Gunung Kinabalu #VMY2014

 Ekspedisi Gunung Kinabalu


Sebuah kisah lama yang tidak terlalu lama kuwujudkan kembali . Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 #VMY2014, adalah layak jika mimpi anda dijadikan realiti untuk mendaki puncak tertinggi Asia Tenggara itu. Mungkin anda pernah mendengar betapa sukarnya mendaki puncak itu daripada mulut orang lain, tetapi saya juga yakin anda mendengar cerita akhir daripada pendakian mereka kan?
Memang sukar digambarkan dengan kata-kata keadaan pendaki yang telah berjaya mendaki Gunung Kinabalu, terlalu sukar untuk melukiskan kenyataan melalui mulut…kerana hakikatnya Gunung Kinabalu sungguh amat terlalu indah tak terkata dengan dengan bicara. Anda harus mendakinya sendiri, nilainya tiada tandingan ! Penat kaki melangkah tidak akan membuat anda gentar, tinggi gunung Kinabalu tidak akan mematahkan semangat anda untuk menaklukinya. Segalanya terbayar dengan keindahan alam yang sungguh cantik saujana mata memandang. Angin berhembus menerpa para pendaki, sungguh sejuk namun manis.  Suara hembusan sang angin jelas kedengaran digegendang telinga. Jangan bimbang ia tidak akan menerbangkan anda, ia hanya berhembus nakal menyambut mesra kehadiran anda di alamnya.
berlatar belakangkan Donkey Ears Peak 
Pepohonan renek menjamu pandangan mata membuat anda seperti tidak berada dinegara Malaysia. Jika anda peminat bonsai, anda tidak akan pernah menyesal melangkah seribu langkah untuk melihatnya . Anda pasti bertemu dengannya. Pokoknya rendah bagai istilah orang Sabah ‘Pendek-pendek tagap’ . Maaf sebelumnya kerana saya tidak pandai menyusun kata-kata atau menggunakan perkataan yang sepatutnya kerana keindahan gunung Kinabalu memang sukar dijelaskan dengan perkataan semata. Anda harus datang, lihat dan nikmati sendiri keajaiban ciptaan Tuhan dibumi Sabah ini.
Penuh kabus, memang sangat sejuk
Hutan yang terjaga , nyaman dan damai
Semakin tinggi pendakian, semakin renek pokok yang ada
Jangan bimbanglah, penginapan di gunung Kinabalu serba lengkap dan memuaskan. Restoran kelas 5 bintang pun ada. Minum kopi sambil berborak sambil melukiskan cerita indah didalam kotak memori . Ditengah alam yang damai di jantung Kinabalu yang permai. Hati anda pasti tertawan dengan suasana yang jarang-jarang anda alami. Paling penting syukur kepada Pencipta tentang karya yang tersergam indah pasti meluncur keluar dari mulut anda. Anda harus mendaki Gunung Kinabalu, Sabah ! bukan sekadar mendengar manis kenangan dari orang lain, anda harus mencipta kenangan indah sendiri. Antara dirimu dan gunung Kinabalu.
Bagi yang pernah mendaki gunung Kinabalu, saya pasti anda ingin kembali lagi . meski ketika dalam perjalanan pendakian anda mungkin pernah berkata ‘ini yang terakhir kalinya saya mendaki’ …….. saya faham . saya pernah merasakannya. Tetapi setelah itu keinginan dan rindu pada nikmat pendakian itu melonjak kembali . Lagi dan lagi….kerana rasa dan nikmat keindahan itu terlalu menakjubkan membuatkan saya tidak pernah luntur semangat untuk selalu mendaki puncak Kinabalu. Dasyat !! itu rasa yang saya alami. Saya pasti anda turut merasakannya. Dan saya pasti bagi anda yang belum pernah mengecapi nikmatnya juga mau merasakan perasaan luar biasa itu.
Yang penting anda harus bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Yang diharungi bukan jalan highway , tidak juga jalan teruk tetapi cukup membuat otot , minda dan emosi tercabar. Orang Sabah kata ‘’dari kita saja baitu’‘ hendak seribu daya…..
Jalan yang menguji kesabaran
Pastikan cukup latihan hehe
Selamat merancang ekspedisi mendaki gunung Kinabalu sempena  Tahun MelawatMalaysia 2014.
Untuk maklumat lanjut anda boleh berhubung dengan Sabah Board Tourism atau pun melihat pakej percutian ke Sabah melalui pautan Tourism Malaysia

Gunung Kinabalu #VMY2014 Gunung Kinabalu #VMY2014 Reviewed by Precious Cla on 2.11.13 Rating: 5

2 comments:

Yun Sing said...

Bestnya :D Satu hari nanti nak pergi daki laa..

rokot nuluhon said...

Wajib mencuba, nikmatnya tiada tandingan :)

Powered by Blogger.