Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Tajuk diatas tak perlu dikembangkan dengan sejuta penjelasan. Ia cukup nyata lagi bersuluh. Gunung Kinabalu tak pernah mengecewakan pengunjungnya apatah, lagi pencintanya. 16 Januari 2015 - 17 Januari 2015, mimpiku untuk menakluki Gunung Kinabalu kali ke-7 tercapai jua. 

Ekspedisi Gunung Kinabalu kali ni dijayakan oleh 23 orang manusia berjiwa kental, berwajah manis melangkah dengan seribu harapan untuk mampu berjaya menyentuh puncak gunung Kinabalu. Namun, ia tidak semudah  berbicara sambil mengunyah chewing gum. Ia lebih dari itu. Lebih dari itu. Lebih dari itu !

Beberapa hari telah berlalu dari peristiwa itu tetapi, rasa sakitnya masih terasa di kaki, betis dan beberapa otot lainnya. Apa pun hatiku terisi penuh dengan syukur dan bahagia. Memori ada menggantikan rasa sakit itu. Cewah !

Tak perlu cerita banyak, cukup gambar bercerita.  Ini merupakan team saya untuk 2015, Januari yang sejuk dan santai.
Kami mula mendaki kira-kira jam 9 pagi dan cuaca adalah sangat baik !Terima kasih kepada sang pencipta Matahari yang juga menciptakan saya dan kawan-kawan juga semua kalian. Allahku dasyat dan perkasa !
Sebelum memulakan pendakian semua pendaki kena dengar briefing dari guide kami sepanjang pendakian tersebut. Makanya, dengar apa kata guide ! tiga orang diatas tu adalah guides yang bertanggungjawab terhadap pendakian kami. Ada empat orang semuanya tetapi, yang satu tu malu-malu meaow :P
Banyak hal kecil yang bererti besar bila anda benar-benar menjiwai naik gunung. Bagi saya mengangkat beg sendiri itu sangat penting dan satu kepuasan sejati jika tidak menyusahkan orang lain . Melainkan saya benar-benar tidak mampu / berada ditahap darurat.

Ini merupakan laluan yang ada, yang ni tak berapa ekstreme. Tiada gambar bermakna saya sedang bersusah payah mendaki dan melawan rasa penat yang ada. Membelai jiwa supaya tetap tenang dan berjalan tanpa mengalirkan airmata meski ada waktu hati menangis 'untuk apa saya disini'. Ada laluan-laluan tertentu yang benar-benar menguji fizikal dan mental, laluan yang dikenal sebagai laluan tanah merah. Lorongnya agak panjang dan hampir mematahkan semangat. Disini kami kami jalan sendiri-sendiri kerana masing-masing berjuang mengatur nafas dan tenaga tersisa, jarak pandangan antara kami tidak terjangkau diantara satu dengan yang lain. Ada yang jauh ke depan dan tidak kurang pula yang jauh tertinggal dibelakang.
Ada waktu saya berjalan sendirian tanpa ada manusia lain disamping. Terfikir dibenak mengapa harus saya berjalan secepat ini meninggalkan yang lain dan mengapa pula harus berjalan selemah ini sehingga ditinggalkan oleh orang yang lebih laju ? Suasana sangat sepi. Sebenarnya ada perasaan takut tapi lebih banyak perasaan bersyukur dan merenung. Perjalanan itu mengajarkan saya banyak hal. Apa lagi soal keberanian melawan kelemahan diri. Namun, dikebanyakan masa, saya berjalan ditemani seorang rakan yang mungkin tahap kelajuan kami agak sama. Tidak laju, tidak lambat.

Mendaki Gunung mengajarkan saya banyak hal, bahawa nyatanya setiap dari pendaki mampu memegang kontrol atas diri sendiri dan saya berani berkata bahawa 'aah saya masih kuat, takan sepenat ini baru mahu menyerah'. Disetiap pendakian saya belajar soal ketahanan diri. Mungkin cuma Gunung Kinabalu, gunung yang selalu didaki dan sudah ramah pada pendakinya, tapi saya selalu menyakini, alam selalu mengajarkan banyak hal, alam mengajarkan kesabaran, rendah hati dan ketahanan diri .

Disepanjang perjalanan suara kecil dibalik kepalaku seringkali bersuara bahawa 'setiap langkah mendekatkan saya kepada destinasi' . Satu pondok terakhir saya merasakan perjalanan itu semakin sukar bukan kerana jalannya teruk tetapi tenaga sudah semakin berkurang tambahan pula, hujan sudah mulai turun.  Sejuk tak perlu cakap ! temanku seakan tidak sabar untuk sampai kepenginapan demikian juga saya dan beberapa pendaki dari group lain. Bertanya hal yang sama 'masih jauhkah?' . Setiap kali soalan itu diajukan, setiap kali itu juga jawapan yang sama diberikan 'sudah dekat, lagi 500 meter'. Melangkah dan terus melangkah, bertanya lagi dan jawapan yang sama juga 'another 500 metres' ...menipukah mereka atau sebenarnya kami kurang berganjak dari tempat pertama kami bertanya soalan yang sama ? hehehe.
Tepat 3:08 petang saya dan kawan saya tiba di Laban Rata. Fuh !! suatu perasaan yang sangat sukar digambarkan dengan kata-kata. Lega ! Beberapa kawan dari group saya sudah sampai lebih awal. Mereka hebat ! dan masih ramai yang belum tiba di Laban Rata dan saya pasti mereka sedang menangis diperjalanan (haha). Saya bersyukur semua ahli group saya sampai sebelum jam 5 petang. Well done !
Waktu makan belum tiba ketika kami sampai so, berehat sebentar dan check in dulu. Ambil kunci dan agih-agihkan bilik buat peserta. Penginapan kami terletak di Gunting Lagadan dan bermakna lepas makan, kena jalan lagi. dugaan ! namun, itulah istimewanya. Saya tidak pernah membenci keadaan kala berada di Gunung Kinabalu. Semuanya saya nikmati dengan penuh kejiwaan (gitu?) :P

Ketika berada di Laban Rata, hujan gerimis masih turun dan kami masih mengharap sang mentari senja datang mewarna petang kami. Kami mahu menikmati sunset dari aras tinggi dimana orang lain jarang-jarang mendapat peluang itu. Gerimis berhenti, kabus pula tebal. Hajat menikmati matahari terbenam tidak menjadi tapi tidak apa-apa kerana ku punya teman yang rajin seakan tak lelah kesana-sini mencari rasbery/strawberry untuk kami nikmati. Terima kasih Ag. !
Masa untuk berehat dan mengumpul tenaga kembali sebelum memulakan pendakian menuju puncak Gunung Kinabalu pada jam 2.30 pagi. Jom ke Gunting Lagadan dan masuk bilik.

Nantikan sambungan cerita Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015 nanti. Oh ya cerita bahagian seterusnya lebih menarik dan romantik gitu 'pasangan pengantin berjaya sampai kepuncak Kinabalu' dan banyak lagi.
Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015 Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015 Reviewed by Precious Cla on 22.1.15 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.