15 February 2019

Weekend Getaways : Kg. Pahu, Tuaran

February 15, 2019 20 Comments
www.cla-travel.asia

Ubat paling mujarab untuk melampiaskan rasa lelah dari tugasan harian adalah menikmati hujung minggu dengan santai ditempat yang indah dan segar. Tahun 2019 saya sambut dengan mencabar diri bahawa, setiap sabtu atau hujung minggu harus merangkul alam sepuasnya. Mencium aroma alam tanpa, disempadani oleh konkrit dan fail-fail biru. Tanpa menerima arahan sang majikan kerana, saya berhak untuk menjadi kaya dengan aturan hidup saya sendiri. Kaya dengan kebebasan, kaya dengan kepuasan dan kebahagiaan.
Kg. Pahu, Tuaran

Kg. Pahu, Tuaran
Sabtu lalu, setelah hampir sekian lama tidak ke Kg. Pahu, saya dan keluarga akhirnya berjaya menikmati sejuknya aliran sungai di kampung itu. Orang kaya berhati metropolitan tidak mungkin cinta akan panorama yang saya sampaikan kerana, mereka lebih terpesona pada gahnya susunan bangunan dikota moden. Bagi penggemar alam, lokasi kali ini merupakan salah satu lokasi yang pasti anda impikan dan mahu melakukan eksplorasi. 

Kg. Pahu, TuaranKg. Pahu, Tuaran
Jika dahulu, kawasan ini mungkin terasa sangat jauh dan agak sukar dijangkau oleh kenderaan kecil tetapi, setelah menikmati banyak proses dan pertukaran pemerintahan demi pemerintahan, akhirnya ia mendapat ruang di poket kerajaan untuk dimajukan. Itu pun, setelah berkurun lamanya dan ramai penghuni kampung tersebut telah pergi tanpa pernah menghidu aroma kemajuan yang dijanjikan oleh pemerintah zaman itu. 

Kg. Pahu, Tuaran
Tulisan ini bukan mengkritik pemerintah yang lemah atau menjulang pemerintah yang mapan tetapi, sekadar mahu menyatakan bahawa akhirnya kampung ini telah menerima arus kemajuan kemudahan jalanraya. Mencelikkan mata ke masa hadapan, saya melihat kampung ini sangat berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah kawasan pelancongan. 
Kg. Pahu, Tuaran
Sebelum balik, saya sempat bergambar di pintu utama sekolah SK Pahu, Tuaran. Menurut nenek saya, tapak sekolah ini dahulu adalah tanah warisan mereka tetapi, terpaksa beralah kepada pihak kerajaan dan memberikan tanah tersebut untuk dijadikan sebagai tapak sekolah dibina.