God Bless Malaysia

22 Julai 2014, Jesselton Harbour . Gelap tiba-tiba menguasai langit mungkin ia menandakan hujan nak turun. Jika demikian, senanglah hatiku meski pun waktu ini saya sedang sakit. 

Pagi yang terbentang luas menantikan harapan demi harapan, harapan untuk diri sendiri juga buat agama dan bangsa ini, juga buat negara tercinta Malaysia. Semoga kasih Tuhan meliputi dan menaungi negara ini.

Saya suka setiap kali Menteri sukan, Khairy Jamaluddin berbicara. Kata-katanya selalu logik dan diterima.
 
"Negara kita sedang berkabung, dilanda kesedihan. Walaupun kita tidak dapat mengubah ketentuan Tuhan, kita ada peluang untuk mengubati sedikit rasa pilu dan sedih dengan membawa harapan dan kebanggaan kepada rakyat Malaysia melalui kejayaan kita dalam gelanggang perlawanan. Kita bukan hanya datang ke Sukan Komawel sekadar untuk hadir sahaja. Kita datang untuk menang, untuk membuktikan kepada dunia, kita Malaysia dan Malaysia Boleh!" Ucapan KJ kepada kontinjen negara di perkampungan atlet Sukan Komanwel, Glasgow, Scotland.

Kepada semua atlet Malaysia, semoga anda mampu memberikan yang terbaik ! God bless Malaysia.
God Bless Malaysia God Bless Malaysia Reviewed by Precious Cla on 22.7.14 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.