1 November 2017

Road Trip Negeri Pelangi : KK-Kalabakan-Tawau

Mungkin, boleh dikatakan negeri ini sedang membangun kearah kebaikan meski, pembangunannya tidak sepesat negeri luar tetapi, bersyukurlah. 19 Oktober 2017 saya berpeluang melalui jalan darat Kota Kinabalu-Kalabakan-Tawau. Soalnya, jalan ini bukanlah laluan terbaik yang dapat dibanggakan kepada dunia kerana jalanraya yang ada seakan hidup segan-mati tak mahu. Namun, saya menikmati keadaan tersebut dengan seribu cerita.
Laluan ini merupakan laluan pilihan untuk sampai ke Tawau dalam masa lebih-kurang 6 jam (iaitu 2 jam lebih cepat berbanding jalan KK-Sandakan-Tawau). Andai saja, jalanraya yang ada dalam keadaan baik perjalanan pasti akan lebih cepat tanpa perlu menunggu 6 jam untuk tiba ke Tawau. Ok, cerita sebenar bukan tentang jalanraya. Saya bersama #TeamGBK ke Tawau untuk sebuah aktiviti gereja atau lebih dikenali sebagai Hari Doa Wiranita yang ke-2.
Road Trip Negeri Pelangi : KK-Kalabakan-Tawau
Kami tiba di Tawau sebelum jam 3.30 petang, kami menginap di Kuhara Court Apartment hanya bersebelahan dengan Servay Mall. Tiba di Kuhara, sebelum salam berganti salam kami disambut dengan senyuman selamat datang oleh semua orang. Oleh kerana kami telah membayar yuran secara online maka, kami tidak perlu bersusah-payah berbaris membayar yuran. Hanya mengambil kunci bilik, menyimpan barang-barang lalu, bergerak kepasar Tawau kerana, acara hanya bermula pada jam 7.30 malam. 

Tawau dan periuk murah tiada terpisahkan. Sejak saya mengenali Tawau, keistimewaan itulah yang saya tahu selain, keropok amplang. Ketika saya melihat teman-teman saya, mereka membeli seperti 'tiada esok' , tangan kiri dan kanan penuh dengan hasil belian bak kata orang dari kosong kepada berlimpah. Jika tiada had masa untuk ke pasar, saya yakini bosan tidak mereka rasakan. Jujur saja, shopping bukan kegemaran saya. Cukup membeli apa yang sedap saya rasakan dan tidak perlu membuang duit membeli barang yang bukan keutamaan. Jika makanan, itu lain cerita (haha). 
Road Trip Negeri Pelangi : KK-Kalabakan-Tawau
Berdasarkan jadual, 6.30 petang adalah waktu untuk makan. Makanan sudah tersedia ketika kami tiba. Saya lupa menu makan malam tersebut tetapi, sambal cili masih terasa kuasanya dimulut saya. Sedap dan berapi !. Setelah usai makan malam, kami berkumpul untuk acara Wiranita. Ada 280 orang peserta, hadir dari variasi rumpun bangsa. Benarlah kata orang, pelangi tidak akan indah dengan hanya satu warna. Meski kita hadir dari suku bangsa yang berbeza kita menjadi sebuah keluarga besar yang menyembah Tuhan yang sama. Menjadi indah bersama. Menjadi berkat kepada sesama.
Road Trip Negeri Pelangi : KK-Kalabakan-Tawau
Kem ini tidak berlangsung lama, hanya satu hari acara penuh buat semua peserta. Saya hanya sempat bertegur-sapa dengan beberapa orang, semoga saja senyuman saya sempat ramah pada setiap orang yang berpandangan dengan saya (gitew). Menginap di Kuhara Court hanya dua malam, itu pun belum sempat menyulam mimpi sudah harus bangun kerana adanya bunyi turbo disebelah saya. Malam pertama tidur pulas kerana terlalu letih menjadi penumpang kereta selama (enam jam?). Hebat sungguh sang pemandu kenderaan dengan perjalanan yang jauh. Naik kapal terbang cuma 45 minit dengan tambang RM60 tetapi, perjalanan jauh sering membuat pengalaman lebih banyak dan mata terhidang dengan banyaknya keindahan yang ada disepanjang jalan. Mengingat akan hal itu, saya justeru menikmati perjalanan ini apa adanya.
Road Trip Negeri Pelangi : KK-Kalabakan-Tawau
Jumaat malam merupakan acara penutupan, ada cabutan berkat dan barbecue serta persembahan-persembahan dari sidang GBTawau. Juga, ada persembahan tarian dari suku bangsa Toraja. Saya tertarik pada aksesori dan pakaian suku Toraja, ringkas dan menarik. Suku ini merupakan antara suku yang ada di Tawau kerana, Tawau merupakan daerah yang hampir dengan negara jiran tetangga Indonesia. Pernah terdetik pada keinginan rasa untuk melawat Nunukan iaitu sebuah kawasan milik Indonesia dan berdasarkan pada dokumentari yang saya lihat, ia mengambil masa kurang dari 1 jam untuk kesana. Penduduk Nunukan sering mengistilahkan 'di dada ada Indonesia, di perut ada Malaysia'  kerana, kebanyakan hasil makanan dibeli dari Tawau.

