search

Blog Archive

9 February 2015

Bayaran Artikel Masuk Lagi !

Petang, menulis dan suara bangunan. Tanpa perlu kopi kerana bagiku pahitnya tak pernah sesuai dengan waktu petang seperti ini. Petang ini suasananya indah dan tak mungkin saya kacaukan dengan pahitnya kopi.

Matahari enggan tersenyum hari ini dan hening seakan mendominasi keadaan. Sibuk memang ya tetapi, itu tidak apa-apa kerana saya suka sibuk yang mengejut. Hari ini duit masuk lagi untuk satu artikel biasa yang sempat ditulis olehku minggu lalu. Bayaran tak setanding artikel para otai tetapi, itu cukup menjadi vitamin untuk saya tetap menulis secara lebih teratur dan bukan mengikut mood.

Suatu hari ada yang bertanya artikel apa yang saya tulis sehingga orang mahu membelinya. Jawapanku 'hanya artikel biasa-biasa saja'.

Ya, hanya artikel biasa-biasa saja kerana pembacanya juga bukanlah orang yang luar biasa. (hehe) . Namun, tulisan biasa tidak bermakna tulisan kosong tak bermesej, tak berkualiti tak mempunyai nilainya. Tulisan biasa lebih dicintai oleh para pencinta tulisan ringan.
Penulis Artikel Malaysia

Menulis artikel tiada susahnya jika kita rajin berusaha. Semua mampu menulis, cuma tulisan yang lain itu kurang tarikannya. Ayat berlenggok bukan bukti tulisan itu baik, ramai pembaca juga tak menunjukkan tulisan itu baik tetapi, artikel dibeli dan selalu menerima tempahan menulis itu pasti tulisannya ada 'sesuatu' yang bersinar dan sinarnya dilihat oleh penggemarnya. Bukan memuja diri setinggi awan namun, tiada pula salahnya jika diri sendiri mahu memuji diri. gitu loh ! kalau bukan diri sendiri memuji siapa lagi yang berani-beraninya mahu memuji kita (kan..kan..kan..). Orang lain pasti memuji dalam diam, jika pun tidak ramai saya pasti mesti ada beberapa orang (whoaha, yakin sungguh !) . Kalau tidak yakin, siapa lagi yang harus yakin pada kemampuan sendiri. iya kan..kan..kan.. haha.

Share:

0 comments:

Followers