Percutian Ke PyeongChang Korea Selatan Menggunakan PyeongChang KORAIL PASS

Untuk apa menjejak suatu tempat tanpa mengalami semua keistimewaan yang ada termasuk menikmati makanan terkenal kawasan tersebut, belajar tentang budaya dan festival serta menikmati keaslian dan keindahan kota yang ada. Sekadar melawat tanpa mendapat pengalaman ? itu kesia-siaan namanya.

Percutian ke PyeongChang, Korea Selatan tidaklah sesukar yang difikirkan semua orang. Syaratnya, harus bijak merancang percutian. Artikel sebelum ini saya tulis tentang KTX Service dan stesen-stesen yang perlu anda tahu untuk menyambungkan perjalanan sempurna dari satu bandar ke bandar Olimpik yang lain. Saya turut menyatakan beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi ketika berada di PyeongChang secara terperinci.
Percutian Ke PyeongChang Korea Selatan Menggunakan PyeongChang KORAIL PASS
Tulisan kali ini mengupas banyak keistimewaan perjalanan mengelilingi kota PyeongChang dari lokasi penggambaran terbaik, lokasi pelancongan wajib dilawati, makanan tradisi dan festival yang sedang dijalankan di PyeongChang. 

Perjalanan ini tidak sempurna jika tanpa PyeongChang KORAIL PASS. Dengan adanya pass ini, wang tunai tidak diperlukan untuk membayar bas lagi. Bagaimana mendapatkan PyeongChang KORAIL PASS ? baca artikel sebelum ini. Saya sudah jelaskan semuanya secara terperinci. Korea Selatan merupakan negara maju yang serba ada. Oleh itu, sebagai pelancong atau pengunjung wajib mendapatka info tentang hal-hal baru yang sedang mereka jalankan. Info sudah ada, hanya perlu dibaca dan difahami dan dilakukan. 

PyeongChang merupakan kawasan yang terletak di pergunungan Taebak. Istimewanya lagi, PyeongChang turut mempunyai slogan tersendiri iaitu 'Happy700PyeongChang' yang turut bermaksud bahawa keadaan penduduk daerah tersebut harus tertatah baik, kesihatan yang baik, daerah tempat percutian terbaik atau singkat kata sebagai alam indah, kesihatan terbaik dan penduduk panjang umur.

TARIKAN PELANCONGAN DI PYEONGCHANG

Sky Ranch / Ladang Ternakan

Ladang ternakan yang disebut sebagai 'Sky Ranch' ini telah terwujud sejak 1974 dan memiliki 40 tahun kisah sejarah dengan keluasan 9 million kaki persegi.  Terkini Sky Ranch mempunyai 400 lembu Holstein dan juga lembu Korea yang dikenali sebagai Hanu. Ladang ternakan ini terletak di kawasan tanah sejuk. Kawasan tanah tinggi ? keadaan udara pasti segar dan sejuk meski di musim panas sekalipun. Selain indah, ia juga tenang dan sesuai untuk jalan-jalan riadah.
Percutian Ke PyeongChang Korea Selatan Menggunakan PyeongChang KORAIL PASS
Lokasi : 468 Hoenggye-ri, Daegwalnyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do

Samyang Ranch / Ladang Ternakan Samyang

Samyang ranch merupakan ladang ternakan rumput terbesar di Asia. Padang rumput hijau menjadi medan lembu-lembu memakan rumput segar yang bersih. Pemandangan dari atas kawasan berketingging 1,470 meter ini turut menjadi tanda yang memang telah dikenali ramai. Jika anda tiba di Daegwallyeong Observatory, sejauh mata memandang akan melihat sehinggan Gangneung, Jumunjin  bahkan, lautan Timur.

Lokasi : 708-9, Kkotbadyangji-gil, Pyeongchang-gun, Gangwon-do

Ladang Ternakan Biri-Biri Daegwallyeong

Ladang ternakan Daegwallyeong ini dibangunkan dengan keluasan 195 kilometer dan merupakan hak milik persendirian.

Saya suka melihat ladang ternakan, melihat binatang ternakan berkeliaran dengan tanpa perlu risau akan musuh. PyeongChang memiliki banyak kawasan ternakan tetapi, Daegwallyeong merupakan ladang yang satu-satunya membesarkan kambing biri-biri. Pengunjung juga berpeluang melihat kambing biri-biri sedang meragut rumput dari jarak dekat kerana terdapatnya jalan mengelilingi padang ragut berukuran 1.2 meter yang telah dibina. Ia mengambil lebih kurang 40 minit perjalanan mengikut laluan yang terbina.

