9 June 2014

CARA-CARA MEMANDU UNTUK LULUS UJIAN JPJ

June 09, 2014 24 Comments



MEMULAKAN PEMANDUAN DENGAN GEAR MANUAL
Ramai yang tertanya-tanya terutama bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan kereta. Bagaimana cara-cara nak memandu yang tepat. Haa, ni ada beberapa tips untuk korang semua. Lepas baca ni takdalah korang gelabah atau panik semacam bila berhadapan dengan situasi sebenar nanti. 

Cara hendak menggerakkan kereta.

Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut. Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga terasa badan kereta bergegar hendak bergerak, tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan dan stereng anda. Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km, tukarlah kepada gear 2 dan meter mencecah ke 30km - 35km, tukar ke gear 3, meter mencecah ke 4okm tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.

Cara hendak mengelakkan dari enjin mati setelah gear dimasukkan

Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telahstabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan dengan perlahan.

Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun dibawah 30km, tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek. Untuk mengelakkan anda kelam kabut kerana kurang mahir.

Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan pedal brek. Sebelum mengangkat kedua-dua kaki, anda wajib freekan gear dulu dan tarik hand brek.

PARKING 3 PENJURU

1. Pusingan tiga penjuru adalah olahgerak terakhir dalam ujian bahagian 2 untuk ujian memandu kereta selepas ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta secara masuk belok.

2. Berhati-hati untuk olahgerak terakhir ini untuk memastikan anda boleh lulus sepenuhnya untuk ujian bahagian 2.

3. Ini adalah kerana jika anda kurang berhati-hati kemungkinan anda gagal dan akan menyebabkan anda gagal keseluruhan ujian bahagian 2.

4. Risikonya ialah anda perlu membuat ujian ulangan bahagian 2 dan anda wajib menjalani semula ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta secara masuk belok walaupun sebelum ini anda sudahpun lulus kedua-dua olahgerak ini.

5. Selepas keluar dari petak meletak kereta secara masuk belok ( side parking), anda terus menuju ke dalam petak tiga penjuru ini.

6. Pandu kereta anda bergerak lurus di sebelah kiri mengikut anak panah masuk dan sebaik cermin sisi sebelah kiri sama lurus dengan tiang no.2 di sebelah kiri anda, pusing stereng habis ke kanan dengan pantas.

7. Berhenti di hadapan tiang sebelah kanan anda dan pastikan kereta anda tidak melepasi garisan kuning dan tidak melanggar atau menyentuh tiang itu. Pastikan juga stereng selari dengan tiang di tengah dan tayar hadapan dalam keadaan menegak.

8. Pastikan kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis ke kiri dan masukkan gear reverse, lepaskan clucth perlahan2 barulah boleh undur terus ke belakang dan tidak boleh menyentuh atau melanggar tiang belakang serta belakang badan kereta tidak boleh terkeluar dari garisan kuning. Panduannya mudah semasa mengundur kereta anda tengok anak panah masuk dan sebaik anak panah itu lurus kearah anda, terus berhenti. Bermakna kereta anda tidak akan terlanggar tiang belakang. Cuba praktik dan perhatikan.

9. Pastikan kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis ke kanan dan masukkan gear 1. Terus bergerak keluar mengikut anak panah keluar dan letak semula kereta dimana anda bermula.

Untuk info:

Pastikan hanya tiga pergerakan sahaja dibenarkan ketika masuk, berada dalam petak dan keluar dari petak. Anda tidak dibenarkan berhenti-henti di pertengahan di setiap pergerakan. Jika enjin kereta mati tiba-tiba semasa berhenti, pastikan tekan brek danfreekan gear barulah hidupkan semula enjin kereta anda. Masa yang dibenarkan dari mula anda masuk hingga keluar dari petak ini tidak melebihi 3 minit.

SIDE PARKING

1. Anda hanya dibenarkan untuk membuat ujian side parking atau meletak kereta secara masuk belok hanya selepas lulus ujian mendaki bukit.

2. Pandu kereta bergerak lurus ke hadapan dan sebaik-baiknya jarak cermin sisi kiri dengan tiang pertama lebih kurang 3 kaki.Tidak terlalu dekat dan tidak pula terlalu jauh dari tiang.

3. Toleh ke kiri arah cermin tingkap tiga segi di bahagian penumpang kiri. Berhentikan kereta sebaik anda nampak tiang pertama berada di tengah-tengah cermin itu.
4. Tekan clutch & masukkan gear reverse.

5. Pusing stereng ke kiri sampai habis.

6. Lepaskan clutch perlahan2, mula undur perlahan-lahan dan lihat melalui cermin sisi sebelah kanan. Kira tiang yang anda nampak didalam cermin sisi dan berhenti sebaik badan kereta sudah sama lurus dengan tiang no.7.

7. Pusing stereng sebanyak 2 kali ke kanan. Undur kereta dan lihat kedudukan tayar belakang sebelah kanan berada di atas garisan kuning. Berhenti.

8. Pusing stereng ke kanan sampai habis dan undur sehingga kereta betul-betul masuk ke lot Parking. Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti sebaik tayar itu sudah berada di atas garisan kuning. Jangan langgar tiang hadapan.

