search

Blog Archive

17 December 2014

Menang RM250 Dari AmBank

Hari ke 351 di tahun 2014, bermakna ada tinggal 14 hari lagi untuk tahun 2014 menyempurnakan harinya menjadi 365 sebelum membuka lembaran baru tahun 2015.

Pada hari yang ke-350 saya dinobatkan sebagai antara pemenang yang berjaya menerima hadiah bernilai RM250 dari AmBank Berhad. Nilai tu sikit jak bagi orang kaya macam lu, tapi orang seperti saya RM10 pun banyak (hehe).
TAHNIAH AMBANK
Kalau tak silap tu kemenangan yang entah ke berapa kali dah untuk tahun ni dan sempat membuat hati merahku tersenyum tanpa gigi. Kebanyakan kemenanganku melibatkan tulisan-tulisan kreatif yang sederhana dan ternyata itu seringkali memikat hati juri . eh, bukan memuji diri sendiri tetapi, siapa lagi yang akan memuji jika bukan diriku sendiri haha.

Oleh itu, hari ini saya dengan bahagianya menyuruh tangan kiriku bersalam dengan tangan kananku dan mengucapkan TAHNIAH ! kau telah melakukan yang terbaik seperti biasa dan akan selalu begitu. Tahniah dan Terima Kasih AmBank !
Share:

0 comments:

Followers