31 December 2012

2012 akhirnya berakhir


Pagi hari, terkejut dibangunkan oleh alarm, bererti kau masih hidup;
Terpaksa harus keluar dari kehangatan selimut untuk bekerja, bererti kau bukan orang gagal;
Mendengar hinaan orang lain tentang dirimu,bererti kau masih diperhatikan orang lain;
Pakaian semakin ketat atau kecil, bererti kau tidak kekurangan makanan;
Ingin istirehat tetapi tak mampu melepaskan pekerjaan ditangan, bererti kau memiliki kedudukan yang penting di dalam pekerjaanmu;
Yang tersenyum sambil membaca tulisan ini, bererti dia adalah orang yang bahagia dengan hidupnya.

Senja silih berganti

Sejujurnya blog ini menjadi saksi hampir setiap aktiviti ku..Cuma beberapa waktu ini saya mulai kejam terhadap hobi  penulisanku. Saya sering kali gagal mencoretkan imaginasi  dan kisah realiti ku diruangan ini.  Atau diri ini semakin tua untuk bermain dengan kata-kata dan bermanja-manja dengan huruf-huruf kecil di sudut ini? Mungkin. Tidak mungkin . 

Disember yang sibuk. Penuh dengan kejutan-kejutan. Hadiah dan senyuman. Tawa dan airmata. Motivasi dan nasihat. Semuanya seakan mengalir disungai yang sama. Berjalan dilorong yang serupa. Tiada waktu untuk diam tanpa berfikir. Tiada masa telinga mendengar tanpa memahami. Tiada masa mata melihat tanpa mengerti. Saya terdiam disuatu saat apabila segalanya seakan tidak dimengertikan oleh pihak lainnya. Masa depan menjadi omongan, kedudukan seakan dipersoalkan. Karakter dan gaya hidup menjadi perhatian. Saya bukan anak emas, juga tidak pernah menjadi priority seseorang. Saya tahu persis apa diriku. Saya ingin menjadi kepala dan bukan ekor. Saya harus bijak memilih dan merancang masa depanku. Bukan wajah menjadi ukuran dan bukan harta menjadi penilaian. Peribadi hebat tercipta melalui karakter   yang bijaksana. Tahu nilai sebuah kehidupan dan tidak pernah mempersia-siakan orang-orang disekelilingya. Bukan menjatuhkan tetapi mendorong. Bukan mengata tetapi memperbaiki. Manusia bernilai apabila otak yang sudah dianugerahkan kepada kita tidak dibiarkan kosong tanpa sebarang ilmu. 

Tenanglah

Saya stress ! Itu kata hatiku beberapa detik dibulan Disember yang hampir menutup kisahnya. Disember dan kaunseling …….itu sangat biasa bagiku ! I have decided to follow Jesus forever .  Hatiku tersentuh saat menulis ayat ini kerana itu membawa maksud sesuatu didalam diriku. Jauh disudut hatiku, Dialah pemilik hatiku yang terutama. He is my 1st priority ! Saya tidak kisah apa kata orang terhadap diriku. Yang pasti saya bukan fanatic tentang apa yang saya percaya. Saya Cuma mengasihi Tuhanku lebih dari segalanya. Untuk ramai orang dan banyak ajakan yang tidak terealisasikan  …saya minta maaf. Hakikatnya, saya tidak ingin menjadi bodoh melakukan hal yang bodoh. Saya hanya seorang budak kampung dan cara fikirku tidak seperti seorang  manusia Bandar. Saya cuma berfikir dengan cara bijak dan berhikmat. Bukan keegoan dan kemegahan. Bukan munafik dan berlagak alim. Tetapi itulah diriku. Tidak senang dengan diriku? Saya tidak pernah menyuruh anda untuk menyenangi diriku. 