9. Tekan brek, freekan gear, tarik hand brek & angkat tangan sebagai tanda anda telah berjaya meletak kereta dengan betul.Tunggu isyarat dan arahan pegawai penguji untuk anda keluarkan kereta dari petak.

10. Masukkan gear reverse. Pusing stereng 2 kali ke kiri. Gerakkan kereta berhati-hati. Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti sebaik tayar berada diatas garisan kuning.

11. Pusing stereng ke kanan sampai habis dan masukkan gear 1. Terus keluar berhati-hati jika anda mahir. Sekiranya anda tidak berapa mahir. Berhenti dahulu sebaik tiang no. 1 berada di tengah-tengah pintu penumpang kiri anda.

12. Pusing stereng 3 1/2 kali ke kiri dan terus keluar.
Untuk info:

Masa yang diberi dari mula anda hendak bergerak masuk dan sehingga anda keluar dari petak ialah tidak boleh melebihi dari 5 minit. Kebiasaannya ketika hari ujian, kebanyakan pelajar hanya mangambil masa kurang dari 2 minit.

Syarat utama untuk mengelakkan anda gagal ialah:

1. Jangan sentuh atau langgar mana-mana tiang walaupun tiang tidak jatuh atau tiang bergoyang.

2. Badan kereta mesti berada di dalam petak dan tidak boleh terjulur keluar melebihi garisan.

3. Tidak melebihi masa 5 minit. 

4. Tidak berlaku sebarang kemalangan.

MENAIKI BUKIT
1. Mulakan gear 1.

2. Gerak perlahan2.

3. Apabila side mirror menghampiri palang pertama, cepat2 tekan clutch & break kaki.

4. Tarik hand brake & freekan gear.

5. Lihat keluar sama ada tayar depan cecah pada line kuning.

-Tayar mesti berada paling kurang 50% didalam garisan kuning. 

-Tayar tidak boleh melebihi 50% keluar dari garisan kuning. Keadaan ini
menyebabkan anda terus dianggap gagal.

-Ketika berhenti di garisan kuning, brek tangan tidak ditarik dengan betul
menyebabkan kereta berundur dan tayar terkeluar dan menjadi kurang 50%
masuk ke garisan kuning.

6. Kalau pasti, angkat tangan. Kalau tak lepas, buat semula.


MENURUNI BUKIT

1. Masukkan gear 1.

2. Tekan minyak sampai 2.5

3. Lepaskan clutch perlahan2 sampai terasa kereta bergerak ke depan.

4. Lepaskan hand brake.

5. Kereta akan meluncur ke hadapan secara automatik. 

6. Perlahankan kereta sebaik menuruni bukit.

7 June 2014

Rumah Terbalik Sabah

June 07, 2014 0 Comments
Haiiii, rindu saya tak ? kalau rindu rajin-rajinlah baca tulisan saya. Kalau tak rindu pun, korang wajib juga baca tulisan saya. Mengapa ? kerana ia perkara wajib yang saya wajibkan untuk korang. hehe. so, korang harus selalu rajin datang melawat blog ini. wokey ?

Ni haaaaa, saya mau kongsi kisah lawatan saya ke Rumah Terbalik Sabah atau pun dalam bahasa Mat Sallehnya adalah Upside Down House. Terbalikkan duniamu ketika melawat rumah ni hehe. Ia terletak di Tamparuli, Sabah dan merupakan rumah terbalik yang pertama di Asia Tenggara dan rumah terbalik ni hanya ada lima buah di dunia ( 3 buah di Eropah dan 1 di Jepun ). wow ! teruja tak. Kalau teruja, pergilah melawat sendiri. Pengalaman terbaik adalah dengan menikmatinya sendiri tanpa perlu mendengar cerita orang lain.

Semua perabot didalam rumah itu berada di atas kepala kita. Pening ? guide tu cakap kalau korang pening tu maknanya korang ada penyakit tinggi diri. oppss tinggi darah. Kalau korang mau tau korang ada penyakit tu tanpa perlu jumpa doktor, silalah melawat Rumah Terbalik Sabah. Syukur saya tak pening pening lalat. 

Rumah Terbalik ni dibuka seawal jam 7 pagi hingga jam 7 malam. Istimewanya rumah ni kerana ia terbina sebagai mesra pengguna termasuk orang kurang upaya (kerusi roda boleh digunakan semasa melawat). Ia boleh dilawati oleh seluruh lapisan masyarakat dari seluruh dunia. Untuk pengetahuan korang juga Rumah Terbalik Sabah ni telah dimasukkan didalam Malaysia Book of Records kerana keunikan dan ciri-cirinya yang semenangnya awesome ! hebat kan. kalau tak hebat manalah dapat masuk dalam buku rekod Malaysia kan..

Upside Down House Sabah
Inilah wajah rumah terbalik
Upside Down House
Hebat tak saya angkat kereta ni
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 , tidak lengkap rasanya kalau korang melawat Sabah tetapi, tidak memasukkan senarai Rumah Terbalik sebagai destinasi lawatan korang. 
Visit Malaysia Year 2014
Kereta pun terbalik tau
UPSIDE DOWN HOUSE SABAH
Arrgghhh, macam mana mau buat pelaburan ni