search

Blog Archive

29 August 2013

Tanjung Aru, Sabah ~ Indah dan menawan



12.00 tengahari hingga 1.00 petang itu merupakan waktu rehat yang ditetapkan majikan buat para kulinya. Pergilah kemana pun yang kau suka asalkan jam 1.00 petang mesti  tubuh dan jasadmu berada diopis yang bagai stor ini..tapi sejuknya mengalahkan peti suhu dalam peti sejuk..haha…tengahari ni saya tidak keluar. Hanya stay dalam opis. *on diet* 

So, sambil online tu saya tengok-tengoklah gambar bulan lalu . Kira-kira macam mengimbau kisah lalu yang semakin hilang dibawa denyut jantung bumi…OUCH ! ia sebenarnya peristiwa awal bulan ni. Masih fresh gitu ! Kalau kamu mengambil kisah tentang post saya yang lalu, kamu pasti tahu bahawa itu adalah hari dimana si pekerja DBKK yang gendut menegur kami  dengan gaya egonya sambil beliau menunjukkan wajah ganasnya (ganaslah sangat) hehehe…peace yaw !

Kali ni saya tidak mahu bercerita tentang beliau itu melainkan mau bercerita tentang keindahan Tanjung Aru. Sebenarnya Tanjung Aru merupakan pantai yang indah hanya, ia kurang  dijaga menyebabkan aura kecantikan dalamannya tersembunyi.  Tempatnya strategic dan mudah dikunjungi oleh orang ramai. Malang sekali ia terabai begitu saja..bagai hidup segan, mati tidak mau (eh, betulkah penggunaan ayat saya ni..haha…I hentam jak !!) well, look at this photo taken by my brother…cantikkan…dekat Kota Kinabalu International Airport...........

Share:

0 comments:

Followers