Dibawah Langit Biru Praise Valley

Menghitung hari di bumi Malaysia kerana mungkin disinilah diriku ditakdirkan selamanya untuk mengakhiri nafasku ? atau mungkin suatu hari kelak saya akan dihantar ke suatu negeri baru yang jarang melihat bangsaku ada disekelilingku ? saya tidak tahu meski ingin selalu tahu rencana apakah yang dibawa oleh Penciptaku untukku.

Hari ni 2014 bertanggalkan 18 Disember hampir sampai kepenghujung. Pada tarikh yang sama, mundur setahun saya pernah menulis sesuatu dan tulisan itu ada disini . Menyusuri waktu yang melaju tanpa banyak perubahan membuat otakku berfikir pantas....bagaimana ceritaku pada tahun 2015. 

Sungguh, ketika membaca tulisan-tulisan lamaku didalam blog ini hatiku terkaku seketika...begini cepatkah waktu beranjak pergi meninggalkan banyak hal ? tewaskah saya dalam banyak perancangan tanpa kejayaan ?
Praise Valley

Duduk mengetik keyboard huruf demi huruf sambil sang bayu dimalam hari mengipasi tubuhku, akhirnya saya sedar dan selalu sedar bahawa hidup ini sangat singkat untuk tidak dimakmurkan dan disyukuri selalu.

Banyak kisah yang tidak perlu dimerdekakan dalam memori kepala, seeloknya dan sebaiknya dilupuskan tanpa perlu dikenang dalam melanjutkan usia didunia yang fana ini. Akan ada banyak hal indah yang akan berlaku selepas tulisan ini siap atau pasti dengan nyata hidup ini akan diangkat membawa kisah-kisah hebat dan indah kemudiannya. Cukup dengan percaya dan sedikit usaha sambil berjalan dijalur yang benar, kejayaan demi kejayaan akan mewarnai hidup ini.

Tahniah demi tahniah akan terdengar terucap buat diri ini. *Ini mimpikah?* hehehe....saja hendak meletakkan tulisan ini pada tarikh ini, kerana ia istimewa dan indah meski tanpa hadirnya sang bintang didada langit biru yang tinggi.

Terima kasih wahai pembacaku yang budiman dan juga yang kurang ajar. Pembaca diam tanpa jejak, terima kasih kerana sudi menjadi stalker saya. Terima kasih sekalian anda.

Terima kasih.


Dibawah Langit Biru Praise Valley Dibawah Langit Biru Praise Valley Reviewed by Precious Cla on 18.12.14 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.