Hidup adalah pilihan

Detik-detik akhir 2012…..banyak kenangan tercipta. Ada kegagalan mengecewakan. Ada kejayaan membahagiakan. Sakit hati. Gembira. Semuanya kulipat kemas dalam memori kenangan. Terima kasih kepada semua insan yang terlibat dalam mencipta memori-memori itu. Secara tidak langsung, saya diajar untuk mengenal erti kehidupan dan cinta. Nilai sebuah usaha dan maksud sebuah kejayaan.  Definisi wang ringgit dan kemiskinan.  Apa itu jerih-payah dan kemalasan. Saya belajar daripada insan-insan yang pernah kutemui dan masih kutemui sehingga kini.

Bebas seperti burung

3.22 petang, disebuah pejabat yang sunyi tanpa kehadiran clients.  Mungkin semuanya sedang bercuti. Saya tidak mahu tahu kemana mereka pergi. Itu hal mereka. Saya sebenarnya mahu menaip sesuatu yang saya benci dan tidak akan pernah suka akan hal ini. (Maaf saya tertaipnya disini – sepatutnya pada entry yang lain kan….hehe ) ….saya benci bau rokok, alcoholic people or si pemabuk yang tidak tahu diri………saya tidak suka paksaan dan  talk at my back ….dahulu hingga kini, hal ini tidak percaya berjaya memikat hatiku. Saya gagal untuk menyukai hal-hal  tersebut. Ketika tahun ini berakhir perasaanku terhadap sifat dan aktiviti tersebut masih ditahap ‘tidak suka’.  …dan untuk selamanya saya pasti tidak akan bergiat atau berjinak-jinak dengannya. Itu sangat rendah nilainya dimata saya. 

Hidup harus bijak

Kuberhenti seketika. Jari gendutku penat menaip. Mataku ligat membaca apa yang telah kutaip. Rupanyaaaaaaaa……..tulisanku kali ini sangat panjang berjela-jela dan saya pasti pelawat blog ini tidak sudi membacanya. Apa pun, itu hak anda………gunakanlah waktu dengan bijak dan rajin-rajinlah membaca….

Hargai hidup apa adanya

Selamat  menikmati hari yang ke-366 ditahun 2012 dengan ucapan syukur dan bahagia. Yang sakit semoga anda tetap merasakan bahagia dihati dan semoga cepat sembuh. Untuk yang tidak mempunyai cuti ketika semua orang lain sedang bercuti, pesanku selamat menikmati berkat pekerjaanmu dengan sukacita dan jangan bersedih.

Hidup adalah waktu

Selamat tinggal 2012. Saya sayang keluargaku sepenuhnya. Kuagihkan juga senyumanku buat anda semua yang bergelar insan terindah dan teristimewa.  Stay Cool, Stay healthy !  Stay fruitful …. Selamat mencipta kejayaan-kejayaan baru didalam hidupmu. Tuliskan resolusi itu dan berusahalah mencapainya. SEMOGA KITA MASIH DIDUNIA INI KETIKA 2013 KELAK BERAKHIR. 2012 SUDAH BERJAYA KITA LANGKAH DAN TEMPUHI. JANGAN RISAU PADA KEGAGALAN KERANA HARAPAN DAN MASA DEPAN ITU SUNGGUH ADA.

God bless......


Share:

