Trip To Bintulu, Sarawak

www.cla-travel.asia ~ Bintulu, Sarawak

Sarawak merupakan negeri paling dekat dengan Sabah, dan suatu kemustahilan jika saya mengatakan belum pernah menjejakkan kaki ke bumi Kenyalang. Oleh kerana Air Asia sedang meriah dengan promosi 'gila-gila' mereka sejak awal tahun 2019, maka saya turut tidak melepaskan peluang tersebut.
BINTULU, SARAWAK
Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang paling banyak lapangan terbang di dalam Malaysia dan saya memilih Bintulu sebagai destinasi pertama dalam Sarawak yang mahu saya lawati. Meski kata orang, Bintulu itu tidak banyak yang boleh dibanggakan dari segi pelancongan. Tidak banyak tempat menarik. 'Tidak apa-apa, kita datang saja dulu', cantik atau tidak lokasi tersebut akan kita tahu  setelah selesai trip. 

Oleh kerana saya mempunyai pengalaman 'kosong' tentang Bintulu, saya mencari tahu beberapa info mengenai Bintulu. Saya berhubung dengan orang-orang yang saya percayai dan tahu lokasi-lokasi pelancongan dalam Malaysia iaitu, Encik Laili (HUGS Project-Helping Groups & Society) dan beliau telah memberikan saya nama seorang Sarawakian yang boleh saya hubungi dan bertanya tentang info kawasan Bintulu. Terima kasih Cik Azzel Azean kerana, banyak membantu dan memberikan maklumat tentang lokasi-lokasi yang boleh saya lawati dan hotel-hotel yang selamat.
BINTULU, SARAWAK
Walau bagaimanapun, trip Bintulu tidak menjadi realiti dan sebenarnya, ini bukanlah trip pertama saya yang gagal. Tahun lalu, saya juga pernah membeli tiket Air Asia ke Cambodia. Akhirnya tidak menjadi. Syukur saja tiket kali ini tidaklah mahal. Boleh dikatakan, terkadang harga 'lunch' saya lebih mahal dari tiket ini. Kecewa ? tidak juga, kerana saya masih menikmati moments indah meski terbatalnya penerbangan tersebut. Lagi pula, hari esok masih ada dan Bintulu juga akan sentiasa ada. Hanya menunggu waktu yang tepat untuk saya kembali merancang perjalanan ke Bintulu, Sarawak. 

Tulisan ini khusus untuk berterima kasih kepada individu-individu yang telah membantu saya memberikan info penting tentang trip ke Bintulu, Sarawak.
BINTULU, SARAWAK
Mungkin ada yang bertanya berapa harga tiket ke Bintulu ? ketika saya membeli tiket tersebut hanyalah MYR 118.24 untuk tiga orang, penerbangan Kota Kinabalu-Bintulu-Kota Kinabalu. Oleh kerana, kami tidak menaiki kapal terbang tersebut maka, service Tax sebanyak MYR44 boleh dituntut daripada Air Asia dalam tempoh enam bulan. Murah ? memang murah. Terima kasih Air Asia kerana benar-benar menepati slogan 'Now everyone can fly' .

Bintulu, jumpa nanti !

Post a Comment

20 Comments

Cik Min said…
Sy pernah ke sarawak tp blm pernah ke Bintulu. Hope 1 day dapat ke sana
Izaramli said…
Iza tak pernah lagi pergi Bintulu. Iza pernah pergi Kuching je. Sarawak seronok. Banyak tempat menarik. Ada rezeki nanti nak jugak la merasa pergi ke Bintulu. Boleh tengok tempat menarik dekat sana pulak.
khai artzfar said…
alaa ingatkan experience hahah rupanya teaser. khai pun belum pernah ke bintulu hopefully ada rezeki soon
cre8tone said…
I just came back fr kuching... but didn't step on bintulu.. looks great and nice... should plan for another trip there..
Mek Onie said…
Eh, boleh claim balik ke Tax kalau salah seorang daripada nama guest yang tak jadi pergi tu? Baru tahu kalau tak naik flight boleh claim balik tax tu. Onie pun tak sempat lagi ke Bintulu. Hanya ke Kuching sahaja sebelum ni.
CXopportunities said…
Seronoknya. Cx teringin nak pergi ke sabah dan sarawak. Nak sangat ke sana sebab tak pernah ke sabah sarawak dan tak pernah naik flight selama hidup 30 thn ni hahahah kesian cx. Seronok baca pemgalaman ok
Hanny Abdullh said…
Sis pernah ikut kawan yg duduk sana, tapi x pernah lagi ke Bintulu. Harap satu hari nanti sis dapatlah ke sana
Mimie said…
Tak pernah sampai Sarawak lagi. Teringin juga nak sampai Sarawak jalan jalan kat sana. Murah juga ye tambang flight ke sana. Tak pernah lagi naik flight so banyak venda saya tak tahu bila baca entry ni baru tahu tax boleh claim
Dikbee said…
Sarawak = satu-satunya negeri yang saya belum jejak lagi. Hopefully one day boleh ke sana. Owh rupanya boleh claim ekk tax tu. So far tak pernah cancel lagi. Incase akan datang kalau terjadi macm ni boleh la try claim... hehe.. tq awak for the info
BBL pernah sekali je jejak kali itu pun tahun lepas..tak sampai 24 jam kena shoot pergi sabah. teringin nak explore sarawak
Emi said…
Terkejut tengok harga tiket ke bintulu murah sangat. Rupanya tiket dari kk, ingat dari kl hehe. Kalau dari kl memang tak dapat la harga semurah ni kann
HUGS Project ni sgt bagus utk #trashtagchallenge to clear off trash yg buat pencemaran kat sekitar kita! Sokong! Walaupun sy x dpt nak join yg jauh2, tapi sy cuba mengamalkan konsep kitar semula dan jugak mrngurangkan Sampah yg sbyk mungkin.
precious cla said…
Hi #Mouse-Mommy ~ HUGS Project ni memang banyak membantu berkembangnya eko-pelancongan terutama di kawasan pedalaman. :)
precious cla said…
Dear Emilinda, saya pun baru tahu yang kita boleh dapatkan kembali wang Tax tu dan kena mohon refund dalam tempoh enam bulan. :D
Rawlins GLAM said…
Siannyer tak dapat pergi Bintulu. Maybe la tak banyak lokasi lawatan tapi banyak makanan yang boleh dicuba dan juga produk tempatan yang boleh dibeli. Nasib baik murah kan. Takde la penyesalan sangat kan
Ruby said…
Rindunya nak travel. Bintulu ni ruby belum pernah pergi lagi. Nampak menarik dan suka HUGS Projek tu. Semoga usaha murni ni dapat memberi sinar kepada mereka di sana.
Nadia Johari said…
Murah juga ye, mungkin sebab dekat kan. .Takpe, bintuku tak laribmana2..hehee. .Saya pun teringin nak pergi sarawak. .Tunggu ade geng la nak pergi sana.. Tunggu anak2 besar nanti
Mawardi yunus said…
Tak pernah lagi berkeaempatan ke bintulu. Teringin jugak nak ke sana.
Absolute Yana said…
Hope after your trip to Bintulu you can come up with a full guide of what attractions and awesome food worth trying over there.
penaberkala said…
Tak pernah pergi lagi Bintulu. One fine day nak plan la pergi sini. Kalau Kuching tu dah 4 kali pergi. Pernah share juga kat blog.

Thanks for sharing. Nanti nak ke sana, boleh refer sini. Hehehe