search

Blog Archive

18 June 2013

Cara-cara menarik pembaca supaya suka blog kita


Hi readers,

Petang ni nak bagi tips untuk buat blog anda supaya kelihatan  sedikit cemerlang dan gemilang daripada biasa. (Ceh! ayat bajet pandai :p) . Ketika memasuki  kawasan blog dan sain kontrak untuk menjadi blogger tegar, anda seharusnya tidak  terlalu mengikut perasaan anda ketika menulis sesuatu.

Mungkin (ya mungkin) anda mempunyai berjuta-juta lemon idea atau cerita atau kisah..namun, sila perhatikan apakah itu cerita yang diperlukan oleh pembaca atau itu hanya apa yang anda mahu tertancap didalam blog anda. Jika blog anda adalah blog peribadi atau diari tontonan umum, maka ia tidak membawa apa-apa masalah. Tetapi, jika blog anda adalah sebagai blog info semasa atau sebagainya , maka pandai-pandailah mengatur strategi .  Jangan ikutkan perasaan menulis apa yang ada dijiwa anda. Silap sikit, pecah tembelang….*bagai membuka pekung didada* bukankah itu memalukan diri sendiri ?

Seringkali, saya mengetuk kepala saya yang semakin berusia..mohon idea dialirkan agar saya tidak menulis sesuatu yang bukan-bukan dan memalukan diri sendiri. Pernah dahulu, saya bercita-cita menulis semua ‘hakikat’ yang pernah terjadi didalam diri ini….dan jika anda pernah menggali post saya yang berkurun (eh.. ) lamanya..maka, anda  pasti akan terlihat sesuatu tentang diri ini. *blushing sambil tutup muka* hehe…..Sebabnya dulu, saya hanya menulis dan menulis tanpa mengambil kira hal pembaca. Aduh!! Saya tersilap disana. Baru kini kuketahui, sebenarnya orang ramai tidak suka membaca hal peribadi kita (melainkan kita adalah artis yang glemer, atlit yang popular ). Huh !! lalu dengan kesedaran itu, saya cepat-cepat mengubah haluan penulisan saya…cewah !!  Apa pun, saya memegang prinsip didalam blog ini, saya tidak akan sesekali menulis tentang gossip yang saya sendiri tidak pasti kebenarannya (jika, anda pernah terbaca dalam mana-mana post saya yang terdahulu tentang gossip, maafkan saya…mungkin cerita itu saya anggap benar dan bukan gossip and that why saya menulisnya….errmmmm ). Apa pun saya masih manusia biasa, sama seperti anda semua.

Baiklah my sweet and good readers, semoga anda mendapat ilmu atau at least mendapat peluang ketika melihat segmen-segmen atau giveaway  yang ada dalam blog ini…tadaaa…seketul kata-kata (eh, ketul? Hehe) mampu membuahkan hasil…tak caya? Just try !!


Share:

0 comments:

Followers