search

Blog Archive

17 July 2014

Tak Perlu Nak Biadap



Ini adalah tulisan dari hatiku melalui jentikan jemari gendutku kepada keyboard desktopku untuk ditampilakn dalam blog ini.  Saya seringkali terpegun dan tersayat hati melihat keadaan betapa bodohnya sesetengah penduduk dalam Malaysia. Sedikit berita didunia seberang mampu menjadikan dia histeria hingga sanggup  menambah dosa berkarung-karung untuk dirinya sebagai bekalan dibawa kealam lain suatu ketika bila nafas dicabut dari dalam dirinya.

Saya tidak berbicara kerana menobatkan diri ini hebat atau bijak lebih dari orang lain, tetapi sepatutnya kita berfikiran waras dan bijak dalam hidup ini. Sebagai contoh, rakyat Palestine di bedil dengan bom oleh Zionis lalu rakyat Malaysia bermati-matian untuk memboikot produk Israel. Bukan gah lagi kata-kata ‘boikot’ didalam facebook. Twitter. Blog. Dan sebagainya. Aiyerrrr, banyak menyalak sungguh namun, tindakan tidak ada. Mengeluarkan pelbagai kata kesat untuk Israel dan pengikut tindakan Israel. 

Bukan niat menyebelahi mana-mana pihak, tetapi rasa kasihan kepada golongan yang suka mengkritik lalu menggunakan perkataan kesat itu rasanya sama kurang ajarnya dengan  membunuh sesama manusia.  Kalau pun benci, tak perlu rasanya mengeluarkan perkataan biadap yang tak masuk akal. Fahami sejarah. Baca fakta. Bantu apa yang patut dibantu. 

Kunci mulut. Tangan bertindak membantu. Nak menambah dosa dengan perkataan kurang ajar buat apa ? Tak guna membantu jika mulut kurang ajar.  Berubah kearah kebaikan. eh saya belum tulis tentang awek biadap #CDM25 tu lagi dan para pengkritik yang dua kali lima biadapnya bila mengomen. Kata-kata semua tak boleh pakai !

Peace yo !
Share:

0 comments:

Followers