Dua malam telah berlalu, ketika pagi menjelma semua kami diwajibkan bangun lebih awal kerana harus bergerak pulang ke Kota Kinabalu seawal jam 5. Bukan sesuatu yang saya minati untuk bangun terlalu awal dan ketika turun ke lobi apartment tersebut, ternyata ada orang yang bangun lebih awal dari kami. Pengarah kem bersama Pst Madia. Pagi yang dingin terasa hangat bila kita tidak harus melangkah sendirian tetapi, ada orang yang mahu menyapa kita dipagi hari dan mengucapkan selamat jalan dan berjumpa lagi. Sarapan pagi juga ada disediakan (wah, ada KFC hehe) . Terima kasih Gereja Baptis Tawau untuk usaha dan persiapan untuk kem Wiranita 2017. Sampai berjumpa di Kem Wiranita ke-3 nanti.
Road Trip Negeri Pelangi : KK-Kalabakan-Tawau
Kami meneruskan perjalanan pulang ke Kota Kinabalu pada jam 5.30 pagi dan berhenti beberapa kali ditepi jalan untuk berehat. Untuk makan tengahari kami berhenti di Maliau Basin. Siapa diantara kami yang terfikir untuk makan tengahari di Maliau Basin ? Maliau Basin merupakan salah satu tempat yang dihajati meski, hanya berada dikawasan luar atau paling tidak masuk kekawasan tersebut untuk ketandas itu cukup baik buat saya. Sepertinya, impian terealisasi.
Road Trip Negeri Pelangi : KK-Kalabakan-Tawau
Perhentian akhir kami adalah di Jalan Kimanis  sebelum masing-masing akhirnya sampai kerumah dan menikmati rehat serta menikmati cerita hari-hari kelmarin sebagai sebuah kenangan baru yang manis. Pengalaman baru, sejarah baru untuk ditambahkan dalam kisah hidup peribadi.

Jadi, apa yang saya tambahkan dalam diri saya seusai berakhirnyanya kem ini dan sekembalinya saya diposisi harian saya ? Tidak hanya saya tetapi, semua anda. Sila baca Kolese 3:12-17 , mengasihi dan melayani dengan hati hamba. God bless.
Share:

15 comments:

Azhafizah Md Nor said...

menarik. ada banyak aktiviti.

penny bibie said...

Wow best nya aktiviti kamu God bless

Blair Villanueva said...

Wow this is fantastic and sponsored by Airasia! Glad you had a great time :)
Where is your next destination?

dr-Life said...

tak pernah pergi lagi Tawau. Macam best ye!

Racheal_Foodilifecious

Emily said...

What a road trip you had. Although I am not so familiar with Sabah, I can still imagine the route you took. Looking forward to read more of your trips.

Mrs Pip said...

Hi cla.... hari tu kak pip sudah sampai sepulut... mmg mau cari papan tanda maliau basin tu, tp kak pip ndak berani teruskan perjalanan pasal kami tiada persediaan extra pakaian n makanan utk anak2...last2 lewat petang tu kami balik semula ke keningau...
Maybe next road trip, kak pip harap dpt jumpa papan tanda maliau basin tu ...dan thanks kongsi cerita ni, seperti dpt merasakan keseronokan berada di tawau. Have a nice day Cla.

Sam Pui Yee said...

All activities sounds interesting, especially the cultural performance!

xx
Puiyeesss

Maya said...

Baru tahu ada jalan pintas untuk ke Tawau. Menarik juga aktiviti kem tersebut

Smile Lee said...

Terima kasih atas ulasan y sangat menarik.. Seperti tema kita "Mengasihi dan Melayani Bersama Tuhan" sdh mjd satu tajuk y myeleruh bg kita smua.. Kami juga amat berterima kasih dan menghargai kehadiran n pengurusan kamu (GBKionsom) sangat teratur dan senang bagi kami ... Semoga kita dapat bertemu lagi suatu hari nanti.. Kalau datang Tawau, sudilah melayani bersama kami di GBTawau..

Sharon Lee said...

Another awesome road trip u went! I bet you've really enjoy throughout the trip and learn a lot of different culture too!

Miera Nadhirah Tan said...

that is a very nice road trip.. I always do enjoy road trips...must try this route too sometime

Wendy Pua said...

nice, i love the transitional costume they are wearing !
great to know you are having fun at this roadtrip

Francis Justin Torres said...

Looks like you had fun on your road trip! I love going on road trips!

Shini Lola said...

Seem all the activities sounds interesting, I would love to watch the cultural performance!

Sunshine Kelly said...

Wow best can go to tawau! I have not been there yet.