10 November 2017

Sistem SAPS Ibu Bapa

Ibu Bapa wajib tahu hal ini. SAPS Ibu Bapa atau turut dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa merupakan sebuah sistem yang penting untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak tanpa perlu pergi kesekolah anak tersebut. Ini dunia moden, semua berlaku dihujung jari. SAPS Ibu Bapa bermaksud Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. 

Manakala SAPS NKRA Ibu Bapa bermaksud National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara).
Sistem SAPS Ibu Bapa
Sistem ini diselenggara oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memudahkan pihak ibu bapa mengakses keputusan ujian atau peperiksaan anak walau di bahagian mana sekalipun dalam dunia ini, keputusan peperiksaan anak masih dapat diketahui. Jika dahulu, ibu  bapa perlu menunggu hari penyampaian keputusan peperiksaan pelajar untuk mengetahui pencapaian anak mereka didalam kelas/sekolah. Era globalisasi ini, ibu-bapa tidak perlu menunggu hari penyampaian keputusan disekolah. Semua krekod peperiksaan serta markah peperiksaan dipaparkan dalam SAPS Ibu Bapa.
SAPS IBU BAPA
Keputusan dapat diperoleh secara online
Terkadang, pelajar tercorot malu memberitahu ibu-bapa untuk mengambil report card bersama namun, dengan sistem ini para murid tiada alasan untuk berdalih. Demikian juga, ibu-bapa yang sibuk mengalahkan perdana menteri  tiada alasan  'tiada waktu' memantau keputusan anak-anak. Melalui sistem ini, anda boleh membuat semakan keputusan peperiksaan bagi murid Seklah Rendah dan Sekolah Menengah merangkumi Peperiksaan Pertengahan Tahu, Peperiksaan Percubaan, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PT3, SPM dan semakan ujian awal tahunan murid secara online. 

Semak Keputusan Peperiksaan secara Online  

Laman SAPS ini sangat penting dan bagi memudahkan proses memeriksa keputusan secara online, sila bookmarked laman web SAPS. 

Sistem ini relevan dalam dunia modenisasi hari ini. Antara sebab kenapa ia ditubuhkan adalah:

Sistem ini penting bagi meningkatkan mutu pendidikan negara Malaysia setanding dengan negara maju luar. Sistem penyimpan data pelajar ini diasaskan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhiddin Yassin ketika beliau menjadi Timbalan Menteri.

Sistem ini turut meningkatkan prestasi guru dalam menjalankan tugas. Selesai ujian atau peperiksaan dijalankan, para guru harus menjalankan tugas mereka tanpa berlengah-lengah. Semua markah ujian atau peperiksaan harus di 'key-in' kedalam sistem agar keputusan peperiksaan atau ujian dapat diakses oleh ibu-bapa pelajar.

Para pelajar juga tiada peluang untuk menyembunyikan keputusan mereka daripada ibu-bapa. Semua keputusan menjadi lut sinar dimata ibu-bapa atau penjaga. Dengan sistem SAPS Ibu Bapa, para pelajar mahu tidak mahu harus meningkatkan prestasi mereka bersaing sesama pelajar untuk menjadi cemerlang atau, paling kurang semua keputusan subjek menggembirakan hati ibu-bapa.

Walau bagaimanapun, tidak semua ibu-bapa atau penjaga celik IT. Masih ada kelompok ibu-bapa yang tidak tahu menggunakan sistem ini. Sistem ini secara positifnya, turut menggalakkan ibu-bapa agar tidak buta IT agar mereka sentiasa dapat memantau markah-markah ujian / peperiksaan anak mereka. Semakin kurang penduduk buta IT, semakin mudah maklumat secara talian dapat disampaikan. Semakin ramai celik IT, semakin mudah proses maklumat disebarkan. 

Tegasnya, Sistem SAPS Ibu Bapa adalah amat baik. Bersama kita meningkatkan mutu pendidikan Malaysia, lebih berkualiti dan sistematik. Guru, murid dan ibubapa menjadi unggul bersama.
Share:

0 comments: