksanaan dijalankan, mungkin boleh dianggap promosi adalah kurang tetapi, apa yang telah dirancang tetap dijalankan dan ia ternyata lebih daripada berjaya.
BAZAR G.B.K.
Acara ini diadakan julung kalinya sebagai salah satu cara mengumpul dana natal tahun 2018. Church Fundraising can sometimes seem like a daunting and boring tasks. However, if you approach fundraising for your church with a different mindset, one of fun and stewardship, you can begin to see fundraising in a whole new light. With transparency, good intentions, a couple of fun ideas, and the right plan and people in place, fundraising can not only boost your church finances, but also become a way to bring your congregation closer together, showcase your work to the wider community, and positively impact more beneficiaries.
BAZAR G.B.K.
BAZAR G.B.K.
BAZAR G.B.K.

BAZAR G.B.K.
Pelbagai acara dijalankan seperti sukaneka, busking, jualan kuih-muih, local fruits, sayur-sayuran, traditional foods, ayam pansuh (ayam dimasak dalam bambu), BBQ, jualan pre-loved items dan banyak lagi. Kehadiran keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling sangat mendorong untuk mengadakan sekali lagi aktiviti seperti ini dimasa akan datang.
BAZAR G.B.K.BAZAR G.B.K.
Sebenarnya Bazar GBK diadakan bagi mencari dana/kewangan untuk Natal 2018 dan juga, sebagai langkah mengeratkan silaturahim sesama masyarakat sekeliling. Awal proses kami berasa sedikit khuatir apakah usaha ini akan berhasil atau menemui kegagalan saja. Namun, semangat keluarga besar GBK membuat apa yang telah dirancang terlaksana cemerlang. Saya mengingat satu kata, saya lupa dimana saya menemukan kata tersebut. 'Sesakit dan sekeras apa pun usaha yang kamu lakukan untuk menikmati kejayaan, jalani saja dan jangan pernah berfikir untuk mengakhirinya. Sebab jika kita menyerah, kita tidak akan pernah maju dan menikmati kejayaan. Ingatlah juga, jikalau kesempatan mungkin tidak datang dua kali. Siapa tahu kesempatan yang kita sia-siakan kerana menyerah merupakan satu-satunyanya peluang yang kita miliki. Jadi, jangan pernah menyerah!'.
BAZAR G.B.K.BAZAR G.B.K.
BAZAR G.B.K.
Terima kasih kepada semua yang sudah sama-sama menjayakan program sehari ini. Untuk semua yang sudah hadir, kehadiran anda benar-benar kami hargai. Bagi anda yang mungkin pertama kali menjejakkan kaki di kawasan gereja Baptis Kionsom, kami bersyukur kerana pertemuan pertama kita terjadi digereja kampung kami. Persekitaran masih tertatah rapi dengan landskap hijau memberikan suasana tenang dan udara segar. Sebuah lokasi yang sebahagian kisahnya mengisi ruangan memori saya.

Thank you everyone who donated time and energy to this event ! God bless you. 

7 November 2018

Wajib Cuba 'Teh Jahe' Simarjarunjung, Medan !

November 07, 2018 25 Comments
www.cla-travel.asia ~ Wajib cuba 'Teh Jahe' Simarjarunjung, Medan

'Selepas ini kita ke Simarjarunjung dan minum teh jahe ya?' Restorannya terletak diatas bukit, suasana udaranya sejuk dan damai. 
Kami berlima sepakat bersetuju untuk menikmati teh jahe. Jahe merupakan kata Indonesia yang bermaksud halia. Minum teh halia ? baiklah, tidak salah mencuba sesuatu yang dikatakan berfaedah kepada kesihatan.

Jujur Dan Ini Pengalaman Saya

Ketika menghidu teh jahe itu, 'harumannya' pun tidak mampu memikat deria saya. Tidak mungkin mahu minum minuman yang tidak pernah saya minum sebelumnya. Kalau sakit perut bagaimana ? perjalanan masih jauh. Namun, tour guide mengatakan bahawa minuman itu baik untuk kesihatan. Ya, siapa pun akan berkata baik untuk memperkenalkan sesuatu. Teh jahe sudah terhidang. Untuk tidak meminumnya adalah suatu kerugian kerana minuman tersebut bukan percuma. Meski teh adalah minuman kegemaran saya tetapi, bukan teh jahe. Lagi pula, ia bukan sekadar jahe dan teh tetapi, turut dicampur dengan banyak bahan-bahan lainnya seperti; kayu cengki, serai, gula melaka dan beberapa bahan lagi.  Syukur saja, ia hanya menggunakan cawan standard espresso Secret Recipe.
Sang pengecut mungkin boleh berkata tidak, tetapi, tidak bagi diri ini (cewah). Oleh itu,  cawan ku angkat mendekat ke bibir, mata kupejamkan dan dengan kiraan tiga, dua, satu......kuteguk teh jahe dengan gaya juara, sekali teguk teh jahe saja, teh jahe itu sudah habis. Tarik nafas lega. Seluruh nafas beraroma jahe. Dada tiba-tiba terasa hangat. Tiada kata terluncur dari mulut hanya tawa memenuhi restoran Simarjarunjung.

Dua minggu berlalu daripada peristiwa teh jahe.....

Teh jahe masih berligar-ligar dalam kepala, bukan rindu pada rasa itu melainkan semangat ingin tahu tentang khasiat teh jahe itu terlalu tinggi. Lalu, jemari mulai menaipkan teh jahe pada carian googe. Fuh ! ternyata ada banyak kebaikan meminum teh jahe.

Khasiat Teh Jahe/ Teh Halia

- Melancarkan peredaran darah
- Meredaklan asma
- Mencegah Alzheimer
- Mengatasi sembelit
- Menghangatkan tubuh
- Mencegah kanser
- Menjaga kesihatan jantung
- Mengawal Kolestrol
- Menjaga kesihatan gusi dan gigi
- Meningkatkan sistem imun
..dan banyak lagi. Ternyata teh jahe memang baik untuk kesihatan. Tidak hairanlah saya tidur nyeyak pada malam setelah meminum teh jahe tersebut. Jika ketika meminum jahe itu saya berjanji untuk tidak akan pernah mahu meminumnya lagi, ternyata kata-kata itu harus dibatalkan kerana, setelah membaca khasiat-khasiat yang terdapat pada teh jahe atau teh halia ia mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Terima kasih Brother Alil kerana memperkenalkan Teh Jahe kepada saya dan team.