28 September 2018

Happy World Tourism Day From Street Art Kota Kinabalu, Sabah

September 28, 2018 6 Comments
www.cla-travel.com ~ Jom Travel !

Bulan ini saya sudah mengikut seruan kerajaan Malaysia untuk travel di dalam negara saja. Lagi pula, negara Malaysia kaya dengan destinasi pelancongan yang menarik dan tidak saya nafikan salah satu negeri yang paling menarik dalam negara Malaysia terletak di tanah Borneo, Sabah.
Dari puncak tertinggi gunung Kinabalu sehingga didasar paling dalam lautan dan kepulauan, Sabah mampu memberikan nilai terbaik kepada para pengunjung dalam dan luar negara. Namun, kali ini tulisan ini hanya singkat, sesingkat tajuk post artikel ini. 
Street Art Kota Kinabalu, Sabah

Street Art Kota Kinabalu, Sabah

Street Art Kota Kinabalu, Sabah
Kota Kinabalu merupakan ibu negeri Sabah dan di kota ini anda akan melihat banyak lukisan grafitti yang indah. Salah satu lokasi tersebut adalah di Street Art Kota Kinabalu, Jalan Pantai atau pun berhampiran dengan Shopping Mall Suria Sabah.
Street Art Kota Kinabalu, Sabah
Jika anda berkesempatan ke Street Art Kota Kinabalu, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar hasil seni pelukis grafitti orang Sabah. Happy World Tourism Day dari saya. 

20 September 2018

DESTINASI MENARIK : KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION, KIBUNUT SABAH

September 20, 2018 7 Comments
www.cla-travel.asia ~ Jom travel !

Apabila kita melakukan hal yang itu-itu saja tentu akan menyebabkan kejenuhan atau boring dan wawasan yang kita miliki belum tentu bertambah. Dengan melakukan perjalanan ke tempat baru, sudah pasti kita akan mendapatkan hal-hal baru pula.

Tidak dinafikan kita mampu mendapatkan banyak info hanya melalui internet tetapi, ketika melakukan perjalanan, ada satu perkara yang tidak kita dapatkan dengan hanya browsing di internet iaitu; rasa.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
bergambar bersama pemilik homestay
Perjalanan kali ini dilakukan bersama keluarga besar #GBK dan telah dirancang sejak beberapa bulan yang lalu. Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di Kamagi Riverside Retreat and recreation, Kibunut Penampang. Jujur, saya sebenarnya kurang teruja untuk datang ke tempat ini kerana, ia tidaklah terlalu jauh dari kawasan tempat tinggal saya. Saya lebih berminat untuk melawat tempat-tempat kawasan sejuk atau tanah tinggi.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
Tambahan pula, Kamagi Riverside dinyatakan tidak mempunyai signal internet. Bagi saya itu pasti membosankan. Namun, ketika sampai ke destinasi tersebut rasa tidak teruja itu mati dengan sendirinya. First impression 'ternyata tempat ini nikmat juga' . Ketika melihat air sungai mengalir dengan tenang, disapa pula oleh pemilik resort tersebut, saya tahu saya akan bahagia disini, selagi percutian ini berlangsung dengan keluarga. Jika tidak silap kawasan ini telah dibangunkan sejak 15 tahun dahulu dan dijalankan secara kecil-kecilan. Hari ini, tempat ini semakin maju dan memiliki beberapa rumah penginapan. Bagi penikmat alam dan penggemar sungai, mungkin Kamagi Riverside Retreat & Recreation merupakan tempat yang anda cari. Atau mungkin, hanya mahu bersuka-ria sambil mandi-manda dihujung minggu atau ketika hari cuti ? tempat ini sesuai untuk anda. Yuran masuk dan mandi sungai hanya RM2 manakala, untuk BBQ dan sewa pondok bayaran yang dikenakan adalah RM50.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
Kami berada disini selama 2 hari 1 malam. Antara aktiviti yang kami lakukan selain mandi di sungai adalah; hiking dan menjalankan team building activities. Oleh kerana kawasan ini masih agak hijau dan buki-bukit belum dimusnahkan oleh pembangunan maka, kami turut berpeluang menjalankan aktiviti hiking. Perjalanan adalah lebih kurang 3KM dari kawasan penginapan. Bagaimana tahap kecuraman bukit tersebut ? agak tinggi tetapi, masih sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak yang lasak. Peserta paling muda adalah seorang kanak-kanak berumur 5 tahun dan berjalan sendiri tanpa, digendong oleh orang lain. Sebaik-baik perjalanan adalah ketika kita berjalan sambil menikmati panorama yang ada. Oleh kerana hiking tersebut bukanlah sebuah pertandingan, maka berjalan santai adalah pilihan setiap orang. Kami disini sebagai manusia-manusia yang rindukan hari-hari tanpa tekanan kesibukan aktiviti harian. Kami disini adalah sebagai manusia-manusia yang mahukan ketenangan. 
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
Sebenarnya, ketika bangun pagi saya mempunyai seribu rasa kemalasan untuk menyertai aktiviti hiking tersebut. Apalagi, dipenghujung subuh itu hujan telah turun membasahi bumi. Bayangkan betapa nikmatnya berada didalam selimut menikmati tidur waktu itu. Ketika semua orang telah bangun dan bersiap, saya masih sedang berfikir samaada mahu menyertai aktiviti tersebut atau sambung tidur. Ternyata budak-budak bawah umur tujuh tahun yang kelihatan bersemangat itu berjaya memadamkan rasa malas saya. Saya terpaksa ikut-serta dan membangun  semangat pagi itu. Andai saja saya tidak menyertai aktiviti hiking tersebut, mana mungkin saya tahu ada apa diatas bukit Kamagi itu. Ternyata, diatas bukit tersebut ada perkampungan lagi. Kami menyusup kebun-kebun orang. Kami menghidu aroma kampung. Dihujung perjalanan bukit, kami akhirnya tiba dijalan raya yang sepertinya, jarang-jarang dilalui oleh kenderaan luar. Waktu itu, kami hanya lima orang...yang lain sudah jauh di depan atau sebahagiannya sudah sampai kerumah penginapan. Kami berjalan santai menikmati segala keadaan.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
Sebelum jam 8 pagi kami akhirnya selamat tiba di rumah penginapan dan meneruskan aktiviti kesukaan ramai iaitu, sarapan pagi. Setelah banyak kalori terbakar ketika hiking, semua peserta kelihatan makan dengan sangat bersemangat atau kerana, fellowship ini maka semuanya menjadi berselera. Usai sarapan pagi, semua kemas diri sebelum meneruskan aktiviti praise and worship dan mandi sungai lagi.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
Check out adalah jam 1 tengahari setelah makan tengahari. Oleh kerana hari tersebut adalah cuti umum maka, tempat tersebut mulai dibanjiri oleh orang ramai yang kebanyakannya mahu mandi sungai. Satu lagi, sungai Kamagi merupakan sungai Tagal atau kawasan larangan menangkap ikan. Tidak hairanlah sungai tersebut mempunyai ikan-ikan yang besar dan pelawat turut boleh memberi ikan-ikan tersebut makan dengan syarat, makanan ikan  harus dibeli daripada Kamagi Riverside dengan harga RM3. Jangan terkejut apabila ikan-ikan yang ada siap memberikan perkhidmatan 'fish massage' kepada anda.