Wajib Cuba 'Teh Jahe' Simarjarunjung, Medan !

www.cla-travel.asia ~ Wajib cuba 'Teh Jahe' Simarjarunjung, Medan

'Selepas ini kita ke Simarjarunjung dan minum teh jahe ya?' Restorannya terletak diatas bukit, suasana udaranya sejuk dan damai. 
Kami berlima sepakat bersetuju untuk menikmati teh jahe. Jahe merupakan kata Indonesia yang bermaksud halia. Minum teh halia ? baiklah, tidak salah mencuba sesuatu yang dikatakan berfaedah kepada kesihatan.

Jujur Dan Ini Pengalaman Saya

Ketika menghidu teh jahe itu, 'harumannya' pun tidak mampu memikat deria saya. Tidak mungkin mahu minum minuman yang tidak pernah saya minum sebelumnya. Kalau sakit perut bagaimana ? perjalanan masih jauh. Namun, tour guide mengatakan bahawa minuman itu baik untuk kesihatan. Ya, siapa pun akan berkata baik untuk memperkenalkan sesuatu. Teh jahe sudah terhidang. Untuk tidak meminumnya adalah suatu kerugian kerana minuman tersebut bukan percuma. Meski teh adalah minuman kegemaran saya tetapi, bukan teh jahe. Lagi pula, ia bukan sekadar jahe dan teh tetapi, turut dicampur dengan banyak bahan-bahan lainnya seperti; kayu cengki, serai, gula melaka dan beberapa bahan lagi.  Syukur saja, ia hanya menggunakan cawan standard espresso Secret Recipe.
Sang pengecut mungkin boleh berkata tidak, tetapi, tidak bagi diri ini (cewah). Oleh itu,  cawan ku angkat mendekat ke bibir, mata kupejamkan dan dengan kiraan tiga, dua, satu......kuteguk teh jahe dengan gaya juara, sekali teguk teh jahe saja, teh jahe itu sudah habis. Tarik nafas lega. Seluruh nafas beraroma jahe. Dada tiba-tiba terasa hangat. Tiada kata terluncur dari mulut hanya tawa memenuhi restoran Simarjarunjung.

Dua minggu berlalu daripada peristiwa teh jahe.....

Teh jahe masih berligar-ligar dalam kepala, bukan rindu pada rasa itu melainkan semangat ingin tahu tentang khasiat teh jahe itu terlalu tinggi. Lalu, jemari mulai menaipkan teh jahe pada carian googe. Fuh ! ternyata ada banyak kebaikan meminum teh jahe.

Khasiat Teh Jahe/ Teh Halia

- Melancarkan peredaran darah
- Meredaklan asma
- Mencegah Alzheimer
- Mengatasi sembelit
- Menghangatkan tubuh
- Mencegah kanser
- Menjaga kesihatan jantung
- Mengawal Kolestrol
- Menjaga kesihatan gusi dan gigi
- Meningkatkan sistem imun
..dan banyak lagi. Ternyata teh jahe memang baik untuk kesihatan. Tidak hairanlah saya tidur nyeyak pada malam setelah meminum teh jahe tersebut. Jika ketika meminum jahe itu saya berjanji untuk tidak akan pernah mahu meminumnya lagi, ternyata kata-kata itu harus dibatalkan kerana, setelah membaca khasiat-khasiat yang terdapat pada teh jahe atau teh halia ia mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Terima kasih Brother Alil kerana memperkenalkan Teh Jahe kepada saya dan team.

