Tiga Cara Menabung Melalui Internet

Tiga Cara Mudah Menabung Melalui Internet

Saya suka internet kerana dapat kawan baru, chatting dan hidup jadi tidak boring. Itu dululah, waktu saya berkenalan dengan friendster, tagged dan yahoo messenger. Waktu itu internet penting hanya untuk mengisi masa lapang dan ketawa-ketiwi dalam alam maya. Itu beberapa tahun yang lalu. Sungguh, beberapa tahun yang lalu.

Setelah friendster berlalu muncul pula facebook, myspace, twitter dan banyak media sosial lain yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Penggunaan  internet menguasai kehidupan dunia modenisasi kini. Namun, ia tidak lagi membuat saya teruja dan terhegeh-hegeh untuk membuang masa dengannya. Apakah itu kerana jiwa remajaku telah semakin hilang ? aahhh tidak! sama sekali tidak. Remajanya jiwaku bukan diukur dengan berapa banyak teman yang saya miliki  dialam maya atau berapa 'like' yang saya peroleh disetiap status yang saya publish dimedia sosial yang saya miliki.

Internet adalah duit. 

Duit ?

Ya. Duit. Kita boleh menabung secara mudah menerusi internet. Tiga cara yang mudah dan efektif adalah menerusi tiga cara ini. Sebenarnya ada banyak cara tetapi,  tiga cara ini adalah sebagai pendahuluan untuk hari ini. 

Menabung Melalui Akaun 8Share

Pernah dengan 8Share ? ia adalah syarikat pengiklan yang menggunakan pengguna internet sebagai pekerjanya. Hanya DAFTAR tanpa sebarang bayaran dan promosikan iklan-iklan yang ada di 8share kepada orang ramai melalui media sosial milik anda seperti, facebook, blog atau twitter. Setiap iklan bernilai RM0.20. Itu satu iklan atau satu kali post. Bayangkan jika ada 10 iklan dan post 20 kali dan setiap iklan tersebut dibaca oleh pengguna internet yang lain. Contoh Iklan adalah seperti IKLAN ini. Bayangkan berapa pendapatan anda sehari ? wow ! 

Menabung Melalui Akaun Churp Churp

Saya mempunyai Akaun Churp Churp dan ramai dikalangan kawan-kawan saya juga mempunyai akaun ini. Pertama kali saya memberitahu mereka tentang Churp Churp beberapa tahun lalu dan mereka seperti 'betulkah?' 'malaslah'..... saya menyakinkan mereka dengan hasil yang saya dapat dan sehingga hari ini mereka telah mengaut banyak keuntungan melaluinya. Caranya sama dengan Churp Churp. Bayangkan jika anda mempunyai akaun 8share dan akaun Churp Churp ? banyak duit oooh !Daftar Churp Churp

Menabung Melalaui Nuffnang

Nuffnang ? apa itu? nuffnang tak perlu menjual barang, bukan program MLM juga. Paling penting mesti ada blog. Bila ada blog anda boleh daftar akaun Nuffnang. Blog akan menjadi  info disalurkan atau iklan dipromosikan. Setiap iklan mempunyai nilai tersendiri. Nuffnang ni agak lambat bergerak tetapi, tetap bergerak. Sudah namanya tabung, slogan paling tepat adalah 'lama-lama jadi bukit'. Kita ada duit gaji sendiri, Nuffnang hanyalah tabung kita. Faham ? aresoooo...

Tiga cara menabung melalui internet tidaklah susah sangat. Logiknya, daripada bersengkang mata melihat skrin komputer sambil bermain games atau chating dan up status yang bukan-bukan dilaman sosial, lebih baik mencari duti. Hasilnya boleh digunakan membeli tiket Air Asia menuju destinasi impian. Bukankah itu merupakan salah satu motif kenapa kita menabung ? hehe.

Selamat menabung ! 
Selamat Hari Ibu
Di kesempatan ini saya juga mahu mengucapkan selamat hari ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu, terutama kepada mami saya yang rahimnya pernah saya huni dan nenek saya yang darinya terlahir mami saya. Selamat hari ibu para wanita, Tuhan memberkati.

Post a Comment

0 Comments