30 May 2014

RM200 dari ULTRA 101.3FM

Hari tu terima panggilan dari Stesen Radio Ultra :

Pihak Ultra : Hello, ni Precious Cla ke (hari tu dia sebut nama betul bukan glemer ni hehe) 
(halus ja bahasanya. kira nak speaking London, tapi macam eksyen la pulak hehe, sebenarnya saya tak suka guna bahasa Sabah bila bercakap dengan orang semenanjung, I prefer to speak bahasa Ibunda David Beckham gitu...sebab? kan, orang Semenanjung susah nak faham bahasa Sabah >.< )

Saya : ya, saya.

Pihak Ultra : saya just nak confirmkan info you untuk pengurusan hadiah. blah blah blah..

Saya pun bagilah maklumat yang dorang mau. Hadiah RM200 tu. Hanya dengan meneka gambar yang diberikan dalam Fan Page Ultra bulan lalu. Ramai yang meneka, tapi semuanya salah. Bila tengok gambar tu, ala senangnya ! so, saya dengan kelajuan cheetah cepat-cepat menaip jawapan saya sebagai 'Terumbu Karang' sebelum orang lain meneka dengan tepat. Ternyata kelajuan saya menghasilkan berita baik. :D

''Tahniah diucapkan kepada Precious Cla kerana menjawab dengan tepat dan berjaya mendapat RM200 dari Ultra Diving''

Fuhhhh ! happynya dalam hati. Terima Kasih Ultra. 

Eh, hari tu siapa yang called saya ya ? Shahira ke.... lembutnya suara :P (apa-apa pun RM200 tu saya dah terima .
DJ ULTRA 101.3 FM

Share:

0 comments: