Pekerja The Body Shop, Suria Sabah Memalukan !

Wangian The Body Shop memang tidak pernah mengecewakan saya. Selalu memukau, selalu buat saya jatuh cinta. Auranya selalu membuat saya ingin memilikinya. Lagi best kedai The Body Shop tidaklah jauh dengan jarak pejabat tempat saya bekerja. Sangat dekat. Terlalu dekat. Sedekat haruman The Body Shop dihati saya.
The Body Shop, Suria Sabah
Produk The Body Shop yang sempat dibeli
Tengahari kelmarin saya masuk kedai The Body Shop, Suria Sabah. Hasrat dihati mahu membeli beberapa produk yang tengah hangat sale-nya. Seperti biasa sebelum membuat pembelian, saya  (saya pasti orang lain juga melakukannya) mencuba beberapa perfume baru yang katanya terbaru dan wajib dimiliki oleh semua pelanggan yang dihormati. Lagi pula disana ada tersedia produk untuk dicuba (menyembur perfume itu biasa sebelum dibeli untuk mengetahui wangian itu sesuai pada citarasa atau tidak).

Saya mencuba menghidu beberapa wangian sebelum membuat keputusan untuk membeli beberapa produk. Dengan gembiranya saya ke kaunter untuk membuat pembayaran. Sebenarnya saya masih ingin melihat-lihat produk yang lain tetapi, memandangkan jam 1pm saya harus berada dipejabat maka saya harus membayar apa yang ada ditangan saya sebelum ia disahkan sebagai milik saya. 

Ketika memilih-milih barang seorang pekerja menghampiri saya dan memberikan bakul sebagai tempat saya meletakkan barang yang ingin dibeli. Ok, terima kasih. Saya tidak memerlukannya kerana saya tidak membeli banyak sehingga tangan tidak mampu memegang. Saya mengambil bakul tersebut dan meletakkan barang yang saya pilih lalu ke kaunter pembayaran.

Tiba di kaunter pembayaran seorang pekerja bertanya  dengan loghat Sabahan yang diatur dengan kemas namun ragu-ragu.

'perfume strawberry tadi kamu tidak mau ?'

'tidak.' saya menjawab dengan yakin.

'tadi saya tengok kamu cuba, saya fikir kamu mau'

salahkah mencuba dan salahkah tidak membeli apa yang dicuba ?

'oh, tidak. Saya mahu yang ini saja' saya menjawab tanpa syak apa-apa.

'sebab tadikan saya tengok kamu macam mau, tadi perfume tu kamu letak dimana? sebab saya tidak nampak ia ditempat asal.'

Setahu saya dan seingat saya, setelah mencuba menghidu wangian tersebut saya meletakkannya kembali ditempat asal dan bukan dimana-mana. Saya menjelaskan. Pekerja itu seakan tidak percaya. Dia berjalan kearah tempat dimana perfume itu sepatutnya berada namun, setelah saya memegang perfume itu kononnya hilang dengan ajaibnya tanpa dikesan.

oh tidak ! apa semua ini. 

'saya tidak menuduh tetapi, tadi saya melihat kamu memegangnya.'

cis ! tuduhan jenis apakah ini ? adakah saya sebodoh itu mencuri sesuatu yang bernilai dibawah seratus ringgit . Oh tidak ! seribu keatas pun saya tidak akan pernah mencurinya meski ia mungkin benda yang saya harapkan menjadi milik saya. Saya punya pekerjaan tetap dan gaji tetap yang jika mahu membeli sebotol perfume boleh saja bila-bila masa tanpa menggunakan duit orang lain apatah, lagi dengan cara mencuri. 

'kamu tunggu 5 minit'

ok tunggu punya tunggu ia mengambil masa lebih dari 5 minit. Dia check CCTV dan ternyata dia tidak menemukan apa-apa  yang menyabitkan kami bersalah. oh, ini sungguh pengalaman yang buat tulang-tulangku menua dengan cepat. Buat air muka ini dipandang serong oleh pelanggan yang keluar masuk kedai pada waktu itu. Setelah tidak menemukan tangan ini mencuri dan menyorokkan botol perfume itu didalam bag atau didalam poket atau dimana-mana celah anggota badan ini, dia keluar dan mahu memeriksa beg kami (saya dan adik saya). Dipersilakan dengan segala rasa terbuka. Juga mereka tidak menemukan apa-apa. Sesungguhnya ini pengalaman yang agak memalukan tambahan pula saya adalah wanita baik-baik dan bekerja dalam bidang profesional untuk sebuah syarikat yang mengendalikan banyak syarikat diseluruh Sabah dan beberapa syarikat luar Malaysia.

Ohhhh darah yang mengalir ditubuhku menangis beberapa saat menikmati sandiwara pekerja The Body Shop.

