Event : Inanam Street Christmas Festival

www.cla-travel.asia ~ Inanam Street Christmas Festival

Perayaan Krismas Pekan Inanam diadakan setiap tahun dan tahun ini ia merupakan sambutan ke-5. Ia merupakan sambutan bersama dari beberapa kawasan utama iaitu Kolombong, Inanam, Manggatal dan Telipok. Sambutan dari gereja-gereja dan juga orang awam adalah sangat memberansangkan dan ini membuktikan bahawa negeri Sabah masih sangat menitik-beratkan soal kesatuan, keharmonian dan saling hormat-menghormati diantara satu kaum dengan kaum yang lain.
photo from page KIMT
Meski perayaan ini adalah perayaan golongan beragama Kristian tetapi, ia tidaklah terhad kepada hanya orang Kristian sahaja. Ia bebas disambut oleh semua golongan agama secara am. Saya sebagai rakyat Sabah berasa bangga dengan toleransi kaum di negeri ini. Meski majmuk dan variasi kepercayaan tetapi, nilai menghormati masih erat dalam tatacara kehidupan seharian. Demikian halnya dengan sambutan perayaan agama lain. Tidak ada soal racist di negeri ini. Inanam Street Christmas Festival seakan dijadikan acara tahunan di Pekan Inanam. Pelbagai acara diadakan termasuk persembahan-persembahan tarian, choirs, muzik dan macam-macam lagi. Tidak ketinggalan juga orang ramai berpeluang menikmati pelbagai makanan dan minuman yang dijual oleh para penggerai waktu itu.
 Inanam Street Christmas Festival
 Inanam Street Christmas Festival
Saya turut terlibat sebagai salah seorang penggerai pada malam tersebut. Jika tahun-tahun sebelumnya perayaan ini hanya diadakan selama satu malam sahaja tetapi, tahun ini waktu tersebut digandakan menjadi dua hari. Sebagai penggerai 'chipsmore, now you see now you don't' saya berusaha melakukan yang terbaik dengan slogan 'memberikan yang terbaik' kepada para pelanggan. Saya hanya menjual minuman green tea, bandung laici, air jagung, teh cincau dan juga burger. Terima kasih kepada semua orang awam yang telah membeli jualan saya sehingga jualan saya habis tepat pada waktunya.
 Inanam Street Christmas Festival
Harapan saya agar program sebegini diteruskan kerana ia memberikan impak positif kepada ramai orang.  Tambahan pula, Pekan Inanam turut menjadi tumpuan pelancong sejak terbinanya beberapa buah hotel di kawasan ini, ia tidak lagi hanya menjadi lokasi penduduk setempat tetapi juga, para pelancong dalam dan luar negara.
 Inanam Street Christmas Festival
bersama UN Sabah 2018
Jujur saya tidak mempunyai waktu untuk mengambil gambar sempena perayaan kali ini kerana terlalu sibuk dengan aktiviti gerai. Saya akui saya banyak ketinggalan dengan banyak persembahan-persembahan menarik dari atas pentas utama namun, tidak bermakna saya gagal menikmati malam tersebut dengan kegembiraan. Meski agak jauh dari pentas utama, saya masih sempat melihat beberapa persembahan.

Post a Comment

34 Comments

Nampak meriah dan warna warni. Pasti ramai yg berkunjung ke gerai.
Azhafizah MN said…
Kalau buat street festival mesti meriah macam ni sebab semua orang senang nk datang
precious cla said…
Idayu : syukur ramai yang serbu gerai kita hehehe
Unknown said…
mesti untung banyak taukey air ni..Boleh la travel tempat best2 lagi lepas ni.hahah,.
Cik Rose said…
Ros pun suka berkunjung kalau ada festival/ atau gerai-gerai jualan macam ni.. meriah kan :)
Zaza Iman said…
Seronok dan meriah ni.. Sesekali pergi best jugak kan
Sunshine Kelly said…
Wah! Best juga berniaga kat bazaar or street festival macam ni. Walaupun penat tapi puas la dapat hasilnya.
Syamimi Saad said…
Buat aktiviti macam ni, pastinya akan ramai kunjungan tanpa disangka-sangka.
Meskipun penat, yang penting ada rasa bahagia disitu kan.
Mimie said…
Nampak meriah festival ni. Malau ada festival memang best kalau ada geria jual makanan dan minuman .hehehe
precious cla said…
Yup, meriah sangat ^^ masa tu ada artis jemputan juga :)
cindyrina said…
Whoa! So happening. Seriously it's festive mood. No matter what race or religion we celebrate it together.its a great event.
precious cla said…
Hi Cindy , Yes ! as Malaysian we should live harmony and respecting each other :)
iuzira said…
Sesekali datang mesti best. Suasana pun meriah
Henry Tan said…
looks like a fun event! wait.. did i see durian?? durian for christmas seems odd! haha but you are right, regardless of races, festival is always about celebration of togetherness.