27 October 2012

Entry tanpa perenggan

Tidak semua orang  menyukaiku. Dan tidak setiap orang  membenciku. Saya disukai. Saya juga tidak disukai.  Saya mungkin baik tetapi kebaikanku tidak memuaskan semua orang. Saya mungkin bertindak salah sehingga ada orang sangat terluka akan sikapku. Hari ini mungkin saya telah melukai seorang manusia. Rasa serba salah bukannya tidak pernah ada dalam jiwa ini . Kadang-kala sikap 'sengaja' itu sengaja saya lakukan sekadar  untuk melihat sejauh mana kesabaran seseorang itu terhadap peristiwa-peristiwa yang disengajakan. Bereaksi jahatkah dia? kecewa sangatkah? terbitkah rasa benci dan muak dalam dirinya terhadapku? Itu naluri biasa seorang manusia. Bukan sengaja menduga air yang tenang tetapi, bukankah air yang tenang itu lagi banyak buayanya. Sekali-skala ketenangan itu perlu diganggu agar terlihat sesuatu yang jarang dilihat oleh mata kasar . Bukan untuk mempertikaikan sikap semulajadinya cuma mungkin sikap itu perlu ditimbulkan seawal musim perkenalan. Tak perlu bermuka-muka. Tak perlu berlakon. Tak perlu hipokrit. Cukup sekadar menjadi diri sendiri. Bagaimana hidup sebenar dikala orang lain tidak melihat, demikianlah seharusnya sikap ketika berada di khalayak umum. Tak perlu terlalu baik dengan seseorang itu jika disebaliknya ada udang galah sedang berselindung dibalik topeng  kepura-puraan. Saya mungkin aneh dan berbeza dengan orang yang pernah anda kenali. Jika perbandingan itu menjadi persoalan dibenakmu, sila hentikan keinginanmu untuk menjadikan saya sebagai pendampingmu. Jika saya tidak pernah menjadi orang yang benar-benar anda impikan, mengapa masih meneruskan cita-cita untuk berkata manis-manis kepada diriku. Ataupun saya yang terlalu alpha akan kehidupan ini. Terlalu menarikkah kata-kataku sehingga terbitnya cinta didalam dirimu terhadapku ? ataupun diriku ini yang terlalu perasan sehingga kasih yang tak pernah terwujud telah diwujudkan oleh imaginasiku sendiri ? Mungkin kita sama-sama sedang tertewas oleh perasaan sendiri. Inginkan kemenangan sendiri. Mahukan kejayaan sendiri. Terpengaruh oleh jiwa yang selalu bermonolog kosong. Atau kita terlalu memanjakan keinginan diri sendiri sehingga sukar menepis hakikat bahawa kita sebenarnya bukan pasangan tulang rusuk yang ditakdirkan bersama ? Saya tidak pandai menyusun perkataan-perkataan menjadi ayat yang indah. Tetapi, kata-kata yang ada sesungguhnya membawa maksud indah jika dihayati dan direnungkan. Jika anda adalah kekasihku yang telah dianugerahkan kepadaku, siapakah diri ini untuk berkata tidak mahu. Saya sesungguhnya bertuah dan bersyukur akan anugerah terindah itu. Saya manusia yang sangat biasa sehingga mungkin agak sukar difahami oleh anda yang agak luar biasa. Saya hanya seorang perempuan kampung yang terlahir dengan penuh kasih sayang walaupun, tidak semua yang diimpikan terealisasi. Saya tidak kecewa akan  keadaanku kerana  dibalik kewujudanku ada rencana Tuhan untuk diriku.

p/s : saya ingin menaip panjang tetapi malam sudah larut. Saya sebenarnya sedang menunggu hp ku penuh charge. and now me as a human pula perlu di recharge...zzzzzzzzz good nite
Share:

17 June 2012

12 February 2012

Dandelions, rasaku masih sama

Dandelions hadir dikala matahari berada tegak diatas kepala. Jujur, aku suka melihat dandelions berterbangan ditiup angin. Terasa nyaman, dan sepertinya aku hidup dalam bayangan syurga. Kanak-kanak sekolah minggu berlarian menangkap si dandelions putih seputih salji dan aku terpaku saat melihatnya. Ingin aku berlari seperti mereka, menangkap si dandelions dan meniupnya kembali lalu mengejarnya lagi. 


Oh, Sungguh hidup terasa lebih hidup dan bebas. Wahai dandelions ayu mu terserlah saat berterbangan dan sungguh mataku ingin melihat hadirmu selalu disisiku. Hadirmu sungguh mengembalikan kenangan kanak-kanakku untuk berlari riang sambil tertawa bahagia. Terima kasih wahai angin yang telah meniupkan si dandelion dihari ini. Terima kasih wahai Pencipta yang telah menciptakan dandelions ..ia kecil namun cukup membuat rasa hatiku bertukar gembira dan bahagia.. aku tidak tahu kenapa tetapi aku sudah jatuh cinta dengan dandelion hari ini sama seperti hari-hari sebelumnya. Dandelion, aku suka hadirmu disisiku.



Share:

26 January 2012