Setelah disahkan tidak mencuri apa-apa saya mohon kebenaran untuk keluar dari kedai itu dengan sebuah tempik sorak didalam hati 'lain kali buat kerja betul-betullah. Jangan suka-suka menuduh kerana itu menjadikan hari seseorang itu terganggu'. Syukur waktu itu mood saya sangat dalam keadaan baik 101%. Jika tidak saya pasti melenting.
The Body Shop, Suria Sabah
Kami membeli, kami membayar dan tidak mencuri

Ia tetap pengalaman yang tidak manis tetapi agak lucu kerana tiba-tiba dituduh mencuri. Diperiksa melalui CCTV, beg diperiksa dan hebatnya saya tidak marah kerana saya tahu saya tidak bersalah. Apa pun ia sangat menggangu saya dari segi masa dan air muka. Pesan saya kepada pekerja The Body Shop sila bekerja secara professional dan jangan suka-suka menuduh pelanggan seperti itu. Ia boleh merosakkan nama The Body Shop itu sendiri . Sila bekerja secara professional ! 

Sungguh, pekerja The Body Shop Suria Sabah memalukan diriku atau mungkin dia sedang berhalusinasi  melihat pelanggan mencuri barang-barang dikedai tempat dia menjadi kuli dan makan gaji. Bermasalahkah dia ? pada saya, dia memang bermasalah. Salahkah dia ? pada saya, dia salah dan memang salah kerana menuduh tanpa bukti dan mengatakan hal-hal yang tidak rasional, hal-hal yang tidak saya lakukan.

Pekerja The Body Shop, Suria Sabah sangat membuat fikiran saya terisi dengan hal bodoh yang menggerunkan. Jika hari kelmarin saya tidak melakukan apa-apa dan merelakan ia berlaku begitu saja, ternyata peristiwa itu telah menggangu saya pagi ini. Bangun pagi hal itu terlintas kembali dalam memori saya dan ia sangat menjadikan pagi saya terganggu. Ia bagai mimpi ngeri yang direka-reka oleh orang lain untuk menjadikan hari seseorang itu menjadi tidak ceria. Kepada pekerja The Body Shop Suria Sabah sila bekerja dengan baik sebaik mungkin. Ingat semua barang-barang yang telah dibeli oleh orang lain sebelum ada pelanggan baru masuk kedai tersebut. Dikhuatiri barang yang telah terjual sebelumnya dianggap hilang dan dicuri oleh pelanggan baru yang baru muncul. Saya tidak menggunakan kata-kata biadap dan sebagainya kerana saya tahu siapa saya dan apa nilai hidup saya. Tidak semurah dan sebodoh apa yang pekerja The Body Shop Suria Sabah fikirkan.

Jika ingin bekerja lama ditempat itu, jadilah bijaksana. Jika pun mungkin saya tersilap letak kembali barang tersebut di tempat berbeza dari tempat asalnya tanpa saya ingat, pekerja harus peka kerana matanya melihat gerakan pelanggan disemua sudut kedai tersebut. Dia tetap tidak boleh menuduh.

Ketika keluar dari kedai The Body Shop itu, pekerja tersebut minta maaf kerana telah menyusahkan kami. Untuk apa sebuah kata maaf setelah menimbulkan onar ? untuk menutup rasa malu sendiri kerana menyusahkan orang lain ?

Tulisan ini saya tulis sebagai wadah memperbetulkan keadaan yang terjadi. Mungkin ada pelanggan yang melihat dan berfikiran songsang setelah melihat kami dituduh mencuri (meski pekerja The Body Shop itu mengatakan ini bukan tuduhan, justeru jika bukan tuduhan apakah nama yang tepat untuk hal itu? ). Sekurang-kurangnya ketika mereka membaca atau terbaca, mereka tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Kami tidak bersalah.  Kami tertindas oleh seorang manusia yang sedang berhalusinasi dan bersikap keras bahawa dia yakin dengan pasti dan tepat telah melihat kami adalah punca barang tersebut hilang dari pandangannya.

Berhentilah bermimpi dan lakukan tugas pekerjaan dengan tepat tanpa perlu menyusahkan orang lain.

Post a Comment

6 Comments

Bahrain said…
Jadi kemana btol yang hilang tu?,..
nasib mood time tu ok, kalo tak ok memang melentingla.. hehe..
bobiedanbad said…
Aduh saya yang membaca pun rasa geram bah..suka hati jak perlaku org macam tu..
BTS said…
sabar aje...
Unknown said…
Sometimes pekerja yang ambik tester tu. You couldve just called the manager and reported this incident. Tapi sabar separuh dari iman kan? Hehe. You are a nice person :)
Anonymous said…
Rajin awak mengarang.rajin juga saya membaca
AmaryllisRue said…
Wow, I admire that you didn't burst out in anger; cos if it's me I would have called for the manager. Nobody knew what happened to the bottle?

Some BodyShop staff are nice, but definitely there are rude ones.