Pernah melihat backdrop movie ' The Man from Mars' ? dikawasan padang Daegwallyeong turut terdapat gubuk kayu sama seperti dalam movie tersebut. Gubuk tersebut menjadi lokasi penggambaran yang terkenal. Jika anda inginkan pengalaman lebih mengenali biri-biri, jangan lupa untuk dapat dapatkan kebenaran memberi makan biri-biri dan tidak hanya itu, anda juga berpeluang untuk menyentuh biri-biri ! Satu pengalaman baru tentunya.

Lokasi : 483-32, Daegwallyeongmaru-gil, Daegwannyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gnagwon-do

Ujiyaji Wind Village / Kampung Kincir Angin Ujiyaji

Ia terletak dikawasan tanah tinggi PyeongChang dimanasukan Olimpik musim sejuk pada 2018 diadakan. Uiyaji Baram Maeul (Perkampungan kincir angin Uiyaji) merupakan perkampungan yang terletak dipergunungan Daegwallyeong. Disini anda boleh melihat perlbagai aktiviti istimewa seperti membuat keju atau aiskrim sambil melihat pemandangan indah kincir angin.

Lokasi : 137, Kkobadyangji-gil, Pyeongchang-Gangwon-do

Jeongganwon

Mahu menikmati pengalaman citarasa budaya makanan tradisional orang Korea ? ini tempat yang wajib anda lawat. Ia memberikan 1001 pengalaman dan pengetahuan tentang makanan Korea. Di tempat ini terdapat pelbagai makanan Korea yang dibuat asli seperti makanan zaman dahulu. Terdapat dewan ixhibition, fermentation room meliputi keluasan 10,000 pyeng (3307.85 m2).
Percutian Ke PyeongChang Korea Selatan Menggunakan PyeongChang KORAIL PASS
Lokasi : 21-4, Baegokpo-ri, Yongpyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gnagwon-do

Woljeongsa Temple

Woljeongsa Temple terletak di hutan lembah dibahagian timur gunung Odaesan and menghimpunkan 60 kuil dan 8 monastries digabungakan menjadi satu kuil yang besar. Kuil Woljeongsa diperkenalkan oleh Monk Ja Jang (590-658). Di Kuil Woljeongsa anda terdapat satu muzium dimana para pengunjung boleh melihat dan mengetahui budaya  Buddha pada dinasti Goryeo (918-1392), kisah 9 pagoda oktagon yang juga dikenali sebagai Sari Pagoda (relic Pagoda dan bentuk batu tempat duduk Buddha.
Percutian Ke PyeongChang Korea Selatan Menggunakan PyeongChang KORAIL PASS
Woljeongsa Temple juga turut dikatakan menyimpan khazanah tulang Buddha dan terdapat sermon hall yang besar iaitu Jeokgwangjeon Pavilion. Woljeongsa Temple telah dibaik-pulih selepas perang Korea 1950 dimana banyak kuil dan bangunan dibakar seperti Chilbulbojeon, Yeongsanjeon, Gwangneungjon, Jinyenggak dan 17 buah bangunan lain.

Lokasi : 63, Dongsan-ri, Jinbu-nyeon, Pyeongchang-gun, Gnagwon-do

Yongpyong Resort

Yongpyong Resort terletak di tengah banjaran pergunungan Baekdudaegan Korea dan anggaran purata salji yang turun setiap musim adalah 250 cm. Keadaan cuaca ini menjadikan ia lokasi terbaik untuk permainan sukan ski. Tidak hanya itu, lokasi ini mempunyai keluasan 17 million square meter dan 45-lubang golf, gondola, kolam renang dan banyak fasiliti terbaik yang pasti membuat semua pengunjung tertarik.
Percutian Ke PyeongChang Korea Selatan Menggunakan PyeongChang KORAIL PASS
Resort ini sangat sesuai untuk bersantai selain lari daripada kebingitan kota yang penuh pencemaran dan sibuk. Yongpyong Resort menawarkan tempat dan fasiliti bermain ski terbaik dan terbukti dengan banyak penganjuran sukan musim sejuk berprestij  antarabangsa di resort ini termasuklah  World Cup Ski Competition dan Asian Winter Games. Lokasi dan fasiliti terbaik menjadikan resort ini mendapat sambautan baik dari para pengunjung. Tambahan pula resort ini turut menawarkan penginapan hotel,  codominium dan asrama untuk para remaja.

