Perkara WAJIB Anda Tahu Ketika Berada Di Bandar Olimpik, PyeongChang 2018

Sukan Olimpik Musim Sejuk, Pyeongchang Korea Selatan kian terasa auranya. Sukan Olimpik akan berlangsung pada 9-25 Febuari 2018 selama 17 hari dan selepas itu akan diikuti oleh sukan paralimpik. Dalam adegan menghitung waktu menuju Olympic Winter Games Pyeongchang 2018, anda harus tahu beberapa hal ini ketika berada di Korea Selatan. 

Korea adalah negara maju  dan serba lengkap selain eko-pelancongan yang terkenal diseluruh dunia. Jika anda merancang untuk ke bandar-bandar Olimpik semasa sukan olimpik berlangsung berikut adalah perjalanan yang harus anda tahu jika anda menggunakan keretapi KTX eXpress dan pengangkutan awam/shuttle bus. Empat stesen berikut merupakan stesen yang terlibat untuk membawa anda ke bandar-bandar olimpik.
Dunnae Station / Stesen Dunnae
Ia terletak di Japogok-ri, Dunnae-myeon, Hoengseong-gun, Gangwon-do. Ia berhampiran dengan Welli Hill Resort, Pheonix Park dan juga Hanu (Korean Beef) bandar BBQ. 

Jinbu (Odaesan) Station

Stesen ini terletak di Songjeong-ri, Jinbu-myeun, Pyeongchang-gun, Gangwon-do. Penumpang akan turun di Stesen Jinbu dan kemudian akan bergerak ke Alpensia Ski Resort semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.
PyeongChang Station / Stesen PyeongChang
Stesen ini terletak di Jaesan-ri,Yongpyeong-myeon, PyeongChan-gun, Gangwon-do. Ia terletak lebih kurang 10KM daripada Bongpyong-myeon dimana buckwheat flower field dan Lee Hyo Seok Cultural Hall berada.

Gangneung Station / Stesen Gangneung
Stesen ini terletak di 176, Yongji-ro, Gangneung-si, Gangwon-do. Penumpang akan menggunakan perkhidmatan shuttle bus untuk ke Gangneung Olympic Park semasa sukan Olimpik berlangsung.

Shuttle bus diperkenalkan bagi memudahkan pergerakan pengunjung dan mengurangkan kesesakan lalu-lintas sepanjang musim sukan berlangsung.

PYEONGCHANG KORAIL PASS

Dapatkan Pyeongchang Korail Pass sekarang  dengan membuat pembelian pass sehingga 10 Januari 2018 sahaja. Pembelian boleh dibuat di SINI . Korail Pass ini bertujuan untuk memudahkan anda bergerak menggunakan shuttle bus untuk akses ke bandar-bandar Olimpik. Anda akan menaiki keretapi iaitu KTX eXpress dan kemudian akan dihantar ke stesen untuk menaiki shuttle bus. Shuttle bus kemudian akan membawa anda menuju bandar-bandar olimpik dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

ITINERARY PERCUTIAN DI PYEONGCHANG DAN GANGNEUNG

Bagi anda yang mahu ke Korea dan merancang untuk bercuti di Pyeongchang saya cadangkan anda mengambil masa 2 hari 1 malam dan mengikuti perjalanan berikut sambil melawat tempat-tempat menarik di PyeongChang selain, ikut serta PyeongChang Trout Festival. Percutian di Pyeongchang melingkupi destinasi-destinasi menarik seperti Lee Hyeo Seok Memorial Hall, Herb Nara, Phoenix Park dan banyak lagi. Anda akan menaiki KTX eXpress daripada Incheon International Airport ke tempat-tempat pelancongan yang terkenal dan akhir trip anda akan dihantar ke Yongsan Station.

Hari kedua di Pyeongchang anda berpeluang selain melawat lokasi seperti Woljeongsa Temple anda juga berpeluang menyaksikan atau terlibat dengan PyeongChang Trout Festival.


PYEONGCHANG TROUT FESTIVAL  (22 Disember 2017 - 25 Febuari 2018)

Festival ini berlangsung sepanjang musim sejuk iaitu bermula pada 22 Disember 2017 sehingga 25 Febuari 2018 dan bertempat di kota Jinbu-myeon, dalam daerah PyeongChang-gun. Antara aktiviti yang boleh dinikmati oleh para pengunjung adalah bermain sukan ais, memancing ikan trout, program yang melibatkan permainan salji dan banyak aktiviti menarik lain. Turut diadakan permainan tradisional termasuk permainan gasing, memandu 4-wheel ATVs, snow rafting, sleigh train dan banyak lagi. Untuk aktiviti penangkapan atau pemancingan ikan trout, semua ikan yang berjaya diperoleh akan dimasak di restoran berhampiran. 

