DESTINASI MENARIK : KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION, KIBUNUT SABAH

www.cla-travel.asia ~ Jom travel !

Apabila kita melakukan hal yang itu-itu saja tentu akan menyebabkan kejenuhan atau boring dan wawasan yang kita miliki belum tentu bertambah. Dengan melakukan perjalanan ke tempat baru, sudah pasti kita akan mendapatkan hal-hal baru pula.

Tidak dinafikan kita mampu mendapatkan banyak info hanya melalui internet tetapi, ketika melakukan perjalanan, ada satu perkara yang tidak kita dapatkan dengan hanya browsing di internet iaitu; rasa.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
bergambar bersama pemilik homestay
Perjalanan kali ini dilakukan bersama keluarga besar #GBK dan telah dirancang sejak beberapa bulan yang lalu. Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di Kamagi Riverside Retreat and recreation, Kibunut Penampang. Jujur, saya sebenarnya kurang teruja untuk datang ke tempat ini kerana, ia tidaklah terlalu jauh dari kawasan tempat tinggal saya. Saya lebih berminat untuk melawat tempat-tempat kawasan sejuk atau tanah tinggi.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
Tambahan pula, Kamagi Riverside dinyatakan tidak mempunyai signal internet. Bagi saya itu pasti membosankan. Namun, ketika sampai ke destinasi tersebut rasa tidak teruja itu mati dengan sendirinya. First impression 'ternyata tempat ini nikmat juga' . Ketika melihat air sungai mengalir dengan tenang, disapa pula oleh pemilik resort tersebut, saya tahu saya akan bahagia disini, selagi percutian ini berlangsung dengan keluarga. Jika tidak silap kawasan ini telah dibangunkan sejak 15 tahun dahulu dan dijalankan secara kecil-kecilan. Hari ini, tempat ini semakin maju dan memiliki beberapa rumah penginapan. Bagi penikmat alam dan penggemar sungai, mungkin Kamagi Riverside Retreat & Recreation merupakan tempat yang anda cari. Atau mungkin, hanya mahu bersuka-ria sambil mandi-manda dihujung minggu atau ketika hari cuti ? tempat ini sesuai untuk anda. Yuran masuk dan mandi sungai hanya RM2 manakala, untuk BBQ dan sewa pondok bayaran yang dikenakan adalah RM50.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
Kami berada disini selama 2 hari 1 malam. Antara aktiviti yang kami lakukan selain mandi di sungai adalah; hiking dan menjalankan team building activities. Oleh kerana kawasan ini masih agak hijau dan buki-bukit belum dimusnahkan oleh pembangunan maka, kami turut berpeluang menjalankan aktiviti hiking. Perjalanan adalah lebih kurang 3KM dari kawasan penginapan. Bagaimana tahap kecuraman bukit tersebut ? agak tinggi tetapi, masih sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak yang lasak. Peserta paling muda adalah seorang kanak-kanak berumur 5 tahun dan berjalan sendiri tanpa, digendong oleh orang lain. Sebaik-baik perjalanan adalah ketika kita berjalan sambil menikmati panorama yang ada. Oleh kerana hiking tersebut bukanlah sebuah pertandingan, maka berjalan santai adalah pilihan setiap orang. Kami disini sebagai manusia-manusia yang rindukan hari-hari tanpa tekanan kesibukan aktiviti harian. Kami disini adalah sebagai manusia-manusia yang mahukan ketenangan. 
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
Sebenarnya, ketika bangun pagi saya mempunyai seribu rasa kemalasan untuk menyertai aktiviti hiking tersebut. Apalagi, dipenghujung subuh itu hujan telah turun membasahi bumi. Bayangkan betapa nikmatnya berada didalam selimut menikmati tidur waktu itu. Ketika semua orang telah bangun dan bersiap, saya masih sedang berfikir samaada mahu menyertai aktiviti tersebut atau sambung tidur. Ternyata budak-budak bawah umur tujuh tahun yang kelihatan bersemangat itu berjaya memadamkan rasa malas saya. Saya terpaksa ikut-serta dan membangun  semangat pagi itu. Andai saja saya tidak menyertai aktiviti hiking tersebut, mana mungkin saya tahu ada apa diatas bukit Kamagi itu. Ternyata, diatas bukit tersebut ada perkampungan lagi. Kami menyusup kebun-kebun orang. Kami menghidu aroma kampung. Dihujung perjalanan bukit, kami akhirnya tiba dijalan raya yang sepertinya, jarang-jarang dilalui oleh kenderaan luar. Waktu itu, kami hanya lima orang...yang lain sudah jauh di depan atau sebahagiannya sudah sampai kerumah penginapan. Kami berjalan santai menikmati segala keadaan.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
Sebelum jam 8 pagi kami akhirnya selamat tiba di rumah penginapan dan meneruskan aktiviti kesukaan ramai iaitu, sarapan pagi. Setelah banyak kalori terbakar ketika hiking, semua peserta kelihatan makan dengan sangat bersemangat atau kerana, fellowship ini maka semuanya menjadi berselera. Usai sarapan pagi, semua kemas diri sebelum meneruskan aktiviti praise and worship dan mandi sungai lagi.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
Check out adalah jam 1 tengahari setelah makan tengahari. Oleh kerana hari tersebut adalah cuti umum maka, tempat tersebut mulai dibanjiri oleh orang ramai yang kebanyakannya mahu mandi sungai. Satu lagi, sungai Kamagi merupakan sungai Tagal atau kawasan larangan menangkap ikan. Tidak hairanlah sungai tersebut mempunyai ikan-ikan yang besar dan pelawat turut boleh memberi ikan-ikan tersebut makan dengan syarat, makanan ikan  harus dibeli daripada Kamagi Riverside dengan harga RM3. Jangan terkejut apabila ikan-ikan yang ada siap memberikan perkhidmatan 'fish massage' kepada anda.
DESTINASI MENARIK : KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION, KIBUNUT SABAH DESTINASI MENARIK : KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION, KIBUNUT SABAH Reviewed by Precious Cla on 20.9.18 Rating: 5

7 comments:

el said...

Berapa harga penginapan di sini CLA..tengok dia pya tempat stay tu cantik..mesti best ni sbb dkt dgn sungai..mlm2 sire sejuk kan

Precious Cla said...

Rate rumah bermula dari RM100/malam - jenis penginapan ada pelbagai. :)

Diana Rashid said...

tempat stay tu cantiknya..Macam suasana kampung je..2 tingkat tu ada berapa bilik tu?

sya mimie said...

Bestnya cla. Walaupun tempat tu mungkin berdekatan dengan tempat sendiri, kalau kita belum pernah pergi, semestinya perasaan teruja tu pasti ada.

zaza iman said...

Cla memang asal dan duduk sabah ka.. Sabah ni mmg cantik2 lokasinya.. Mcm kamagi ni.. Biar pun tak ada line internet tp sesekali bercuti tnpa internet apa salahnya kan

Eintan Nurfuzie said...

Bestnya. Suka natural cmni.. klu gi sabah lg nnti nk cuba la penginapan ni

Nadia Johari said...

Menarik sangat tempat dia..siap ada air terjun..nampak sanagt best ni..bilalh dapat pergi tempat macam ni..seronok tengok

Powered by Blogger.