search

Blog Archive

23 March 2016

Sungai Paling Popular !

I'm my own boss, so who care about deadlines. I get to write about what I want, when I want, the good, the bad and the ugly. ceeeh ! tipu. Sebenarnya saya hanya seorang kuli. Tidak perlu menjadi kaya untuk mencapai segala impian dan tidak perlu memburukkan orang lain untuk sebuah manifestasi memenangkan hati orang lain untuk kesenangan diri sendiri.
Saya yakin, sesuatu yang berharga akan lebih bermakna bila mampu dibahagikan dengan orang lain. Diharap pembaca dapat memetik inspirasi yang memperkaya jiwa, menjadi satu dari sekian banyak pelajaran yang ada dalam hidup kita. 
Sungai Paling Popular !
Sesuai untuk tempat riadah
Sungai Paling Popular !
Ok, agak munafik rasanya asyik menulis tentang keindahan dunia luar sehingga lupa memperkenalkan kawasan sendiri. Sungai paling popular diwaktu kecil, sehingga meningkat usia kearah status tua juga ia masih terkenal. Ketika remaja, disungai inilah saya dan geng kampung menghabiskan masa. Mandi sehingga mata merah, mandi sehingga penat. Hampir setiap hari, aktiviti yang sama namun, tiada pernah berasa lelah.
Sungai Paling Popular !
Mandi di sini memang best !
Sungai Paling Popular !
Gambar-gambar ini bukanlah gambar diwaktu kecilku melainkan di tahun-tahun yang tidak lagi layak digelar remaja. Bukti sebuah kewujudan sungai ini sebagai tempat yang selalu lekat dihati. Malangnya, sungai ini tidak lagi seluas dahulu, tidak pula sedalam cerita lalu. Mandi disini kini sudah agak jarang dan dalam setahun boleh dikira berapa kali kaki ini menjejakkan kaki disungai ini. 

Share:

0 comments:

Followers