21 February 2018

Countryside Style - Damai Eco Ranch Ranau

February 21, 2018 18 Comments
www.cla-travel.asia ~ Jom Travel !

Negeri Sabah merupakan sebuah negeri dalam Borneo Utara yang kaya dengan alam semesta indah dan tertatah rapi. Dari tingginya puncak pergunungan Kinabalu hingga bebasnya ikan-ikan berenang di keindahan lautan dan pulau-pulau Borneo, semuanya indah tiada terkata. Shopping mall ? jangan bimbang negeri ini ada segalanya. Jangan dengarkan kata jahat dari mulut cemburu sang penghancur kebahagiaan sejagat. 
Countryside Style - Damai Eco Ranch Ranau
Kali ini saya mengajak anda berkenalan dengan sebuah resort berkonsepkan modern countryside yang haruman atmosferanya masih nyaman berbaur suasana kampung nan permai. Agak jauh menyusur desa tetapi, ketika tiba anda akan disajikan pemandangan dengan ekspektasi 'wow' . 
Countryside Style - Damai Eco Ranch Ranau
Photo by : Damai Eco Ranch
Tempat ini mungkin sunyi dari bingitnya kenderaan tetapi, anda tidak akan pernah diam dari melakukan banyak aktiviti. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah paintball, archery, downhill MTB, jungle trekking, camping, rafting, swimming, BBQ, futsal, karaoke dan banyak lagi. Tempat ini sesuai untuk riadah bersama keluarga, rakan-rakan atau mungkin anda mahu sepi sendirian menghirup segarnya udara desa sambil membaca buku, mencari ilham atau sekadar bertenang dari lelahnya kehidupan bandar, tempat ini adalah sesuai.  It is suitable for those who wish to spend time with family and friends on weekend or during school holidays.

Countryside Style - Damai Eco Ranch RanauCountryside Style - Damai Eco Ranch Ranau
Damai Eco Ranch terletak diantara jalan Ranau-Sandakan dan Poring Hot Spring. Perjalanan dari pekan Ranau ke Damai Eco Ranch hanya mengambil kira-kira 15 minit. Jika ingin lebih menikmati kehidupan desa dan bersantai tanpa perlu diganggu oleh detik jam anda boleh menaiki teksi atau bas dengan tambang murah yang boleh diperoleh di Pekan Ranau.

Ranau merupakan sebuah daerah yang disekitarnya dilimpahi dengan pusat pelancongan yang terkenal di serata dunia antaranya ; Hot Spring , Canopy Walk , Sabah Tea, Tagal Luanti, terdapatnya bunga terbesar di dalam dunia iaitu Rafflesia dan banyak lagi kemegahan dan kebanggaan yang boleh dilawati, dinikmati dan dikomersialkan.

14 February 2018

Fly and Win - CNY Traveloka Challenge

February 14, 2018 5 Comments
www.cla-travel.asia - Jom Travel !

Life is boring ? hey, who says that ! life must be lived to the fullest. Enjoy it while you can. Go somewhere and do something.
Fly and Win - CNY Traveloka Challenge
No money ? Traveloka know it ! that's why Traveloka run a contest, namely CNY 2018 Contest. The terms and conditions are so clear, easy to follow - simple like an ABC. My explanations are just wasting your time, you'd better click CNY 2018 Contest, read the rules and start playing the games. Who knows you can score higher mark and win the grand prize. 

What are the prizes ?

Grand Prize : Seoul, Korea. Yes, it is 6 days 5 night free trips to Seoul, Korea and of course the tickets are returned. 
2nd : 5D4N Phuket ~ Flight and accommodations
3rd : Langkawi for 4 days 3 nights ~ Flight and accommodations
and, RM1000 Traveloka voucher for the consolation prize.

Hurry ! because the contests will be running until 28th February only.

2 February 2018

Bible Characters Costume by PMM G.B.K

February 02, 2018 2 Comments
Menjadi muda itu tidak selamanya akan kita hidupi, tiba saatnya kita akan menjadi tua dan lelah serta tidak berdaya melakukan apa yang dapat dilakukan  disaat muda. PMM merupakan satu persekutuan orang muda secara sihat. Namun, seringkali PMM menjadi sesuatu yang membosankan bagi sesetengah manusia. Bosan merupakan suatu perasaan dan setiap dari kita berhak untuk melawan rasa tersebut. Jika kita sayang terhadap rasa itu, selamanya kita akan menjadi manusia pemalas. 
Sebagai permulaan acara PMM tahun ini,  kami menjalankan aktiviti santai iaitu; Bible Characters Party. Setiap PMM digalakkan untuk memakai kostum karakter dalam Bible. Terserah mahu memilih karakter siapa dan berikut merupakan sebagian penampilan pada malam tersebut. Hebat !
Karakter ini, siapa yang boleh meneka siapa ? sebenarnya mereka adalah si Gembala Domba a.k.a Daud dan juga Malaikat. Jika ada diantara rakan-rakan yang berasa untuk menggayakan Bible Costume itu mahal, sebenarnya ia ikut kreativiti masing-masing. Contohnya, si Malaikat menggunakan sayap D.I.Y. dan digayakan dengan pakaian serba putih.
Karakter yang dibawa oleh mereka pula adalah sebagai Daud dan salah seorang wanita bijak yang menunggu mempelai lelaki tanpa kehabisan minyak pelita. 
Jika anda tahu karakter Daud, pasti anda juga pernah membaca kisah Betsyeba. Betsyeba merupakan seorang wanita selingkuhan Daud. Kisah lanjut boleh dibaca di dalam Bible. Sebenarnya masih banyak karakter yang ditonjolkan pada malam itu seperti Ruth, Zakheus, Ratu Esther dan sebagainya. Saya tidak membawa kamera untuk tujuan penulisan kemudiannya dan untuk itu saya minta maaf kerana gambar agak kurang berkualiti.

