Tak Nak Bercuti ?

Jika kau masih bermalas-malasan di atas tempat tidur, mungkin kau mampu mewujudkan sebuah mimpi. Jika kau bangun dari tempat tidur dan memulai kegiatanmu, mungkin kau mampu mewujudkan sebuah impian. Ketika pagi belum sempat bertemu sang suria, kami bangun untuk berkarya di pagi hari. Bekerja dan kesekolah.
Cuti Sekolah
Hari ini keluar dari rumah seawal jam 6:30 dan tiba disekolah lebih awal dari biasa. Ternyata pagar sekolah masih bertutup dan surat tidak diberikan seperti biasa untuk menyatakan bahawa hari ini adalah cuti. Dengan keyakinan menghantarnya kesekolah, ketika melihat gate sekolah ditutup rapat hatinya cepat-cepat sakit, mungkin. Airmatanya jatuh menangis. aaaahhh..... siapa harus dipersalahkan dalam isu ini. hehehe. Terpaksa membawanya bersama ke pejabat tetapi disini adegan lain pula yang berlaku 'No, I want to wait  dadi DD here not in your office'. Gulp ! ok, then .
Cuti sekolah
Dahulu dia hanya seorang bayi kecil tetapi, kini telah telah menjadi seorang budak perempuan yang bijak dan hebat pada penghematan saya. Bukan memuji keturunan sendiri tetapi, siapa saya untuk tidak bergerak hatinya dari berasa bangga kala memiliki seorang manusia yang bijak dalam keluarga sendiri ? semoga cucu pertama orang tua ku ini membesar dengan sihat dari segala sudut kehidupannya, rohani dan jasmani.
Tak Nak Bercuti ? Tak Nak Bercuti ? Reviewed by Precious Cla on 16.3.15 Rating: 5

2 comments:

Alin Marlini said...

alorhhh...cian...orang dah cuti sekolah kan...hehehe...good girl

Precious Cla said...

tula, orang lain semua dah cuti ..dia ni jak yg rajin sangat hehe

Powered by Blogger.