Post a Comment

25 Comments

The Fool said…
Wah nampak menarik dan sedap, Tarot juga pernah menikmati kopi di Barli dulu, sangat sedap dinikmati sambil menikmati pemandangan yang cantik.
precious cla said…
Meski tak sedap tapi pengalaman pertama tu diingat sampai bila-bila. Teh Jahe ni, awak cubalah :)
sitirohaida said…
Tak pernah dengar pasal Teh Jahe. Nampak macam kopi kan. Tapi kalau ianya untuk kesihatan, why not kita cuba kan
precious cla said…
Demi kesihatan kita sanggup walaupun, rasa halia kuat sangat.
Fadzi Razak said…
Gambar pertama tu nampak teh dia pekat macam air coklat pun ada. Tapi gabungan bahan bahan yang ada dalam teh jeha tu nampak macam berkhasiat betul
precious cla said…
Memang pekat. Bayangkan cawan kecil muatkan semua bahan-bahan dalam gambar tu. Sejak tahu kebaikan teh jahe tu terus berminat nak minum lagi. :D
adianiez AIDA said…
Oic teh halia. Aida suka teh o halia. If teh, bersusu, aida kurang boleh masuk tekak.
Aida akan minum once or twice a week. Detox. Halia is the best natural ingredient uyk detox. But x pekat la :-)
precious cla said…
Sejak tahu khasiat teh halia, saya pun nak jadi macam Aida juga mengamalkan minum teh halia ni. Nanti nak cari yang dah diproses sedia macam uncang teh halia gitu. :)
Suria Amanda said…
Nampak menarik tapi seram tgok ingredient dia..first time baca tentang Teh Jahe ni...kalau terjumpa x tau la berani minum ke tak
cindyrina said…
Pernah dengar pasal jamu ni. But tak pernah try lagi. I memang suka minum jamu kalau berkesempatan. It look super thick taste.
Teh ni nampk pekat. Tapi bila tengok khasiat dia mmg teringin nak cuba. First time dengan dan agak unik
kepochi said…
Hihi.. X pernah cuba and x tahu akan kewujudan teh nie tetapi sanggup mencuba sebab ingredient best.. Mana tak halia kot.. Buang angin antara satu benefit dia kan
pertama kali nampak tea Jahe dekat simarjarunjung jer ada yea, dekat Malaysia ada tak? Kalau ada bolehlah cuba :)
Nadia Johari said…
tak pernah tau pasal teh ni..bila tengok unik betul teh ni erk..pekat mcm kopi pun ye
JMR said…
La teh halia ke..hehe.boleh buang angin badan tu..mesti ringan je badan lepas tu kan
JMR said…
la teh halia ke..bagus teh hali sebab boleh buang angin badan..lepas minum mesti ringa je rasa badan kan
Mimie said…
Nampak kaw teh nya.memang bagus teh nih diminum untuk kesihatan kan.keluarkan semua angin
Mazni Azmi said…
khasiat nya mungkin banyak kan sis, tapi kena juga lihat sama ada semua tu cuma dakwaan ataupun memang ada kajian saintifik moden yang menyokong.

Minum sesekali memang elok. Kalau hari hari mungkin bawa mudarat juga
Mama Hakim said…
Pekatnya warna teh tu, mama memang tak berani nak minum lah. Lebih baik minum air lain. Hehe. takut nak telan air pahit ni
precious cla said…
Hai Mama, betul sekali dans aya setuju dengan pendapat mama :)
Ibu Syurga said…
Sekali tengok nampak macam air coklat, sekali air teh jamu. Haha. Ibu bau je confrim hilang selera. Tak kiralah apa orang kata khasiatnya
nikkhazami said…
haha, walaupun bagus untuk kesihatan tapi kalau tak kena dengan selera memang tak boleh nak telan.
Abby Onety said…
Apakah ini Teh Jahe produksi from Medan? Ini seperti teh jamu ya? Coz banyak sekai manfaatnya untuk.kesehatan tubuh. Ini kan bagus untuk di konsumsi
precious cla said…
Ya Abby, ini jahe from Medan ^^ baik untuk kesihatan :)
Syamimi Saad said…
Teh halia ye. Pekat betul airnya. Kalau saya pun takut nak minum. Hehe
Tapi kalau tahu banyak kebaikannya, mungkin boleh diamalkan,kan..