Apa pun, waktu yang berlalu tidak akan terulang dan jika pun ia berulang ia pasti tidak sama lagi. Oleh itu, saya menghargai semua yang terlibat didalam menjayakan fellowship ini. Untuk terlibat sama dalam PMM terkadang, saya bukanlah manusia yang selalu rajin untuk hadir  tetapi, satu kata untuk setiap perbuatan yang kita lakukan adalah : Komitmen dan tanggunjawab.

Hidup ini adalah kesempatan
Hidup ini untuk melayani Tuhan
Jangan sia-siakan apa yang Tuhan bri
Hidup ini harus jadi berkat...

Oh Tuhan pakailah hidupku
Selagi aku masih kuat
Bila saatnya nanti
Ku tak berdaya lagi
Hidup ini sudah jadi berkat

Atkinson Clock Tower

February 02, 2018 8 Comments
www.cla-travel.asia  ~ Jom Travel !

Akhirnya hajat untuk melawat Atkinson Clock Tower atau Menara Jam Atkinson tercapai. Jam Atkinson merupakan salah satu struktur praperang dunia II yang masih wujud di perut Bandaraya Kota Kinabalu yang saya cintai.
Atkinson Clock Tower
Menara jam ini dibina sebagai peringatan kepada Pegawai Daerah Pertama Jesselton iaitu, Francis George Atkinson. Beliau meninggal dunia pada Disember 1902 ketika berusia 28 tahun disebabkan oleh penyakit Malaria. Ibunya, Puan Mary Edith Atkinson memperkenalkan jam bermuka dua di bandar Jesselton sebagai satu penghargaan dan ingatan kepada anaknya yang terkasih. Struktur ini disiapkan pada 20 April 1905.
Atkinson Clock Tower
Hanya setelah bertahun-tahun saya bekerja di pusat bandaraya ini, baru hari ini saya berkesempatan menjejakkan kaki dan merakamkan potret di Atkinson Clock Tower Kota Kinabalu. Ada huru-hara beberapa tahun lalu mahu memusnahkan peringatan ini. Tempat ini tidak menggunakan kawasan yang besar. Atau mungkin saja jika kawasan terletaknya menara jam ini mahu dibangunkan apakah susah untuk sekadar memindahkannya tanpa perlu memusnahkan khazanah ini ? Tidak perlu bersikap prejudis kepada apa yang pernah dibangunkan oleh pihak penjajah dinegeri ini, kerana jika mereka tidak hadir maka selamanya tampuk pemerintahan di negeri ini bermahkotakan ke'kuno'an. Jangan dimusnahkan apa yang pernah dibangunkan dengan cinta. Cinta seorang ibu kepada anaknya. 

Atkinson Clock Tower
Bantahan ramai pihak akhirnya berjaya menyelamatkan Atkinson Clock Tower daripada dimusnahkan. Saya mempunyai memori tersendiri tentang menara ini. 02 Febuari beberapa tahun yang lalu, saya tidak pulang ke rumah ketika tamatnya sesi persekolahan hari itu. Saya tidur di surau sekolah kerana malamnya, kami harus berarak mengangkat Menara Jam Atkinson buatan sekolah berarak beramai-ramai hingga ke Padang Merdeka Kota Kinabalu. 02 Febuari merupakan tarikh yang tidak boleh dilupakan oleh warga Kota Kinabalu kerana ia merupakan tarikh dimana Kota Kinabalu akhirnya dinobatkan sebagai Bandaraya. 

Akhirnya saya tahu kenapa sekolah saya menggunakan Atkinson Clock Tower sebagai simbol sempena sambutan pengiktirafan bandaraya, ia merupakan salah satu tinggalan sejarah yang ada di Kota Kinabalu. Jika sejak dahulu ia terpelihara rapi, kenapa pada zaman ini ia harus dimusnahkan ? Tidak ada alasan yang tepat mengapa harus menguburkannya dari sejarah, ia harus dikekalkan di kota tercinta Kota Kinabalu.
Atkinson Clock Tower

Ia turut menjadi tarikan pelancong luar dan dalam negara. Tidak ada ruginya ia berdiri megah di Kota ini.