Ikan trout terkenal sebagai ikan yang penuh dengan nutrien dan sangat sedap dimakan mentah. Pyeongchang menjadi lokasi terbaik penangkapan ikan trout kerana kawasan berais dan air yang jernih.

Lokasi : 3562, Gyeonggang-ro, Pyeongchang-gun, Gangwon-do
Program utama dalam festival ini : Memancing ikan trout, menangkap ikan menggunakan tangan, sledding, Bobsleigh-riding, Ice skating dan pengalaman sukan musim sejuk.

Selain PyeongChang Trout Festival, turut diadakan Daegwallyeong Snow-Festival. Festival ini dijadualkan berlangsung pada 07 Febuari hingga 22 Febuari 2017 (tertakluk kepada perubahan).

Selain percutian di Pyeongchang anda juga boleh menikmati panorama indah pantai di Gyeongpo Beach atau melawat tempat-tempat menarik di Gangneung dengan trip 1 malam 2 hari. Untuk pengetahuan kawasan Gangneung merupakan kawasan terkenal dengan aroma dan rasa kopi yang hangat, sensasi dan enak. Antara tempat yang boleh anda pergi sepanjang trip 1 malam 2 hari ini adalah Anmok Coffee Street, Traditional Market, Hourglass Park dan banyak lagi. Itinerari lanjut boleh lihat dibawah :

Gangneung merupakan daerah yang istimewa dengan pelbagai tempat menarik santai dan indah. Disamping itu jika percutian anda adalah diantara 07 Febuari 2017 hingga 22 Febuari 2017 anda boleh menikmati upacara kota tersebut iaitu, Daegwallyeong Snow-Festival.

DAEGWALLYEONG SNOW-FESTIVAL (07 Febuari - 22 Febuari 2017)

Daegwallyeong Snow Festival diadakan di kawasan Hoenggye-ri, Daegwanryeong-myeon, PyeongChang-gun, Gangwon-do. Festival akan dimulakan dengan pertunjukan bunga api diikuti oleh pelbagai program seperti pertandingan menyanyi, marathon, pertandingan menyanyi antara suku  keluarga, mendaki, seni tentang salji dan banyak lagi program yang telah disusun dan akan diadakan pada waktu tersebut.

Lokasi : PyeongChan Hoennye-ria area
Program utama : Snow sculpture contest/Sledding/Bobsleigh-riding.

TIKET SUKAN OLIMPIK MUSIM SEJUK PYEONGCHANG 2018 

Sukan Olimpik sudah semakin hampir tetapi, belum membeli tiket ke upacara gemilang ini? Jangan pula bila waktu tiba, tiket belum ada. Bukan bermakna waktu tersebut anda tidak boleh membeli lagi tetapi, persediaan awal itu jauh lebih penting daripada 'last minute' dan kemungkinan besar tidak sudah habis. Oleh itu, saya sarankan agar anda membeli awal. 

Bagaimana hendak membeli ?

Caranya mudah saja. Tidak perlu terbang ke Korea Selatan semata-mata untuk membeli tiket. Ini zaman serba canggih, zaman dunia hujung jari.

Beli tiket secara online di SINI .

Rancang percutian anda ke Korea Selatan atau ke bandar-bandar Olimpik 2018 dari sekarang. Oh ya, sekali lagi saya ingatkan bahawa 2018 PyeongChang Winter Olympic Games akan berlangsung pada 09-25 Febuari 2018 . Tidak sabar ? saya juga tidak sabar menanti detik itu.

Post a Comment

5 Comments

Kak Mahh said…
Terima kasih untuk info ini. Salam kenal dari akak.
precious cla said…
Semoga info ini bermanfaat buat akak :)
Galaksi Viral said…
Sukan Olimpik Musim Sejuk. Pyongyang mmg cantik tempat ni kan kak. :D
Unknown said…
Kalau saya menginap di seoul nak ke pyoungyang ni ok ke.. day trip
precious cla said…
Hi, saya kurang pasti coz ini cuma route yang ditetapkan sepanjang sukan Olimpik musim sejuk hari tu. :)