search

Blog Archive

17 December 2014

Natal Di Atas Lautan Awan

Disember kini disini, bermakna cuti panjang buat sesetengah orang. Natal merupakan perayaan yang menutupi semua perayaan lain sebelum mengorak ke tahun baru. Cuti-cuti saya hanya sedikit dan berdasarkan warna merah kalendar sahaja. *menangis dalam hati*

Apa pun, kebahagiaan adalah pilihan. Orang cuti memanjang kalau hati tak bahagia, tiada gunanya juga. Cuti pendek tapi hati gembira pun tetap bahagia. gitu?
Selamat Hari Natal
Selamat Hari Natal dari Lautan Awan
Sempena cuti-cuti dan Natal ni, saya mengucapkan SELAMAT HARI NATAL dan biarkan Natal tahun ini disambut dengan sukacita dari syurga. Berhati-hati walau dimana pun anda berada terutama yang hendak balik kampung atau yang hendak melancong dan juga yang tak kemana-mana kerana bajet dah habis, berhati-hatilah !

Terima kasih untuk tahun yang mencabar, tahun 2014 yang juga merupakan tahun anugerah dan berkat melimpah dari sang Penciptaku yang maha hadir dan maha kaya. Terima kasih buat nafas yang menghidupiku atas arahanMu untuk  masih berada dalam hidup ini.

2014 bakal berakhir dan lenyap tetapi, kasih dan perhatianMu terhadapku akan terus ada disepanjang jalan hidup ini.

Sekali lagi, selamat hari natal dan Tuhan memberkati.
Share:

0 comments:

Followers