Jika and amerupakan peminat Eun-Tak dalam drama 'Goblin' pasti tahu resort ini. Ia menjadi lokasi Eun-Tak bekerja part time. Eun-Tak muncul mengendarai gondola dengan menonjolkan pemandangan indah pergunungan Balwangsan. Yongpyong Ski Resort turut menjadi lokasi pilihan untuk acara sukan musim sejuk 2018 iaitu, PyeongChang Winter Olympics. Tidak hanya 'Goblin' menggunakan loasi ini tetapi juga, drama terkenal 'Winter Sonata' (2002).

Lokasi : 715, Olympic-ro, Daegwanryeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do

FESTIVAL DI PYEONGCHANG ~ FESTIVAL PILIHAN PRECIOUS CLA
HYO SEOK CULTURAL FESTIVAL

Ada banyak festival di pyeongchang tetapi, satu festival yang menarik hati saya adalah Hyo Seok Cultural Festival. Ada apa dengan festival ini sehingga saya begitu menyukainya. Sebelum saya teruskan penulisan tentang festival ini ada baiknya saya perkenalkan Hyo Seok kepada anda kerana ia merupakan nadi kenapa festival ini diadakan.

Hyo Seok merupakan seorang penulis buku fiksyen yang terkenal dengan pena 'Gasan' pada era 1928. Antara buku yang pernah beliau terbitkan dan menjadi perbicaraan orang ramai suatu ketika dahulu adalah ' City and Ghost' , 'Unanticipated Meeting' , 'At Sea Near Russia' dan banyak lagi.  

Sebenarnya festival ini dirayakan untuk memperingati penulis Hyo Seok dengan mengangkat sebuah kisah novelnya yang  terkenal iaitu 'When Buckwheat Flowers Bloom' . Hyo Seok Cultural Festival membolehkan orang ramai menikmati keadaan dizaman Hyo Seok melalui lawatan ke kampung budaya Hyo Seok dimana kampung ini pernah dinobatkan sebagai 'First National Cultural Village' oleh Kementerian dan pelancongan korea pada tahun 1990. Dikampung budaya ini pengunjung dapat menikmati banyak perkara istimewa termasuk mengunjungi taman Gasan, Chungjujip, Kilang air dan pada hujung bulan Ogos pengunjung berpeluang menikmati kemekaran bunga soba. Saya menyukai Hyo Seok Cultural kerana saya seorang pencinta sastera dan juga sejarah selain menikmati suka kepada pemandangan indah.

PYEONGCHANG TROUT FESTIVAL

Festival ini tidak perlu saya ulas terlalu panjang kerana saya pernah menulisnya pada artikel sebelum ini. Festival ini sangat menarik kerana para pengunjung berpeluang untuk menangkap ikan trout. Ketika menangkap ikan trout, ada gembira yang melanda. Selain dapat menyentuh ikan trout, gelagat orang ramai juga dapat kita saksikan bagaimana reaksi mereka ketika menangkap ikan tersebut. Info lanjut mengenai festival ini boleh dibaca melalui artikel INI .

BELI DAN GUNA KORAIL PASS 

PyeongChang kaya dengan tempat-tempat menarik, makanan tradisi yang sedap dan festival unik yang meriah. Memang rugi bukan milik kita jika percutian dirancang dengan baik.  Percutian akan berjalan dengan lancar jika anda menggunakan perkhidmatan KTX dengan menggunakan PyeongChang Korail PASS. Korail Pass merupakan tiket yang boleh digunakan untuk memudahkan perjalanan anda daripada KTX eXpress dan shuttle bus kepada bandar-bandar Olimpik di PyeongChang. Sila baca artikel tentang tentang Stesen-Stesen yang terlibat dan Cara Pembelian Tiket.
Percutian Ke PyeongChang Korea Selatan Menggunakan PyeongChang KORAIL PASS
PyeongChang akan menjadi tuan rumah sukan Olimpik musim sejuk pada 2018 dan melawat PyeongChang awal tahun depan merupakan suatu keuntungan. Menggunakan Korail PASS adalah pilihan bijak. Semoga tulisan ini bermanfaat buat para pembaca.

Info lanjut tentang pembelian PyeongChang Korail Pass adalah seperti berikut :

Visit Korea KORAIL Pass 
KORAIL Pass Reservation 


Post a Comment

3 Comments

Nadia Johari said…
suka tengok kawan-kawn pergi melancong luar negara..hope ade rezeki nad pergi sini..syok tutengokternakan terbiar..mesti anak suka..hehee
precious cla said…
Bestkan ! jalan-jalan sambil tenangkan minda :)
Mimie said…
Cantiknya pemandangan di PyeongChang. Hopefully dpt jejak kai ke sini juga. Menikmati pemandangan di tempat org