How to deal with markets ups and downs?
CXopportunities said…
Menarik. Meriah sungguh! Cx teringin pergi sabah dan sarawak serta kenali etnik bangsa sana. Cx selalu dgr org kata sabah sarawak sangat tinggi nilai saling memghormati sesama agama. Tidak bergaduh dan mimilih kasih antara mereka. Pada mereka, semuanya umpama keluarga . Cx nak sangat rasa semua tu , mgkn cx kena stay sana seminggu dua, sebulan maybe ntk kenali etnik sana. I am so proud to be Malaysian.
Abby Onety said…
Senangnya bisa hador di acara ini. Sy beberapa kali ke KL dan melihat tolenrasi yang baik antar sesama pemeluk agama. Saya suka KL
Suria Amanda said…
Wah..banyaknya perayaan kat Sabah..macam- macam ada dan nampak meriah sangat kan..bila la SA dapat pergi experience semua perayaan masyarakat lain..sure best sangat ni...
precious cla said…
Negeri Sabah kaya dengan pelbagai perayaan, so kalau nak dapatkan pengalaman perayaan sesuatu etnik tu bolehlah datang ke Sabah :D
Airah Syahirah said…
wah nampak menarik dan meriah.best bila ada festival macam ni sama sama meraikan
precious cla said…
Hai Airah, best sangat hidup rumpun berbilang bangsa dan tetap harmoni. :)
Cik Min said…
Wah seronok lak buka gerai time festival camni. Heheh selain dpt merasai kemeriahan leh gak jana pendapatan heheh
nampak meriah dan seronok..rasanya semua rakyat malaysia untungnya sebab kita ada banyak perayaan yg boleh dirai...selagi keharmonian terjaga seronok bersama-sama kita hormati dan raikan bersama
Mahamahu said…
Bestnya kat sana meriah sambut krismas hehehe kita rakyat Malaysia semua harus gembira meraikan semua perayaan dan semua itu bagus dan membawa kepada kejayaan negara kita tak perlu nak ubah-ubah dah...
CIK TOM said…
wah memang nampak seronik dan meriah..nmpk seronok ada pesta makan durian jugak tu..eh u tak masukkan gmbr gerai yg u join ke?teringin nak tgok..i suka green tea..
Emme Marina said…
must be great right? suasana nampak sangat meriah. and of coz bukak gerai pun best, kene luangkan masa curi2 tuk tengok event and have fun!
Lia Hasty said…
Wah menariknya kalau pergi sana boleh lawat nanti. Biasalah kalau jadi peniaga akan sibuk dan takde masa nak bergambar . Keadaan diri pun dah berpeluh2 kan.
Hanny Abdullh said…
Bestnya dapat turut serta berniaga dalam event yang sebegini, mesti untung banyak. Memang best kalau event yang ada berbilang dan kaum, nampak semangat muhibbah ada disitu
Rawlins GLAM said…
Sama macam kat Sarawak - selalu ada street festivals untuk semua agama dan pastinya, penuh dengan pengunjung each time. I love our togetherness.
Seronok menyambut Krismas ramai2! Gerai bos mesti semua laku kan. Merry Christmas bersama keluarga dan kawan2!
Tengkubutang said…
Meriahnya suasana .. seronok tengok orang2 sabah sambut perayaan yang pelbagai sama2
Inanam dekat Sabah kan. Tak salah kalau kita juga bergembira untuk perayaan kaum dan agama lain. Malaysia kan special ada pelbagai kaum. Hee, Merry Christmas in advance!
Nadia Johari said…
Teringin nak ke sabah dan sarawak..untung kita kan pelbagai perayaan ada..mesti meriah masa tu walaupun u tak sempat ambil bnayak gmbr.. Busy sgt kan masa ada perayaan ni.. Yangvpenting enjoyy
Ruby said…
Musim perayaan Krismas memang meriah di Sabah. Ruby pernah ke sana semasa bulan December. Dekorasi Krismas dah ready awal bulan. Christmas Caroling di hotel pun meriah. Seronok sangat. Hehehe
Alia Farhan said…
Best... I suka bila december tgk persiapan kawan2 i yg beragama christian nak sambut xmas... Mcm2 preparation diorg... N satu lgi dekat mall pun best sebab xmas decor cantik2