Makanan Penduduk Wilayah Jeongseon, Korea Selatan

Artikel kali ini membawa anda mengenal tiga jenis makanan yang terkenal di wilayah Jeongseon dan  wajib dinikmati oleh mulut  semua pengunjung yang datang bertandang didaerah tersebut.

GONDREBAP
GONDREBAP
Gondrebap merupakan nasi kukus dengan gondre. Gondre (Cirsium setidents) merupakan sejenis tumbuhan liar yang tumbuh subur dan banyak di sekitar kawasan Jeongseon/Taebak. Gondre mengandungi banyak vitamin, lembut dan sangat rangup. 

KOTDEUNGCHIGI GUKSU
KOTDEUNGCHIGI GUKSU
Salah satu makanan yang berasaskan buckwheat adalah Kotdeungchigi noodle. Makanan ini agak nakal kerana ia akan selalu mengenai hidung ketika makan. Tidak hairanlah ia disebut kotdeungchigi, kotdeungchigi bermaksud 'memukul hidung'. Tesktur mee ini sangat anjal serta tebal. Tidak sah berada di Jeongseon jika tidak menikmati kotdeungchigi guksu. Rasanya sedap !
ONGSIMI
ONGSIMI
Ongsimi merupakan makanan asli masyarakat Gangwon. Ia diperbuat daripada kentang yang dikisar dan lebihan air kentang akan dicampurkan dengan tepung kanji bagi menghasilkan ongsimi atau pun small dumpling.

Untuk pengetahuan, kentang merupakan makanan ruji bagi wilayah Jeongseon. Oleh itu, tidak hairanlah jika makanan yang berasaskan kentang adalah istimewa dan terkenal dengan keenakkannya.

Post a Comment

7 Comments

Isaac Tan said…
ongsimi.. kentang . wow, looks like a nice dish, easy to digest :P
Puiyeesss said…
Makanan Ongsimi tu macam makanan bayi, tapi rasa macam sedap pun.. LOL

xx
Puiyeesss
Sherry said…
good that you share what they eat there. I never been to Korea only see on tv drama so not sure which part of Korea in movie.
Hanny Abdullh said…
Pernah ke Korea tapi tak pernah pulak makan makanan tersebut. Nanti kalau ada rezeki ke sana lagi nak cari lah makanan tu...:D
dr-Life said…
hope can try this one day!! Wonder how it taste
Neow said…
I have never seen these foods before. Very special and unique
Rohani Md tahir said…
Masa pergi korea dulu tk pula tgk menu ni. Klu jumpa mesti nk try. Nampaknya kena pergi lg korea ni.