search

Blog Archive

30 November 2013

Fakta mengenai Kota Bandung, Indonesia

Kota Bandung merupakan kota yang indah dan kreatif seperti apa yang saya pernah tulis dalam entri-entri sebelumnya. So, untuk tujuan itu saya suka memberikan 3 fakta penting tentang Kota Bandung. 
Trans Studio, Bandung Indonesia
Kota Bandung berasal dari perkataan 'Bendung'

Kota Bandung berasal dari perkataan 'Bendung' atau 'bendungan' kerana terbendungnya Sungai Citarum dari Lava Gunung Tangkuban Perahu yang telah membentuk telaga. Lagenda yang diceritakan oleh orang-orang tua di Bandung mengatakan bahawa nama 'Bandung' diambil dari nama sebuah kenderaan air yang terdiri dari dua perahu yang diikat berdampingan yang disebut perahu Bandung yang digunakan oleh Bupati Bandung, R.A. Wiranatakusumah II, untuk melayari Citarum dalam mencari kedudukan kabupaten yang baru untuk menggantikan ibu kota yang lama di Dayeuhkolot.

Kota Teraman di Dunia

Suatu kehormatan bagi Kota Bandung kerana pada tahun 1990 kota Bandung telah dinobatkan sebagai Kota teraman didunia berdasarkan survey  majalah Time.

Melahirkan banyak Bintang artis

Tidak pernah dinafikan bahawa Kota Bandung merupakan kota yang paling ramai mengeluarkan artis Indonesia terkenal . Artis kota Bandung cantik-cantik dan hensem-hensem serta berbakat besar. Tidak hairanlah mereka dapat menembusi pasaran luar Indonesia.



Share:

0 comments:

Followers