5 January 2015

Selamat Pengantin Baru

Ada banyak kisah dan cerita terlewat dalam beberapa waktu ini, belum lagi hal-hal yang baru dari setiap waktu berganti waktu, sumber inspirasi, pengalaman yang tak terlupakan, keceriaan hingga duka mewarnai perjalanan hidup ini. Mungkin belum terlambat untuk saya menulis perkataan 'selamat tahun baru 2015' kepada semua pembacaku yang saya sayangi.

Saya terlalu sibuk beberapa waktu yang lalu dan ditambah pula dengan sedikit kemalasan yang bermunculan tanpa sedikit pun diundang mewarnai usiaku. Buat peringatan diri sendiri juga buat semua anak Malaysia mungkin kata-kata ini sesuai untuk anda dan saya : Anak muda, umur produktif, jangan menganggur kerana sebatas harta belum tercukupi. Terus bekerja, ikhlaskan hati dalam bekerja. Ingatlah kata-kata yang begitu trendy sekarang, “follow your passion”.

Dikesempatan tulisan ini saya suka menitipkan ucapan 'selamat pengantin baru' to one of my favourite cousin atas tercapainya impian menukar status single kepada isteri. fuiyooo ! hehe..ada banyak cerita dari kehidupan disekitar kita, berbagai kisah hidup yang layak kita lewati dan tanpa tersedari. Seperti yang tertulis dalam kalimat ilustrasi ''life is like a puzzle you never know what you will get''. dimana maksud dari kata-kata tersebut adalah teka-teki dalam hidup tidak pernah kita tahu apa yang terjadi nanti, begitulah lebih kurangnya.
Kahwin Malaysia

Kadang kita juga sering berfikir, bahawa apa yang kita alami sekarang adalah waktu (timing) yang tepat untuk melakukan sesuatu yang tepat pula. Seperti kebanyakan kita mengenal pepatah ''kesempatan tidak pernah datang untuk kedua kali''. Tahniah diatas perkahwinan anda berdua dan semoga hidup semakin hebat dari segala sudut dan yang paling penting Tuhan Yesus harus diutamakan dalam segala hal.

Share:

0 comments: