30 September 2014

Hutan Lipur Kawang, Papar Sabah

September 30, 2014 6 Comments
Hutan Lipur Kawang, Papar Sabah terletak di Kampung Tanaki (jalan lama Papar ke Kota Kinabalu) lebih kurang 30 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu dan 23 kilometer dari Pekan Papar. Hutan Lipur ni berkeluasan 1551 hektar.

Pertama kali menjejakkan kaki di hutan ini perasaan tu agak 'eerr' juga kerana tempat itu agak sunyi dan perjalanan ke kawasan itu melalui kawasan kelapa sawit. Ketika dalam perjalanan menuju ke kawasan tersebut risau jugalah mana tau tiba-tiba tersesat.
Hutan Lipur Kawang

Kami hanya berpandukan signboard dijalan utama . Jalan menuju kawasan tersebut tak lah teruk sangat. Van atau kereta kecil pun boleh melaluinya. Agak jauh juga untuk sampai kedalam hutan tersebut. Sebenarnya kami kesana hanya untuk survey kawasan tersebut sama ada sesuai untuk outing bersama keluarga dari peringkat kecil hingga besar tapi ternyata untuk piknik bersama keluarga yang besar ia bukanlah tempat yang sesuai.

Melainkan kita kesana untuk aktiviti pendidikan atau kajian. Tapi rasa-rasanya tempat ni sesuai untuk mencari ilham atau aktiviti penulisan. Tempatnya santai, sunyi dan penuh inspirasi bagi seorang pencinta alam semulajadi.
Hutan Lipur Kawang

Hutan Lipur Kawang meskipun agak terpencil namun ia turut dilengkapi dengan kemudahan untuk para pengunjungnya. Tempat ni cantik, ada challet atau penginapan, kolam renang, tempat BBQ dan sebagainya. 

Untuk pencinta alam , tempat ini sesuai untuk dilawati dan sangat sesuai untuk camping. Tapak camping turut disediakan.




Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu 2015

September 30, 2014 5 Comments
Setiap tahun jika kaki ini kuat, tubuh ini sihat dan team saya mahu, saya ingin mendaki gunung Kinabalu lagi, lagi dan lagi. Perasaan ketika berada di pergunungan itu berbeza ketika berada di tanah rata. Sangat lain ! apatah lagi jika yang mendaki bersama dengan kita itu adalah orang yang memang kita mahu dia bersama dengan kita sepanjang pendakian tersebut.
Gunung Kinabalu
KM 8 - Ramai yang dah Mental disini hehe
Bukan sebagai kekasih, bukan juga sebagai kawan baik. Cukup sebagai orang yang boleh kita harapkan untuk membantu kita sepanjang pendakian tersebut. Mungkin melalui kata-kata semangatnya atau kata-kata lucu sepanjang berjalan dan lagi bagus kalau orang tersebut adalah orang yang ringan tulang untuk mengangkat beg kita. (adakah orang seperti itu)

Saya pernah melalui jalan-jalan dibawah rimbunan pepohonan sambil mendengar kicauan burung dan sesekali bunyi angin yang menghembus kita. Kadang sendirian, kadang dengan orang lain yang tidak pernah kita kenali namun, ketika pendakian bahkan selama pendakian tidak pernah saya bertemu dengan orang sombong. Semuanya mesra semesra alam dipergunungan nan indah dan sejuk.

Itu merupakan salah satu keindahan sepanjang pendakian selain keindahan alam semulajadinya. Saya tidak pasti sama ada semua orang yang saya temui itu benar-benar orang atau bukan. Namun keyakinan harus 200% mengatakan bahawa itu adalah orang. Saya bukan menakut-nakutkan. Seringkali ketika berjalan saya hanya sendirian kadang, ditemani oleh rakan-rakan. Itu kerana tahap kelajuan berjalan masing-masing adalah berbeza dan saya tidak mahu ditunggu atau menunggu. Berjalan teruslah kerana akan ada guide yang menyusul kita nanti atau yang akan selalu memantau kita. Kita akan selamat.

Saya mendaki Gunung Kinabalu telah beberapa kali dan itu tidak pernah membuat saya berasa puas. Saya mahu kesana lagi dan ingin selalu menikmati panorama gunung. Menyentuhnya dan manatapnya dari jarak terdekat . Perasaan itu seperti menaiki kereta ketempat yang jauh dan tiba-tiba kita terasa ingin kencing tetapi tiada tempat untuk kencing. Sampai satu destinasi yang ada jamban kita pun berhentilah dan melakukan pembuangan air tersebut. I tell you, the rasa is sangat puas dan lega....aaaaahhhhhhwwww ! haha.

Rugi kalau tidak mendaki Gunung Kinabalu. Sebagai rakyat Malaysia apatah, lagi penduduk Sabah, anda wajib mencuba mendakinya. Sekurang-kurangnya satu kali selama hidup anda masih bergelar manusia bumi. Ketika nafas bukan lagi milik bumi, tubuh sihat dan kamera canggih pun tiada lagi gunanya. Selagi peluang ada, milikilah ia dan pergilah melancong. Sekian, pesanan ringkas dari penaja. hahaha

Tahun 2015 saya akan membuat satu Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu lagi. Tepatnya pada bulan Januari. Bersama saya akan ada 23 orang, lelaki dan perempuan. Tujuannya hanya untuk suka-suka dan semestinya untuk menikmati salah satu pemandangan tercantik di dunia, Puncak Gunung Kinabalu.

28 September 2014

Pengalaman Pertama ke Pasar SAFMA

September 28, 2014 0 Comments
SAFMA atau Sabah Fish Marketing merupakan salah tempat membeli ikan yang terkenal di Kota Kinabalu, Sabah. 

Hari ni berkesempatan pergi SAFMA untuk pertama kalinya setelah bertahun-tahun hidup dinegeri Sabah. Tujuan nak membeli lobster, malangnya lobster dah abis atau lebih tepatnya ia jarang-jarang ada. 
SAFMA

Pertama kali ke SAFMA rasa macam masuk pasar ikan tempat lain juga cuma harga ikan ditempat ni lebih murah dan senang untuk tawar-menawar. Kebanyakan penjual adalah berbangsa Filipino dan perasaan masuk pasar ni macam ala-ala berada di Manila pun ada...haha. 

Kebanyakan penjual tu muda-muda cuma kulitnya hitam manggis  hohooho...itu kalau korang punya agenda lain selain membeli ikanlah haha :P 

Pasar ikan SAFMA ni biasanya beroperasi  diawal pagi yang sangat pagi seawal jam 1.00 pagi. Ikan-ikan adalah segar dan terbaik dari laut Sabah . So, kalau korang nak ikan murah lagi fresh, sillalah datang ke SAFMA.

24 September 2014

Air Terjun Kionsom, Inanam

September 24, 2014 7 Comments


Air terjunnya memang indah luar biasa. Itu dimata saya. Dimata kamu ? saya tidak tahu. Saya memuji bukan kerana itu tempat saya bermain-main dahulu tetapi itu memang realitinya. Ia indah dan nyaman.
 
Kionsom Waterfall
Hujung Minggu ~ selalunya kami ada disini
Jarak Air Terjun Kionsom dengan rumah saya tidaklah jauh bahkan, dengan berjalan kaki pun boleh sampai dalam masa 15 minit. Tertakluk pada kelajuan kaki anda. :) Suatu ketika hampir disetiap minggu, kaki ini pasti ke air terjun itu. Lagi pula untuk masuk ketempat itu ia adalah percuma bagi orang kampung sekitarnya.
Orang luar, kena bayar ^^ hoho.

Air Terjun Kionsom ini telah diwartakan sebagai hutan simpan dan memusnahkan atau merosakkannya dalam apa cara sekalipun adalah dilarang sama sekali. Ia adalah khazanah alam yang perlu dipelihara dan dipulihara sebagai warisan anak cucu generasi akan datang.

Sekarang kawasan ini banyak kemudahannya berbanding beberapa tahun dahulu. Jika dahulu tangga-tangga simen tidak ada, tapi itu lagi menarik rasanya. Lebih mencabar  dan lebih terasa alam semulajadinya. Namun, memandangkan air terjun Kionsom dilawati oleh semua peringkat umur, maka kemudahan-kemudahan seperti tangga adalah diperlukan demi menjaga keselamatan pengunjung. 

Air Terjun Kionsom mempunyai tujuh tingkat semuanya. Paling best tingkat paling atas tetapi perjalanan ke tingkat itu harus melalui denai jalan yang agak curam dan masuk hutan. Tempatnya agak sunyi dan jarang orang sampai kesana. Kalau mahu privacy atau malas bercampur dengan orang ramai, bolehlah mencuba air terjun tingkat paling atas. Airnya lebh sejuk dari air yang ada ditingkat bawah. Kenapa ? kerana air diatas belum tercemar dengan daki-daki mandian orang ramai....hahaha... saya suka tingkat paling atas tapi, perjalanan menuju tingkat itu bermakna anda berpotensi untuk ditemani pacat.

17 September 2014

Apa Yang Menarik Di Busan ?

September 17, 2014 1 Comments
MAP BUSAN KOREA

Semua kejadian itu bukanlah suatu kebetulan dan saya bersyukur pernah melewati beberapa hariku ditanah Korea Selatan termasuk kota kedua terbesar setelah Seoul iaitu, BUSAN. Seakan ada pencapaian memenuhi dada remajaku kala itu. Suatu perasaan yang sukar digambarkan dengan tulisan semata dan terlalu payah pula bila menceritakannya secara lisan. Suatu rasa yang indah dinikmati ketika melawat negara idaman manusia itu dan jika berpeluang saya selalu ingin kesana lagi. 

Jika melihat kepada senarai pelancongan yang terdapat di Busan, ada banyak destinasi menarik yang boleh dilawati. Ketika masuk keperut bumi kota Busan, tidak banyak tempat yang saya kunjungi dan itu cukup membuat alasan untuk datang ke Korea Selatan sekali lagi. 

Busan merupakan kota ke dua terbesar Korea Selatan setelah Kota Seoul. Busan terletak di tenggara Korea Selatan dan dikenal sebagai kota pelabuhan. Busan pernah menjadi tuan rumah ASIAN GAMES 2002 dan tuan rumah PIALA DUNIA FIFA 2002.  Hakikatnya mata tak puas memandang Busan dan hati pasti memekar dengan cinta saat ada dikota ini. 

Jom, kita kita berkenalan dengan kota Busan!
Apa yang Menarik di Busan ?

Tangga dan Nama Kawasan
 
Korea Selatan terkenal dengan subway dan subwaynya dipenuhi dengan tangga . Busan tidak terkecuali dari keadaan itu. Diatas kesibukan jalanraya, perlu diingat dibawah jalanraya tersebut juga sedang sibuk dengan pelbagai aktiviti hariannya seperti aktiviti jual-beli. Mungkin penduduk Korea suka pada tangga atau itu salah satu cara mereka kekal langsing dan fit ? Lagi satu, tangga-tangga itu akan membawa kita kepada destinasi-destinasi yang berbeza. Oleh itu, anda kena pandai baca tulisan Korea kerana kebanyakan tulisan adalah tulisan korea.  Jangan sesat, sudah ! hehe

Dan yang pastinya ketika berada di Busan, kita harus mengingat nama-nama tempat yang ada. Kebanyakan nama-nama tempat adalah mirip dan itu sangat mengelirukan. Kecualilah kamu itu peminat K-Pop dan mengingat nama-nama Korea itu tidak menjadi masalah sangat. Contohnya, Yangsan dan Jangsan adalah dua nama tempat yang berbeza namun, jika tidak didengar dengan betul ia seakan-akan sama. Kalau ikut tour guide  tidak jadi masalah, tetapi kalau menjelajah sendirian itu saaaaaaaaaangat berbahaya. Hehe . Silap sikit, kita tersadai ditempat lain tapi itulah keistimewaannya. Geurae ()?

Haeundae Beach

Pantai Heundae ialah pantai yang paling popular di Korea. Pantai ini terletak di antara Bukit Dalmaji dan Pulau Dongbaekseom.  
Haeundae Beach

Seantareo Korea Selatan mengenal tempat ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang wajib dilawati. Jangan tidak tahu, Haeundae Beach merupakan destinasi pelancongan paling menarik di Busan. Pantai ini pernah masuk Guiness Book of Records sebagai pantai dengan payung terbanyak di dunia. Pantainya bersih dan ditepi pantai banyak bangunan pencakar langit dan yang pasti juga, dipantai ini ada banyak tetamu yang bernama burung merpati  siap menyapa para manusia yang ada disitu.

Pantai yang berbentuk bujur dan mempunyai pasir yang putih ini sangat cantik. Ia dilengkapi dengan hotel, spa, kasino, dan fasiliti rekreasi. Pelbagai aktiviti kebudayaan, sukan, pertandingan dan perayaan dianjurkan pada setiap musim.

Selain menjadi salah satu pantai terbesar di Asia,  Haeundae Beach turut digunakan sebagai lokasi penggambaran Filem Tsunami.  Sebuah filem yang penuh emosi dan airmata. Ia juga merupakan tempat shooting filem Haeundae (2009). Melawat Busan tidak lengkap rasanya jika tidak berpetualang ke Haeundae Beach.

Penggemar Seafood ?  Pasar Ikan Jagalchi ada segalanya !

Pasar Jagalchi atau Jagalchi market adalah pasar seafood terbesar di Korea.  Jagalchi market adalah salah satu landmark kota Busan dan sangat terkenal diseluruh Korea Selatan. Jika anda mengunjungi tempat ini, anda akan mendapatkan ikan segar mentah di pasar kerana pasar ini berada tepat di sebelah pelabuhan Busan.
Pasar Ikan Jagalchi

Pasar Ikan Jagalchi yang menempatkan lebih daripada 480 kedai, ia merupakan salah satu daripada mercu tanda Busan. Ia merupakan pasar makanan laut terbesar di Asia Timur. 

Pasar ini terletak di antara Chungmu-dong dan Nampo-dong. Mengunjungi Pasar Jagalchi ini seperti melihat sebuah akuarium yang besar dengan pelbagai jenis ikan di dalamnya. Mungkin ada di antara ikan-ikan belum pernah anda lihat atau kenali. Jadi inilah tempat yang sesuai untuk pengunjung mengenal dan berkenalan dengan ikan-ikan . Jom ke Busan dan berkenalan dengan ikan-ikan hehe.

Taman Taejongdae

Taman Taejongdae berada di hujung selatan Busan. Nama Taejongdae berasal dari nama Raja ke 29 dari Dinasti Silla (berkuasa dari 57 SM – 935). Sang raja sangat gemar berjalan-jalan tetapi, inilah tempat yang paling beliau sukai.

Di bawah mercu di tempat peristirahatan ini, terdapat sebuah karang yang dikenal dengan nama Karang Sinseon. Nama ini diambil dari mitos bahawa para dewa dan dewi datang ke tempat ini untuk beristirehat. Dibatu ini terdapat seorang tokoh yang disebut sebagai Mangbuseok. Nama ini diambil dari seorang perempuan yang menunggu kedatangan kembali suaminya yang dibawa ke Jepun. Dengan penuh kesetiaan dia menunggu suaminya pulang. Waktu terus berjalan, namun sang suami tercinta belum juga pulang, tetapi dengan segala kesetiaannya dia tetap menunggu sampai pada akhirnya dia meninggal dan berubah menjadi batu. 

Taejongdae Park

Cerita ini memberi inspirasi bagi mereka yang sedang ditinggal pergi oleh sang kekasih untuk tidak berpaling dan tetap setia menanti kedatangannya kembali.  Selain lagenda-lagenda tersebut, Tajongdae juga dikenal sebagai tempat untuk memohon hujan. Ritual ini dilaksanakan ketika terjadi musim kering, dan hujan yang turun pada tanggal ke 10 bulan Mei disebut sebagai Hujan Taejong. Selain itu, di sini juga terdapat Tebing Bunuh Diri (Suicide Rock), ini adalah tempat dimana anda dapat menikmati terpaan angin lembut bersama keluarga, kekasih atau rakan-rakan.

Gwangalli Beach & Gwangan Bridge

Pantai Gwanganli ini berhasil memadukan eksotisme alam dan kreativiti  manusia menjadi daya tarikan pelancongan yang luar biasa. Mungkin kita biasa dengan pantai dan matahari terbenam, tetapi itu bukan tarikan utama pantai ini. Kala Matahari beransur hilang, maka pantai ini akan semakin hidup dan menggoda. Ia digelar ''Café Town''.

Beberapa kafe  menyediakan live music untuk menghibur pengunjung. Anda boleh membawa tikar atau kain dan melapikkan kain atau tikar tersebut dipantai dan berbaring atau bersantai diatasnya (ala-ala orang puteh gitu). Bersantai dengan cara sederhana di tepi pantai Gwanganli  pasti sangat menyenangkan dan hilang segala stress. Saya rindu melakukan cara ini. Berbaring sambil menghirup jus dan melihat para manusia menjalankan aktiviti santai mereka. Aaaaahhh, ia pasti hebat dan menyenangkan .

Gwangalli Beach & Gwangan Bridge

Tak hanya itu, mata anda juga akan dimanjakan dengan lampu-lampu yang menjadi sensasi kala melihat jambatan Gwangan yang membelah pantai. Keindahan lampu aneka warna inilah yang menjadi alasan utama mengapa pantai ini begitu mempesona di malam hari. Gwangan bridge yang terbentang sepanjang 7.42 km diatas laut tersebut menjadikan bangunan ini merupakan jambatan terpanjang di Korea. Mulai dibangun pada 1994 dan siap pada 2002, Gwangan bridge kini turut  menjadi landmark kota Busan.

Kalau anda hendak ke Busan pada bulan Oktober, pastikan anda mengizinkan kaki anda melangkah ke Gwangalli Beach untuk melihat Busan Fireworks Festival. Pasti ada pengalaman baru anda perolehi disini. Kalau anda tidak dapat apa-apa pengalaman, itu bermakna anda bukan manusia.

Busan Tower

Busan Tower yang berada di dalam taman Yongdusan ini memang tidak setinggi Seoul Tower namun karena udara Busan yang masih bersih dan bebas dari pencemaran  membuatkan pemandangan seluruh kota dapat dilihat dengan jelas. Menara yang menjadi landmark kota Busan ini dibangun pada tahun 1973.

Busan Tower

Sebagai kota pelabuhan tersibuk kelima di seluruh dunia, di menara ini kita dapat menyaksikan kapal kargo sedang beroperasi. Pelabuhan ini tidak pernah sepi dan panorama kota pada malam hari adalah sangat indah. Dari sudut ini terlihat topografi Busan yang beraneka ragam. Ada pergunungan kapur, lembah yang luas, bukit-bukit, pesisir pantai dan banyak lagi. Di bukit-bukit itu terdapat kuil-kuil yang indah hasil dari peninggalan kerajaan masa lampau seperti Beomeosa temple. Jikalau cuaca sangat cerah, anda boleh melihat Pulau Tsushima di Jepun. Ringkasnya, anda boleh merakam banyak aktiviti harian kota Busan dari ketinggian menara Busan.

Hendak ke Busan, ini adalah tempat yang tidak boleh tidak dilawati. Sama seperti  Menara Kuala Lumpur atau Menara Kembar Petronas di Malaysia. Wajib dilawati kala bertandang ke Kuala Lumpur. Oleh itu, Busan Tower pun wajib dilawati kala berada di Busan.

Di Busan juga turut terdapat Museum of Musical Instruments. Muzium ini menyimpan koleksi pelbagai instrument muzik dari seluruh dunia. 

Selain itu, anda boleh juga melawat taman Yongdusan yang menjadi tempat berkumpul warga Busan dari segala usia. Ada permainan kanak-kanak, pedagang makanan dan pemandangan yang indah, menjadikan taman Yongdusan selalu dikunjungi terutama pada petang hari. Setiap hujung minggu, taman ini akan dipenuhi oleh manusia kerana terdapatnya pertunjukan tari tradisional dan kesenian lainnya.

Whoahhhh ! menulis tempat-tempat menarik diBusan seakan-akan jiwaku turut dibawa ke negara ''Running Man'' itu. Sungguh teruja hatiku kala menaip tulisan ini. Apatah lagi Korea Selatan merupakan negara kesukaanku dan kerana itu jugalah saya seringkali menekan nombor 393 atau 391 pada remote Astro.  Ia merupakan channel Korea . :D

Hatiku selalu mahu kesana . Selalu ingin. Semoga ada peluang kali ke-2 ke negara stylo itu dan alangkah indahnya jika ia berlaku pada musim winter. 

Winter in Busan

Busan Korea, kalau melihat gambar-gambar di internet atau di majalah-majalah pelancongan  selalu ada panggilan hati ingin kesana lagi. Rindu akan suasana diantara ''Saya dan Korea'' ! mungkin nanti akan ada cerita tentang ''Saya dan Busan'' . Semoga ! 

Cabaran 'Winter in Busan" Blooggers Majalah Libur

Penampilan istimewa TRIP ke Busan bersama Man Raja Lawak dan Precious Cla. Eh, perasan pulak, tapi kalau mimpi ini jadi realiti maka saya pasti hatiku ini akan menari riang bagai para Kpop Korea. Busan merupakan sebuah kota yang comel dan menarik dengan 1001 macam keunikannya. 
South Korea

Terima Kasih Bloogers Majalah Libur.
Cabaran 'Winter in Busan' dibawakan khas oleh Blooggers Media  dan LiburKarangkraf

Terima kasih. 

2 September 2014

Running Man versi Malaysia

September 02, 2014 2 Comments


Your body is sometimes becoming an issue since people expect perfection..
But well, nobody's perfect, you just got to embrace yourself and believe that you are pretty!

Ahhh….siapa pun kamu yang melihat saya berlari-lari kelmarin, abaikan itu. Haha. Saya berlari tanpa melihat pemandangan. Saya berlari kerana satu misi. Misi menangkap pengkhianat. September, 01 disambut dengan penuh misi dan tenaga. Yeah !

Oh, jujur bicara – saya sangat bahagia berlari dibawah teriknya mentari Borneo. Kejar-mengejar macam inspector A.Galak mengejar suspek jahat dalam Gerak Khas (oh, itu rancangan TV yang sangat glemer zaman dahulu) :D .

You wouldn't BELIEVE what i'm about to tell you guys! Saya yang agak gendut telah menyertai RUNNING MAN. Wew ! bagai mimpi menjadi realiti bila terpilih untuk menyertai rancangan ini. Selalunya mata rabun ni hanya melihat melalui TV , tak sangka  pula kali ni saya sendiri yang dikejar dan mengejar.

Perasaannya – sungguh, amat luarbiasa. Diusia ini, berlari-lari di khalayak ramai mungkin agak memalukan. Namun, siapa peduli pendapat orang dan siapa orang lain itu untuk menghakimi. Atau mungkin orang yang melihat itu sebenarnya juga sedang mencemburui larian kami ditengah panas bagai tak punya masalah? saya berpendapat bahawa mereka sedang cemburu unta. Ingin namun, tak mampu berbuat demikian hahaha.

Running man Malaysia terbuka kepada semua peringkat umur. Kalau laju, lagilah dialu-alukan menyertainya. Kalau bijak, lagilaaaaaaaah dipersilakan dengan segala hormatnya join running man. Kalau ada penyakit sesak nafas, awal-awal diberi amaran ‘JANGAN‘ cuba-cuba join. Silap sikit, hospital menjadi destinasi percutian anda. Apa pun, saya merupakan seorang yang sihat walafiat dalam dan luar.  

Jom tengok cabaran pertama dan siapa pesertanya. Chak ! lihatlah, anak kecil juga turut menjadi pesertanya..... 
Tekun mendengar taklimat
Harus peka terhadap semua arahan
Siap menyahut cabaran
Buat baik-baik, kalau tidak kita kalah :D
 
Yes, boy !  do your best

Running man versi Borneo ni berada dibawah pimpinan puteri cantik yang nakal namun, sedikit pemalu (eh, pemalukah?) . Haha. Merekalah yang telah bertungkus-lumus menyiapkan permainan ini. Nampak mudah namun, saya pasti untuk merealisasikannya adalah sukar dan memerlukan ketekunan. Terima kasih kepada cik Florina dan rakan selfienya yang setia, cik Bee Aiko (satu dari Jepun dan yang seorang lagi dari Korea Selatan). Namun, mereka sangat fasih berbahasa Malaysia.  :D
Pengacara Program - mahu tahu lebih lanjut pasal dorang ? sila google
Cabaran ni agak susah walaupun, saya pernah diajar oleh Beckham
Kuda-kuda ? Oh....kudaku lari gagah berani... :D
Tarik rambut si PENGKHIANAT ...ayuh, tarik lagi haha
Antara artis yang sempat join Running Man
Seperti yang saya katakan diawal entri ini, cuaca waktu itu sangat bersahabat dengan kami. Si matahari memancarkan aura cahayanya dengan sangat bermaharajalela. Panas sekali namun, sekali-sekala menikmati rasa panas itu, tidak apa-apa. Kulit menjadi gelap, masih banyak sahabatnya berbanding dnegan hati menjadi gelap. Oleh itu, janganlah menjadi takut apabila kulit menjadi gelap tetapi, takutkalh jika hatimu bertukar menjadi gelap segelap malam tanpa pelita. Orang seperti itu, tidak layak disebut teman. (eh, apa saya tulis ni? *pesanan merdeka* hehe)
Tewas sebelum pengkhianat tertangkap...kecewa ^o^
Sebenarnya saya kurang pandai menceritakan semua perasaan saya pada tulisan ini, apatah lagi jika menceritakannya melalui mulut. Saya agak lemah dalam bahagian penceritaan lisan. (sila ambil perhatian, ini adalah sebuah pengakuan sulit. Hahaha). Saya selalu suka dan senang membiarkan gambar mengambil bahagian itu. Terserah kepada anda mahu komen apa ketika melihat gambar-gambar itu. Yang pasti saya gembira dan bahagia berlari sambil mengeluarkan peluh-peluh jernih yang mungkin harum bagi sesetengah manusia namun, ''uweeeek'' bagi sesetengah manusia yang perasan sempurna. :P

Eh, berbalik kepada cerita utama. Running man merupakan satu misi yang diberikan kepada semua peserta untuk menangkap si pengkhianat. Dalam misi tersebut kita kena bijak menjadi detektif dan mengenal pasti siapa pengkhianat didalam kumpulan tersebut. Sukar memang sukar. Namun, itulah Running Man. Tiada cabaran tanpa kesukaran. Tiada bahagia tanpa kesulitan. Cewah !
Sekali kawan, selamanya kawan dan itu adalah kita
Ketika menulis entri ini, hatiku tertawan pada kehidupan ini. Terlalu banyak kejutan-kejutan yang terjadi dan saya menikmatinya dengan sejuta ucapan syukur pada Penciptaku yang juga telah mencipta kawan-kawanku dan kalian semua. Terima kasih buat persahabatan yang terjalin. Kalian menjadi bahagian dari tawaku dan juga bahagian dari rasa sukarku.