Countryside Style - Damai Eco Ranch Ranau

www.cla-travel.asia ~ Jom Travel !

Negeri Sabah merupakan sebuah negeri dalam Borneo Utara yang kaya dengan alam semesta indah dan tertatah rapi. Dari tingginya puncak pergunungan Kinabalu hingga bebasnya ikan-ikan berenang di keindahan lautan dan pulau-pulau Borneo, semuanya indah tiada terkata. Shopping mall ? jangan bimbang negeri ini ada segalanya. Jangan dengarkan kata jahat dari mulut cemburu sang penghancur kebahagiaan sejagat. 
Countryside Style - Damai Eco Ranch Ranau
Kali ini saya mengajak anda berkenalan dengan sebuah resort berkonsepkan modern countryside yang haruman atmosferanya masih nyaman berbaur suasana kampung nan permai. Agak jauh menyusur desa tetapi, ketika tiba anda akan disajikan pemandangan dengan ekspektasi 'wow' . 
Countryside Style - Damai Eco Ranch Ranau
Photo by : Damai Eco Ranch
Tempat ini mungkin sunyi dari bingitnya kenderaan tetapi, anda tidak akan pernah diam dari melakukan banyak aktiviti. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah paintball, archery, downhill MTB, jungle trekking, camping, rafting, swimming, BBQ, futsal, karaoke dan banyak lagi. Tempat ini sesuai untuk riadah bersama keluarga, rakan-rakan atau mungkin anda mahu sepi sendirian menghirup segarnya udara desa sambil membaca buku, mencari ilham atau sekadar bertenang dari lelahnya kehidupan bandar, tempat ini adalah sesuai.  It is suitable for those who wish to spend time with family and friends on weekend or during school holidays.

Countryside Style - Damai Eco Ranch RanauCountryside Style - Damai Eco Ranch Ranau
Damai Eco Ranch terletak diantara jalan Ranau-Sandakan dan Poring Hot Spring. Perjalanan dari pekan Ranau ke Damai Eco Ranch hanya mengambil kira-kira 15 minit. Jika ingin lebih menikmati kehidupan desa dan bersantai tanpa perlu diganggu oleh detik jam anda boleh menaiki teksi atau bas dengan tambang murah yang boleh diperoleh di Pekan Ranau.

Ranau merupakan sebuah daerah yang disekitarnya dilimpahi dengan pusat pelancongan yang terkenal di serata dunia antaranya ; Hot Spring , Canopy Walk , Sabah Tea, Tagal Luanti, terdapatnya bunga terbesar di dalam dunia iaitu Rafflesia dan banyak lagi kemegahan dan kebanggaan yang boleh dilawati, dinikmati dan dikomersialkan.

Post a Comment

18 Comments

Wawa Ashihara said…
Best bce blog CLA.. Dpt tau psl borneo.. Bolehlah surveyw klo nk pi honeymoon ke nnti..hehe
precious cla said…
Borneo memang banyak tempat best and sesuai sangat untuk honeymoon coz cuacanya sejuk ;)
Cik Rose said…
Teringin nak pergi Sabah. Banyak tempat menarik. Memang tengah plan nak ke sana :)
Tengkubutang said…
teringin nak pi Borneo ni.. orang kata banyak pemandangan cantik-cantik untuk dilawati kat sana.. bilalah nak jejak kaki tak tahulah..
Tengkubutang said…
Tertarik dengan Damai Eco Ranch Ranau ni sebab dia punya style ala2 countryside style.. Anak panah tu salah satunya. haha..trademark ..
Tengkubutang said…
Tertarik dengan Damai Eco Ranch Ranau ni sebab dia punya style ala2 countryside style.. Anak panah tu salah satunya. haha..trademark ..
Unknown said…
memang teringin sangat nak jalan2 ke sana.. Ada rezeki nanti mesti sampai..saya suka baca entry2 tentang tempat2 best kat sabah..Untuk persediaan mana tau nanti dapat pergi..heheh
Mimie said…
Akan mark tempat nih sbgai satu tempat wajib singgah bila pergi Ranau.memang ada plan nak pergi sana
Sally Samsaiman said…
Tertarik betul nak hala ke Sabah Sarawak..asyik jelajah kat Semenanjung je! Hopefully one day! thanks for sharing :D
precious cla said…
Nanti kalau u nak datang Sabah, do let me know ya who knows I can assist u 😘
precious cla said…
Yaaaa....banyak tempat menarik d Sabah ^^ snorkeling @pulau~pulau, hiking, climbing, rafting etc 😘😘
precious cla said…
Ranau alone pun dah banyak tempat menarik, canopy walk merupakan salah satu tempat yg wajib dilawat. 😊😊
precious cla said…
Semoga suatu hari nanti u dapat visit Sabah ^^
precious cla said…
Semoga suatu hari nanti boleh sampai Sabah 😘😘
iuzira said…
Bestnya tengok permandangannya rasa tenang je
hafizsidah said…
teringin sangat2 nk pegi sabah..cantiknyeee
Sofinah Lamudin said…
Confirm tenang dan baca buku saya ni sini CLA.
kak gojes said…
Memang cantik tmpt ni